*italic adalah flashback
[Jung Jaehyun's POV]
"Cepatlah cakap Jung Jaehyun... kenapa awak kembali?!" Suara Youjin kedengaran marah.
Aku tahu.
Dia marah dengan aku yang pura-pura semuanya baik.
Tapi... aku tak sanggup untuk beritahunya.
Aku sendiri marah dengan diriku yang cuai.
"Saya kembali... sebab saya masih cintakan awak."
Kesunyian menguasai ruang.
"Macam mana kalau saya kata... saya tak rasa yang sama." Kata Youjin membuatkan aku memegang stereng kuat.
"Saya tetap akan cinta awak walau awak dah bercucu sekalipun." Aku memandang lurus.
Masa, minit dan saat sekarang memainkan peranan penting.
"Boleh tak... awak pergi saja dan jangan muncul lagi?" Ayatnya kejam, tapi suaranya mengatakan sebaliknya.
Dia benci aku kerana aku pergi tanpa berkata apa-apa.
"Tak. Saya tetap akan berada disisi awak sebab..." Aku mengeluarkan sebuah origami berwarna peach dan matanya luas terbuka terkejut melihat kertas tersebut
_🌼_
Sehari selepas final exam kolej.
Youjin keluar rumah dengan langkah yang berat. Dia melihat ayahnya yang bersusah payah mengemas pokok-pokok kecil arwah ibunya yang dimasukkan kedalam bonet kereta.
Youjin berjalan mendekati bapanya dan itu disedari ayahnya. Dia melihat anak perempuannya dengan rambut yang beralun kerana hari semakin mendung.
Salji akan turun pada bila-bila masa.
Ayahnya mengusap rambut anaknya sebelum mengambil getah rambut dipergelangan tangan anaknya. Lalu dia berjalan ke belakang dan mengikat rambut Youjin yang panjang.
Seperti dia selalu dandankan rambut anaknya sejak kecil setelah pemergian isterinya.
"Appa... kalau kita tak pindah boleh ke?" Youjin menyoal sayu.
"Kita akan duduk United kingdom dulu. Appa tak kesah kalau kamu nak duduk rumah saja dekat sana. Appa agak penting dekat sana." Jawab ayahnya menepuk bahu Youjin perlahan.
"Youjin pun. Kena jadi orang penting dalam kerja. Jom! Kapal terbang kita lagi 2 jam." Ujar ayahnya lagi.
Kesayuan anaknya membuatkan dia tersedar sesuatu. Dia memandu ke sebuah rumah yang mana membuatkan Youjin terkejut.
Youjin melihat bapanya yang tersenyum memahami.
Youjin lantas keluar dari kereta dan berlari kedepan pintu rumah tersebut dan mengetuk pintu laju.
"Jung Jaehyun! Jaehyun-ie! Saya ada sesuatu nak beritahu!"
Tapi tiada sebarang jawapan. Ibunya juga tidak kelihatan seperti ada dirumah. Pokok-pokok mereka kering menunjukkan mereka tiada selama seminggu mungkin?
YOU ARE READING
Strength [NCT's Jaehyun]
Fanfiction"Adakah keajaiban real?" -Youjin melihat aku dengan sisa-sisa air mata disekeliling matanya. "Keajaiban boleh berlaku kalau kita terus jadi kuat." -Jaehyun. [Boleh ke dua manusia terluka ini kembali bersatu selepas terpisah 3 tahun? Jika tidak, apak...