T h r e e

326 29 7
                                    

[Youjin's POV]

"Saya tak suka keseluruhan skrip ni."

"Huh?" Aku mulalah ni.

"Apa maksud kau?" Doyoung menyoal.

"Mungkin anjuran kali ini berbeza dengan Jin hyung. Saya nak ia lebih realistik kerana nama saya akan tertera di kaca tv. Saya tak mahu syarikat Jin hyung rosak kerana nama saya." Jaehyun menjelaskan melihat ketua kami.

Aku berdiri menarik perhatiannya dan staff lain.

"Maksud awak, kita kena buat skrip itu lebih realistik??" Soalku dengan wajah yang kurang sopan walaupun aku tahu dia tua setahun dariku.

"Well lebih kepada... tukar skrip lain." Jaehyun melihatku dengan selamba.

"Itu merepek, skrip Youjin buat ini ambil masa 2 bulan untuk siap. Dia dah teliti dalam setiap ayat. Kita tak banyak masa sebelum salji betul-betul jatuh." Kata Doyoung memilih belakangku.

"Yalah. Kita kena siarkan tanyangannya pada anggaran awal-awal bulan December nanti. Sebab waktu itulah waktu yang tepat mereka tonton." Ketua memberitahu.

Jaehyun menggaru kepalanya dengan jari telunjuknya seperti apa yang dikatakan tadi tersangatlah penting.

Dan dari itu aku dapat lihat hujung bibirnya naik mengukirkan sebuah senyuman.

Apa ni?
Dia sedang seronok memalukan aku?

"Saya masih ta-" Ayat Jaehyun aku potong dengan berjalan ke arah Woojin yang kelihatan keliru.

Dia melihatku pelik.

Aku masukkan pen drive tadi dan menyuruh Woojin masuk sebuah file yang aku tulis sebagai Urgent.

Tanpa berlengah, skrin menunjukkan sebuah lagi skrip yang aku tulis.

Ha! Kau ingat aku tak sediakan apa-apa untuk kecemasan? Feel that Jaehyun!

"Oh? Ini skrip lain?" Soal ketua terkejut.

Aku tersenyum melihat ketua kami kemudian mataku sasar pada kau, Jaehyun

Two can play at this game!

"Sediakan payung sebelum hujan." Woojin berkata perlahan sambil mengangguk.

"Jungkook merupakan seorang pelajar yang angkuh selepas ditinggalkan bapanya yang stress dengan kemiskinan, dia bercadang untuk membunuh dirinya di bumbung kolej. Namun, sesampai sahaja dia di bumbung, terdapat seorang perempuan telah pun berdiri. Mengambil tempatnya..." Aku mula bercerita.

Sehinggalah habis.

Ketua menepuk tangan membuatkan staff lain turut mengikut.

"Saya ada sediakan dua skrip. Jadi bagaimana dengan yang ini..... Tuan producer?" Soalku melihat Jaehyun.

Dia sedikit terkedu tetapi masih menggelengkan kepalanya dan tersenyum.

"Masih tidak cukup." Katanya membuatkan aku terbayang betapa seronoknya kalau aku sedang tarik rambut hitamnya itu.

"Okay. Kita tengok skrip yang lain pula." Aku mengangkat bahu dan pergi ke arah Woojin yang sedang ternganga.

Selepas aku habis bercerita lagi, aku melihat ketua yang melihatku dengan wajah risau.

"Musim dalam-" Sekali lagi aku memotong ayat Jaehyun.

"Kita boleh tukarkan saja musim panas dalam skrip ini menjadi musim salji." Aku memeluk tubuh.

"Maaf. Tapi saya mahukan sebuah genre romantik yang lebih upgrade." Dia bersandar sambil memeluk tubuh.

Sekarang kau ingat kau CEO?

Strength [NCT's Jaehyun] Where stories live. Discover now