*italic adalah flashback zaman kolej
[Jung Jaehyun's POV]
"Jadi saya ambil pill tidur. Tapi tetap berjaga. Sehingga sekarang saya hanya dapat tidur 3 jam sahaja..... tanpa awak."
"Haihhh! Bosan! " Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan menekan sebuah nombor telefon yang telahpun diberinama sebagai 'Pengganas'
Seperti biasa selepas dia tak jawab panggilan pertama, panggilan kedua pasti dia jawab.
Aku tersenyum tidak sabar mendengar suaranya.
"Yah! Awak tengok jam tak?" Suara itu memarahiku tetapi aku suka. Malah ketawa.
"Pukul 3 pagi. Wae?" Soalku berjalan ke arah veranda bilikku bertemankan suaranya yang asyik membuatkan aku tersenyum.
"Awak tak boleh tidur ke? Alololo... then should i sing?" Soalnya membuatkan aku terkejut.
"No! Awak tahukan. That will never make me asleep. Hmm.. ceritakan skrip awak."
"Gezz dia ni. Saya tahu cerita saya membosankan."
"Sebab tu je yang buatkan saya mengantuk." Aku ketawa kecil.
"Okay, okay. Now baring, pakai selimut." Katanya membuatkan aku berlari laju ke atas katilku walaupun dia tak nampak tapi seolah-olah dia disitu.
"Dah. Cepatla. Saya ada latihan lagi esok." Aku sengaja.
Dia ketawa dan memulakan ceritanya yang mana selalu membuatkan aku mengantuk.
Setiap hari..
Kadang kala dia akan hubungiku dulu untuk membuatkan aku tidur lebih awal.
Sehingga selepas kejadian tu berlaku.
Hidup aku musnah.
Apa yang aku hanya mahukan ialah mati.
Tiada lagi suara Youjin.
Tiada lagi tanda-tanda dia selepas kejadian itu.
Aku hanya mahu mengalah. Aku sangat rindukan dia. Aku sangat mahukan pelukkannya.
Tapi apa yang aku ingat selepas aku buka mata, Youjin sudah pergi.
Air mataku sering terjatuh.
Aku mahukan suaranya.
Setiap kali aku sedar dari tidurku yang begitu memenatkan dan menyakitkan, apa yang aku dengar ialah bunyi heartbeats machine.
Hatiku sangat sakit.
Aku tak sukakan tempat ini. Aku hanya mahukan mati sekarang. Tiada gunanya lagi jika Youjin lihat aku begini. Bahkan, ibuku sangat sedih.
Sehinggalah... sebuah surat berwarna jingga peach diberikan padaku dengan nama pengirimnya...
Kim Youjin.
YOU ARE READING
Strength [NCT's Jaehyun]
Fanfiction"Adakah keajaiban real?" -Youjin melihat aku dengan sisa-sisa air mata disekeliling matanya. "Keajaiban boleh berlaku kalau kita terus jadi kuat." -Jaehyun. [Boleh ke dua manusia terluka ini kembali bersatu selepas terpisah 3 tahun? Jika tidak, apak...