Bab 12-4 tahun berlalu~.....
Shafa' menggeliat sambil mulutnya menguap kuat .'Huarghhhhhh' . Alya yang terdengarkan itu terus melemparkan bantal busuknya ke arah Shafa'. Tetapi sangkaannya meleset,tangan Shafa' lebih tangkas menangkap bantal tersebut . Kening Shafa' diangkat sebelah bersama senyuman sengetnya . "Ingat aku tak tau hg nak baling kat aku?Dasar manusia kejam"ujar Shafa' . "Ehh kita pulak kena. Hg la menguap macam harimau apahal?Dah puas jadi manusia ?Nak tukar jadi binatang pulak?"tanya Alya yang sudah masak dengan perangai Shafa',kawan sekolah rendahnya itu. Dalam luar dia mengenali Shafa' setelah 10 tahun berkawan . Shafa' malas melayan Alya .
Laptop di hadapannya ditutup . Otaknya penat kerana sejak siang lagi dia menyiapkan kerja projeknya . "Jangan lupa tutup lampu . Aku nak tidoq dolo .Bye "Shafa' menutup mata . Alya yang sedang mendengar lagu menerusi earphonenya tersentak ."Woitt jangan la tidur lagi . Kita tidur sama2 lah "tangan Alya menggerakkan Shafa' . Shafa' yang terus diam itu membuatkan bulu roma Alya meremang . "Bangunlah woi,aku mana biasa sorg2 ni.Selalu Afiqah teman aku tidur lewat sekali."kejutnya lagi sambil mata meliar2 di kawasan bilik.Bilik yang menempatkan katil single bed untuk 4 orang .Afiqah baru sahaja berpindah ke universiti di Terengganu . Melihatkan Shafa' yang tidur itu ,Alya berdesup berlari ke arah katilnya yang berjarak 2 meter sahaja dari katil Shafa'.Sejak kecil,memang dirinya sangat lemah bab2 hantu ini sampaikan majalah Mastika tidak pernah disentuh kerana seram dengan muka depannya .Selepas menutup lampu tidur di katilnya,Alya menyelubung satu badannya dengan selimut . Tidak lama kemudian,Alya terdengar sesuatu seperti berbisik . "Alyaa...Alyaaaa...."Tangan Alya menggigil laju . "Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma bariklana...ehhh"disebabkan ketakutan yang membelenggu dirinya,abis dibacanya doa makan dengan kuat ."Hahahahahhaha" tiba2 terdengar Shafa' ketawa.Alya keluar daripada selimutnya . "Dasar mangkuk jamban hg ni Shafa'!!!Mati2 aku ingat hantu jual cendoi tau tak?!"bentak Alya geram seraya mengetuk kepala Shafa'. Shafa' berguling ketawa . "Adoiii sakit perut gelak .Pi baca doa makan tu pasaipa?Alang2 baca lah doa naik kenderaan sekali utk hantu tu pergi jauh2 naik kereta "ketawa Shafa'. Alya malas hendak melayan kawannya yang suka mengusik itu.Kepala direbahkan atas bantal."Sudah la kacau aku,tidur2 ,esok kelas awal pagi"cakap Alya sambil matanya tertutup rapat. "Okay goodnight yee~Mimpi indah kawan ."ujar Shafa' sebelum tidur .
***
Volkswagen Beetle hitam diparkirnya elok . Adam menghela nafas lega sebelum begnya dicapai di sebelah . Seketika Adam memandang di seluruh kawasan universiti barunya . Kerana permintaannya sendiri untuk berpindah ke universiti ini,ibunya menurut sahaja . Adam mahu berdikari sendiri apabila jauh daripada keluarganya di Kedah.Cukuplah penat lelah mereka menjaganya dahulu .Sekarang sudah tiba masanya dia membalas kebaikan mereka dengan membawa kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti.Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Ayahnya tidak lagi mabuk dan semakin kembali di atas jalan yang benar .Pertemuannya dahulu dengan Ustaz Khairul Rafiq telah banyak membantu ayahnya berubah seperti dahulu.
"Harap kamu dapat memberi tumpuan belajar di sini.Kalau ada apa2 masalah.Segera maklumkan kepada saya"ujar Puan Hanani selaku ketua universiti itu .Adam mengangguk sebelum tersenyum."Baik Miss,thank you"...Kaki panjangnya melangkah keluar dari pejabat . Rata2 ramai mata gadis memandang ke arahnya . Ada dia antara mereka yang mengenyitkan mata kepadanya . Adam hanya beriak selamba. Mengikut jadual di tangannya,kelas akan bermula jam 9.30 pagi . 'Awal lagi 'getusnya perlahan . Adam mengambil keputusan ke kafe berdekatan untuk bersarapan . Kafe ala2 hipster itu dipenuhi ramai orang . "Hot cappucino and that sausage bun for me please"ujar Adam memesan makanan. Adam mengambil tempatnya di penjuru kafe . Sambil mengunyah makanan,tiba2 dia didatangi seorang gadis yang mengenakan jeans ketat dan bertudung shawl merah itu . "Boleh duduk ?"soal gadis di hadapannya ."Sure"senyum Adam . "So,you orang baru sini?"tanya Fatin ."Yepp.Baru ja transfer "balas Adam yg mengunyah habis rotinya ."Patut tak pernah jumpa sebelum ni.Nice to meet you...Adam Iskandar"mata Fatin melihat sekilas kad pelajar Adam ."Nice to meet you too.Ohh baru teringat ,saya ada kelas sekarang.I have to go"ujar Adam sebelum mengangkat punggungnya .Fatin menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Adam yang sedari tadi menarik perhatiannya ke kafe pagi2 begini. Adam menunduk sedikit badannya tanda dia tidak bersalam dengan orang yang bukan muhrim dengannya. Terasa batu menghempap kepala Fatin . Matanya mengikuti gerak langkah Adam yang semakin menjauh itu .
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
RandomShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...