Bab 18-

282 24 2
                                    

Bab 18   
Pada pagi itu,Shafa' dan Alya bertandang ke kafe di universti mereka .Sudah lama mereka tidak menjejakkan kaki ke sini kerana mereka lebih suka bersarapan di luar lagi2 di tempat makanan kegemaran Shafa' iaitu Warung Roti Telur Goyang . Disebabkan Shafa' yang mahu menjaga berat badannya,dia memutuskan mahu memakan makanan ringan sahaja. Shafa' mengambil tempat duduk di atas kerusi rotan . "Aku tunggu sini,hg pi order" ujar Shafa' sebelum menyilangkan kaki .
Alya menuju ke kaunter , "Bang ,pagi ni ada jual apa?" tanyanya kepada Wahid .
"Kami jual ekzos motor dengan tayar lori ,dikk nak flavour apa ?".sakat Wahid yang memang kenal dengan Alya itu .
"Bagi minyak hitam la dua.Ikat tepi ekk" balas Alya kembali . "Ikatan yg sah tak nak?"Wahid mengenakan pickupline sambil menjongketkan keningnya.
Alya tergelak . "Tak payah nak mengayat kat sini ek,nak tuu haa bun sosej dua,cheese lebih yee .Bagi sekali air mineral sejuk dua " pesan Alya .
"Nahhh. Semuanya RM6 campur GST . "
Plastik makanan diambil Alya selepas membayarnya .
Kaki diarah ke arah Shafa '. Tiba2 dia teringat akan sesuatu .Alya menepuk dahinya kuat .
Plastik makanan diletakkan di hadapan Shafa' dengan kalutnya.
"Weyy,aku terlupa fon aku tertinggal dekat homestay ayah aku la,aku ambil kejap ek.Hg tunggu sini!". Shafa' membuat muka geram.
" Time ni jugak nak lupa pon aihh, nanti dah ada anak,tinggai abih semua "

     Naufal yang sedang mengemas meja itu melihat Alya yang berdesup lari keluar dari kafe . Naufal melihat sekeliling . 'Ada tsunami nak berlaku ke?' getusnya perlahan .
Tiada apa2 pon yg berlaku . Tiba2 matanya beralih kepada Shafa' . Yang pada masa itu,dia sahaja pelanggannya .
Shafa' leka mengunyah bun roti sosejnya . "Sorang je?" tanya Naufal sambil tersenyum.
Shafa' memandang petugas kafe itu 3 saat sambil membuat muka pelik dengan pertanyaannya .

