Bab 29-
Mereka bertiga sibuk singgah di setiap gerai yang menjual pelbagai aneka barang untuk pelancong itu.Alya masih seronok membelek chicken scream itu.
Shafa' ketawa kuat .
Shafa' turut memicit badan chicken sream itu berulang kali.Adam hanya melihat keletah dua orang itu.
Seperti Adam ialah seorang ayah yang sedang mengawasi dua oang anak perempuan dewasa yang berperangai budak2.Selepas Shafa' dan Alya terpandangkan penjual gerai tersebut yang memandang tajam ke arah mereka kerana bunyi ayam yang bising itu, Shafa' dan Alya terus berlari keluar .
Mereka tergelak akhirnya .Shafa' mencari cermin mata hitam yang sesuai pada dirinya.
Ada yang berbentuk petak,bulat ,segi tiga dan macam2 lagi.
Adam turut mencari untuk Shafa'.Dia mengambil cermin mata hitam yang berbentuk sama seperti cermin mata yang dipakainya.
"Erm.. yang ni macam okay dengan awak. Nak try?" Adam menghulur cermin mata itu.
Shafa' memandang sepi. Akhirnya dia mengambil huluran Adam itu.Shafa' memakainya.
"Alya,okay tak aku pakai? Ka aku macam acah2 Korea?"
Shafa' membuat gaya seperti model kasut tumit tinggi.Alya tergelak dengan perangai Shafa' yang happy itu.
Adam turut tergelak perlahan.
"Cantiklah beb. Sesuai dengan muka hg. Belilah satu. Boleh lepasni tangkap gambar kat mana2"
Shafa' berpuas hati dengan komen Alya itu.Dia melangkah ke arah penjual gerai tersebut.
"Yang ni berapa ya?" soalnya." 25 ringgit je dik. Ada apa2 lagi nak beli?" ujar penjual itu.
"Saya beli satu ni ja. Erm jap.." Shafa' membuka tas tangan.
Tiba2 duit 25 ringgit sudah selamat sampai di tangan penjual itu.Adam laju membayar daripada Shafa'.
"Terima kasih ya . Ini suami kamu ya? Sepadan sangat" tanya penjual itu kepada Shafa' sambil tersenyum.
'Erkkk' terkedu Shafa' dibuatnya.
Terasa dia menelan pasir di kerongkong .Adam tergelak .
"Ini kawan saya kak.Hahahaa" jelas Adam ." Ouhh .Sorry la ye heheh. Saya jual" kata penjual itu.
Shafa' hanya mengangguk perlahan.
Mereka berdua keluar dari gerai itu."Lain kali bagi saya bayaq. Saya tak pokai lagi la" ujar Shafa' tanpa memandang Adam.
Shafa' terus pergi ke arah Alya yang sedang membelek topi itu.
Adam tersenyum dalam hati.Dalam kiraannya,sudah banyak kali Shafa' bercakap dengannya.
Kira okay lah tu .Alya menyarungkan topi pantai bercorak bunga itu.
"Okay tak ni Shafa'? Aku lepas tak nak jadi model pantai?" ujarnya sambil mengangkat kening.Shafa' tergelak lagi.
Dia membuat thumb up.Shafa' juga tidak melepaskan peluang itu.
Dia mengambil topi koboi lalu disarungkan di atas kepalanya." Hey you! Tepi laa.. Kuda i nak jalan ni.. " ujar Shafa' dengan pelat orang putih bercakap melayu.
Gayanya juga dibuat seperti sedang menunggang kuda.
Sungguh kelakar Shafa' versi happy go lucky ini." Hahahaa buat malu je la hg ni Shafa'. Cepat lah pilih . Takkan hg nak topi koboi ni. " ujar Alya.
Shafa' meletakkan kembali topi koboi itu.Adam di belakang buat2 membelek baju .
Tetapi mata dan telinganya menangkap setiap perlakuan Shafa' dan Alya itu.Shafa' minat dengan topi pantai berwarna putih itu.
"Aku nak yang ni la. Jum bayaq" ajak Shafa' .
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
RandomShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...