Bab 27-

227 8 1
                                    


Bab 27-
" Okay memandangkan tukang pasang khemah dah ada org,erm lagi..." Puan Ziana meneliti borang di tangannya.

"Hah! Tukang masak terbahagi kepada 3 group perempuan dan 2 group lelaki.Saya nak nama ketua group.Ketua group bertanggungjawab mencari tiga ahli ye .Siapa volunteer di sini?"
Tiba2 tangan Shafa' diangkat Alya tinggi.
Shafa' menjegilkan mata serupa ikan buntal.
"Dia ni ketua group pertama!!"
laung Alya.
Semua pelajar melihat Shafa dan Alya.
"Okay Shafa' ketuanya ".. Puan Ziana telah menulis nama Shafa' di borang perkhemahan itu.
Shafa' sudah menampar lengan Alya.
"Besa dia ni...eii aku tokak satgi haa ...kang hg tak pi camping kot"
Shafa' sudah marah.
Alya mengekek ketawa.
Semua pelajar mendengar taklimat daripada ketua perkhemahan mereka,Puan Ziana bt Maher Zain.
Dalam tidak kurang dua minggu lagi,mereka akan bertolak ke Pahang .

***
Shafa' keluar dari kelasnya.
Lecturernya baru sahaja memberi tajuk untuk projek akhir tahun.
Shafa' pening memikirkan hal itu.
Dia mengeluh perlahan .
Semasa dia berjalan ,tiba2 Naufal muncul di hadapannya.
Shafa' pelik tiba2 sahaja dia berada di sini.
Peristiwa dia dituang air milo kembali menyesakkan benak Shafa'.
"Shafa',saya datang nak mintak maaf dekat awak.Saya tau saya salah dalam hal ni. Awak tak patut kena macam tu.Im sorry Shafa'. " Naufal merayu di depannya.

Shafa' senyum sinis.
"Toksah nak mintak maap kat sini.Benda dah lepaih,biaq pi .Yang saya tau,kita dah makan malam kan?So saya takkan jumpak awak dah.Ada paham?!"
bentak Shafa'.

Naufal menunduk lemah.
"Saya betul2 mintak maaf. Tak sangka dia datang time tu. Kami dah putus tunang. And tetap dia follow saya sampai sini" ujar Naufal.

"Sudah cukup sudah la. Anyway saya okay .Takdalah mati sebab brain freeze lagi. Saya tak mau masuk campoq dalam urusan awak.Tak kesah la putus tunang ka putus kepala ka. Janji saya tak nak menjadi punca awak bergaduh dengan dia.Err.. jap dia nama apa?" sempat lagi Shafa' bertanya.

"Maya" sepatah Naufal menjawab.
"Maya Karin ka?" tanya Shafa' lagi.
Naufal tergelak perlahan sambil memggelengkan kepala.

"Arghh tak kesah la Maya apa pon.Haa lain kali cakap kat dia,kalau nak tuang ayaq tu,order la ayaq suam ka or ayaq barli suam, ini tak,milo pulak tu. Satgi kang lori milo angkat saya pastu pi juai tak ke naya?!" ujar Shafa' lagi.

Naufal diam . Dia tahu dirinya bersalah kala ini.
Shafa' tiba2 teringatkan sesuatu.
"Haaa.Awak ada cakap dulu,kalau saya makan dengan awak,awak akan bagi loket saya balik.So where?" Shafa' sudah mencekak pinggang.

"Ermm..Boleh tak kalau saya nak kenal dengan awak lebih rapat lagi? " tanya Naufal mengubah topik.

Shafa' sudah bengang.
"Saya tengah cakap topik apa sekarang ni? Susah la cakap dengan awak ni.Dahh! Tepi !" Shafa sudah blah.

Naufal tidak sempat membalas apa2. Dia mengeluh perlahan.Diri Shafa membuatkan pintu hatinya terbuka. Shafa' bukanlah gadis yang biasa dijumpainya sebelum ini. Perwatakannya juga berbeza dengan gadis di luar sana.

***

"Loket?" Adam mengerutkan dahinya.

"Haah loket tu Adam simpan"
Alya membalas sambil menyuap Baskin Robbins .

"Awat dia simpan loket Shafa'? Diorang tu ada apa2 ka sebelum ni?" kata Adam yang berbaur cemburu itu.

