Bab28"Weyy Alya. Aku penin (pening)
laa. " keluh Shafa' perlahan di sebelah Alya yang sedang memandu itu.
"Kenapa wey? Hg sakit ka? Nak pergi klinik?" Alya tanya bertalu2.
"Bukan sakit. Haihh. Entahla. Macam susah ja projek aku lepaih ni. Serabut kelapa " tangannya menutup dahi.Alya tersenyum senget.
"Nak buat macam mana.Kan final. Memang la. Alah hg kan budak dekan.Lek2 chill la" Alya memberi semangat."Apa chill chill? Aku tonyoh cili kat mulut tu kang.Aku serious la.Bukan main2" ujarnya dengan muka kelat.
"Alololo muka masam2 macam taik lembu ni. Meh sini meh... Lapar?" Jari Alya mengusap bawah dagu Shafa'.
"Haa lapaq nak makan hg laa!" Shafa' menolak tangan Alya kasar.
"Drive guna dua tangan. Toksah duk buat gangster jalan pulak kat sini" marah Shafa'.
"Janganlah marah. Erm..okay okay. Yee aku tau hg stres...Apa kata kita travel nak? Nak tak?"
Alya membuat muka teruja.Shafa' tertarik dengan kata2 Alya.Wajahnya mengukir senyuman.
"Pi mana?! " tangan Shafa' sudah menampar2 kaki Alya.
"Ishh budak ni. Tangan tu duduk diam la.Erm.. Kita pi muzium nak??Best kan! Ada sejarah macam2. Haaa " Alya menyakat.
"Ehh dia ni. Aku luku kepala tu kang, kita yang mengukir sejarah satgi" Shafa' sudah cemberut.
Alya ketawa.
"Alaah .Saja melawak dengan intan payung manis ni. Sebenarnya aku nak ajak hg pergi Melaka. Okay tak?"
Shafa' sudah girang . Dia menjerit suka sampaikan tangannya menolak sengaja muka Alya di sebelah.
"Yeahhhh!! Duit travel hg tanggung nah" ujar Shafa' awal2.
"Amboi sedapnya metafora anda.
Nope.Dah ada orang akan tanggung semua tu.Dont wolly be happy la" kata Alya.Shafa' sudah pelik.
"Siapa ?" tanyanya.
"Adam Iskandar la. Jejaka paling hensem abad ni. Haaa bersyukur sikit ek. Bukan senang dia nak bawak keluar duit untuk kita"
kata Alya lagi.Shafa' terdiam di sebelah.
'Hampeh macam hampagas betoi mamat tu. Asyik nak ikut jaa' bebel Shafa' dalam hati.***
"Okay. Kita dah boleh jalan ka?" ujar Adam sebelum bertolak.
" Dahh!!" ujar Alya gembira.
Shafa' di belakang hanya diam.
Adam mula memandu .
"Aku ajak Adam sekali bukan apa Shafa' oi,sebab dia ni arif bab2 jalan kat Melaka tu haa." ujar Alya kepada Shafa'.
Shafa' menjongketkan bibirnya senget.
'Macam takdak GPS ja nak guna.Pak cik Google pon ada.Kalau pak cik takdak,sampaikan moyang Google pon boleh search.Ada2 ja alasan Alya ni'
Shafa' bebel dalam hati.' Tapi Alya cakap mamat ni belanja semua.Banyak duit dia. Ehhh kejap. Erm patutlah dia kan anak datok. Semua hotel kat Melaka tu dia boleh beli'
ujar Shafa' lagi.Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya mereka selamat tiba di negeri Melaka pada tengahari .
Adam membawa mereka ke restoran asam pedas paling sedap di situ.
"Sedap gila asam pedas dia. Tiba2 aku teringat asam pedas hg Shafa', rindu laa nak makan hg masak " puji Alya sambil makan.
Shafa' menolak bahu Alya di sebelah dengan bahunya.
"Mana ada. Aku punya mana sedap macam ni" Shafa' merendah diri. Dia malu dipuji begitu di hadapan Adam.Adam tersenyum . Banyak cerita yang Alya kongsikan kepadanya tentang Shafa'. Lagi2 bab masak.
Kecil2 lagi dah pandai masak.Memang boleh dijadikan calon menantu mak cik bawang .
Itulah yang membuatkan Adam lebih suka kepada Shafa' di hadapannya itu.Selepas mereka makan, mereka ke Hotel Zeus .
"2 rooms please" ujar Adam .
Shafa' terpegun dengan kecantikan hotel itu.Kalau bukan ada orang belanja,memang tidaklah dia ke sini.
Hotel yang selalu pekerja atasan mahupun VVIP keluar masuk.
"Ni biliknya. " Adam menunjukkan bilik yang bernombor 131 itu."So lepas ni kita nak pergi mana?" Alya bertanya sebelum masuk ke dalam bilik.
"Kita rest dulu s,then kita keluaq .Okay tak?" cadang Adam.