'Tengah nampak aku mesyuarat tepi tingkap dengan oghang ramai ka sekarang ni?' ejek Shafa' dalam hati .
Sudah terang lagi bersuluh kerana dia sahaja di situ .
"Boleh saya duduk ?"soalan kedua ditanya Naufal .
'Duk ja la ,awat ?Kerusi ni dibuat daripada kulit oink oink ka?'.Shafa' merengus kuat di dalam hati .
Naufal memandang gadis di hadapannya yang masih diam dengan muka pelik.
"Duduklah" Shafa' akhirnya bersuara . Naufal duduk di hadapannya . Hatinya sedari tadi berbunga2 kerana matanya tidak silap lagi gadis itu Shafa'. Mudah sahaja mahu mengesan gadis itu kerana rautnya yang sentiasa serius .Sama sahaja mukanya apabila mereka bertemu di Tesco 4 tahun yang lepas  .Cermin mata Shafa' tetap sama dipakainya hingga sekarang .
"Saya Naufal" .Naufal memperkenalkan dirinya . "Okay".. jawab Shafa' pendek dengan muka tetap tidak menunjukkan riak senyum . Shafa' tunduk bermain telefonnya.
"I think kita pernah jumpa ".Loket Shafa' yang setia diletakkan di dalam dompetnya itu,dikeluarkan lalu digoyangkan di hadapan Shafa'.
"Nama awak Shafa' . You know me right?"Naufal tersenyum .
Shafa' terkejut kerana loketnya yang sudah lama menghilang itu berada di tangan lelaki tersebut.
Mulutnya ternganga dengan mata dibeliakkan .
"Awat awak tak tukaq jadi monyet takdak bontot? Sebab saya dah sumpah pencuri loket saya . Awak pencuri!" marah Shafa' .
Naufal geli hati mendengarkan sumpahan Shafa' itu.
Ini bukan zaman cerita dongeng Mahsuri la nak main sumpah2.
"Saya mintak maaf sebab simpan loket ni.Saya nak bagi balik dekat awak time tu.Tapi awak dah lari jauh"Naufal meminta maaf .
Shafa' berfikir .
'Mamat ni jumpak aku tang mana? Aku lari? Biaq betoi dia ni?Ka waktu sekolah aku buat acara rentaih desa,dia ni mai jadi penyokong?' .Shafa' bermonolog di dalam hati  .Dia tidak kenal lelaki berkulit sawo matang ini.
Naufal yang melihat Shafa' seperti berfikir sesuatu itu terus bersuara "Dekat Tesco ,masa tu awak ambik cream cheese.Tapi buttercup jatuh.Saya yg tolong kutipkan .Remember me?"
Shafa' sudah ingat kembali .Patutlah dia tidak kenal lelaki ini,kerana mukanya tidak sedikit pon dipandang Shafa' dulu.
Shafa' mahu merampas loketnya di tangan Naufal .Naufal lagi laju  menarik tangannya .
"Kalau awak nak,keluar dinner dengan saya okay?" Naufal tersenyum.
Shafa' bengang .Asap sudah berkepul2 keluar daripada kepalanya . Shafa' akhirnya bangun daripada tempat duduk dan plastik makanan di atas meja diraihnya kasar .
Wahid yang melihat dari arah kaunter tidak mahu masuk campur .
Kaki Shafa' laju mahu bergerak ke muka pintu . Naufal menahan Shafa' dengan mendepakan tangannya .
"Move ,youre in my way !!"marah Shafa' lagi.
"Shafa',i just want you to eat dinner with me " merayu Naufal.

"Saya tak pekak badak lagi la .Toksah nak repeat benda sama." mata Shafa' dijulingkan naik ke atas ."Awak tak nak loket ni balik?" tanyanya lagi .
"Kalau nak ugut saya guna loket tu,baik awak buang ja kat dalam tong sampah.Okay?Btw ,just forget it .Saya ada banyak sangat benda nak buat ." Shafa' akhirnya berjaya keluar dari pintu kafe .
Naufal masih mengejarnya ."Saya takkan buang loket ni Shafa'!!"laungnya .
"Haa suka hati pak hg la tak nak buang ka hapa.Tak nak buang sangat,pi framekan loket tu teroih pastu tampai kat dinding rumah!!" laung Shafa' kembali tanpa menoleh ke belakang.Kakinya yang laju itu membuatkan langkah Naufal terhenti."Juai mahainyaa dia ni" ujar Naufal perlahan.

Alya melihat Shafa' yang berjalan laju dengan muka bengangnya .
"Woiiii! Laju2 nak pergi mana?Kenapa tak tunggu dekat kafe?" ujar Alya semput kerana mengejar Shafa'.
"Aku nak pi tandaih ni.Tu aku keluaq dari kafe tu.Kang satgi aku kentot sedaih (sedas) dalam tu,mau depa tu arwah .Dah la baru semalam aku melantak petai .Anyway ,nahh" Shafa' memberi makanan Alya .
"Nak terkeluaq dah ni .Cau".Sebelum Alya membalas,Shafa' sudah meninggalkannya .
Sebenarnya Shafa' menuju ke kelasnya .Saja dia memberi alasan begitu untuk keluar dari kafe .Bencinya dia terhadap Naufal. "Dah la pencuri pastu nak ajak makan pulak.Ehh ehhh.Nilah  trick tackle perempuan yang sangatlah murah abad ini.So sad" cebik Shafa'.

Sorry guys ...saya takkan update lagi kalau tiada sambutan ...hehehe..so kalau ada sambutan dari korang,saya akan update satu novel yang sudah siap terus..keep on votinggg love you guyssss

JODOHKU JUAL MAHALWhere stories live. Discover now