Alya gelak.
"Spesis manusia macam Shafa' tu nak ada apa2 ngn Naufal ? Memang tak la beb.Dengan hg pon dia tak pandang" Alya mencebik bibir.

Adam terdiam.
"So dia dapat mana loket Shafa' tu? Pastu tak sedaq diri pi simpan buat pa?!"
Adam tidak puas hati.

Alya perasankan muka cemberut terlebih asam limau Adam itu.
"Loket Shafa' pernah tercicir depan dia dulu.Dia takde niat nak curi pon. Dia nak bagi balik,tgk2 Shafa' dah hilang" cerita Alya lagi.
"Pastu pasal makan malam tu,Shafa' terpaksa . Sebab dia nak loket tu balik .Haa lagi satu itu je lah cara dia nak suruh Naufal tu stop bagi hadiah dekat dia"

Adam terdiam lagi.
"Shafa' tu dia tak suka orang bagi dia hadiah. Lagi2 yang mahal. Aku pon tak faham dengan perangai Shafa' ni kekadang. Jujurlah aku cakap,dia la manusia spesis abad ini yang suka tolak rezeki.Perempuan lain memang terkeluar mata la kalau dapat macam tu " bebel Alya.

Adam mengangguk perlahan.
Ya.Dia mengakui itu.Shafa' memang perempuan yang lain daripada lain.

"So Naufal tu still simpan loket Shafa'?" tanya Adam.
Alya mengetuk meja tiga kali persis hakim mahu menjatuhkan hukuman kepada pencuri selipar masjid.

"Yepp. And dari pemerhatian aku la,Naufal tu suka Shafa' laa.Hg tak rasa gitu?" Alya menjongketkan keningnya nakal.

Adak menegakkan tubuhnya.
"No way. Nak Shafa',langkah mayat aku lima ratus kali dulu"
Adam berkata sinis.

Alya tergelak.
Tiba2 Adam mengetuk meja sambil berkata
"Tapi kan,Shafa' tak suka Naufal HAHAHAAHAHA.Padan mukaa kena friendzone.Buuu noob Naufal tu!" ujarnya dengan muka puas hati.

Alya gelak lagi kuat berbanding sebentar tadi.

"Hg pon Shafa' tak sukaa!! Hahhahaa pi blah ah lu. Pi broken makan capatti kat mamak sana.Shuhh shuhh " halau Alya.

Adam yang seronok tadi bertukar mendung.
"Hg kena la tolong aku wey. Ermm sedih la macam ni" ujarnya dengan muka sedih.

" Tak yah nak buat muka sendu sembilu dekat sini.Aihh saja ja main2. Gurau pon tak boleh."
Alya menyambung makan aiskrimnya.

Adam tersenyum kembali.
Dia berfikir sejenak.

"Kita pi jalan2 nak tak?" cadangnya.
"Kita?" tanya Alya kembali.
"Ngok la hg ni. Kita tu mean aku,hg ngn Shafa' la. Adoi tak dak masa aku nak bawak hg sorang"
mata Adam dinaikkan ke atas.

"Jalan mana? Jalan Suka Menanti kat area depan tu ke?" Alya sudah blur.

"Hg ni karot la. Jalan tu buat pa?
Nak cari spesis Sajat ? Buat naya wey,satgi aku baru satu kaki melangkah,depa dah angkut aku.
Segheyau aih .Hg tu depa mana pandang. Selamat la hg " kata Adam lagi.

Alya tergelak kuat .

"Okayy. So nak pi mana ni?"
tanya Alya .
"Kita pi Melaka nak? Tidoq sana semalam dua ka. Jangan risau. Aku rela jadi mesin ATM hampa"
kata Adam.

Alya tidak jadi menghabiskan sisa aiskrimnya.
Matanya terbeliak.
"Serious la wey?! Hahhaah tu aku suka kamceng dengan anak datok ni. Indah betul hidup"
Alya bertepuk tangan.

"Aku on!! Dan nanti aku pujuk Shafa' pi . Dia suka bab2 travel ni" ujarnya gembira.
Adam ketawa akhirnya.
Tidak sabarnya dia mahu berjalan2 dengan Shafa' nanti.
Kiranya dia ada pembantu untuk pikat hati Shafa', dan Naufal kena berusaha sendiri.Hahahaha. Adam ketawa jahat dalam hati.

JODOHKU JUAL MAHALWhere stories live. Discover now