" Haa boleh2. Okay jaa" kata Alya.Shafa' sudah membuka pintu untuk masuk.Badannya sangat lemah kala ini.
Sakit badannya kerana lama tidur di dalam kereta.
Tubuh dihempas kuat ke atas katil.
"Empuknyaa katil ni" puji Shafa'.Alya menggeleng2kan kepalanya.
Matanya meneroka segenap pelusuk bilik yang luas itu."Cantiknyaa beb! Aku tak pernah datang hotel macam ni tau.Hg tu Shafa',kena bersyukur dapat berkawan dengan aku yang friendship with anak datok ni" .
Alya pelik dengan suasana senyap itu.Dia menoleh ke arah katil.Alya pantas menepuk dahinya.Shafa' sudah dalam lena rupanya.Seperti yang dijanjikan,destinasi mereka yang pertama ialah The Stadthuys . Mood Shafa' sangat teruja . Kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ.
Adam fokus mencari parking.
Alya dan Shafa' juga menolong mencari tempat kosong.Maklumlah hari minggu . Alya perasankan satu tempat kosong.
"Haah tu tu!" ujarnya kalut.
Adam memandu ke arah tersebut.
Erm rupanya ada sebuah kereta viva di situ .
"Again. Aku tak suka gila bila kena harapan palsu lagu ni" ujar Adam . Alya sudah ketawa.
Akhirnya,mereka jumpa satu tempat kosong.Lega rasanya.
" Harap bertenang tuan2 dan puan2 sekalian. Anda sudah tiba ke destinasi. Sila tanggalkan tali pinggang anda dengan cermat.
Kepada para wanita,sila kemaskan tudung atau apa2 yang patut pada diri anda. Jika anda mahukan cermin,kami menyediakan servis tersebut " ujar Adam persis juruterbang tiada lesen .
Alya sudah mengekek ketawa.
Shafa' menghiraukan gurauan Adam itu. Dia lebih sibuk menggalas begnya.
Cuaca pada hari itu sangat cantik.
Mereka bertiga keluar daripada kereta .
Adam mengenakan cermin mata hitamnya . Walaupun tidak sampai tiga langkah,sudah ramai perempuan memandang ke arahnya.
Alya awal2 lagi sudah berjalan laju ke hadapan. Patung ayam yang berbunyi apabila dipicit itu menarik perhatiannya.
Shafa' berjalan perlahan sambil membelek telefonnya.
Adam berjalan di belakangnya sejauh 3 meter.
Tiba2 mata Adam perasankan seorang lelaki yang tidak terurus sahaja . Langkah lelaki itu seperti mahu mendekati Shafa'.
Shafa' tidak perasankan hal itu.
Adam mendekati Shafa' dan berjalan di sebelahnya.
Shafa' sudah menjegil matanya.
"Kita jalan laju sikit " tangan Adam sudah menarik lengan Shafa' .
Shafa' terkejut dengan tindakan Adam itu.
Apabila melihatkan raut Adam yang cemas itu,Shafa' menoleh ke belakang sambil kakinya melangkah laju.
Apabila mereka sudah jauh,Shafa melepaskan lengannya.
"Jangan pegang saya . Kalau iya pon,jerit ja la nama saya. Banyak lagi tindakan boleh buat kan?" marah Shafa' sebelum mengejar Alya yang berada di hadapan.Adam beku.
Dia melihat sepi tangannya.
"Aku buat salah ka ?" tanyanya pada diri sendiri.***
"Weyy,aku tak nampak Am pon .Dia pi mana ha?" tanya Johari kepada Sofian.
Mereka lepak di kafe sebelum kelas mereka bermula.
"Dia kan pergi Melaka " balas Sofian sambil meminum Hot Cappuccino .
Johari terkejut.
" Serious lah?! Aih Am ni betul2 mintak dicarut la . Tak ajak pulak tu . Dia pergi dengan sapa?" ujar Johari tidak puas hati."Tak ajak apa nya? Kita kan ada discussion hari ni. Nak kena lempang dengan lecturer? Erm.. dia cakap semalam ,dia pergi dengan Alya kot ." jawab Sofian lagi.
Johari menggaru kepalanya.
"Erm betul jugak kan. Kalau aku free,dah lama aku ikut dia tau. Ehh Alya tu awek dia ka?" tanya Johari musykil." Entahlah. No comment. Tu kau tanya Am " balas Sofian.
Mereka kembali menikmati sarapan pagi.
Dalam tidak sedar,perbualan mereka didengari Fatin yang duduk tidak jauh dari meja makan Sofian dan Johari itu.
Fatin membuat muka cemburu.
Dirinya kenal dengan perempuan yang bernama Alya itu . Tidaklah pernah bertegur sapa,cuma tahu muka dan namanya sahaja.
Cawan di meja dihempas kasar.
" Jagalah kau perempuan. Jangan harap kau dapat Adam. " ujar Fatin geram.
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
RandomShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...