Bab 5-
Shafa' membuka pintu kereta dan terus terjun turun.Shafa' seorang yg menepati masa.Sekali dia terlewat,memang kalut habis.Nasiblah uminya yang memandu kereta,kalau Shafa' yg memandu, memang semua ayam ,itik ,biawak yang baru keluar daripada kawasan semak untuk mencari makanan untuk keluarga tersayang sudah lama maut kerana kena lenyek dengan tayar kereta.Tak pasal2 keluarga binatang yg jadi mangsa.Puan Masyitah menggelengkan kepala melihat anaknya yg seperti spiderman pakai palazzo apabila terjun begitu."Tak lari la kedai ni along oi,tu tgk kedai ni ada kaki ka nak berjalan ?"ujar Puan Masyitah sambil mengeluarkan plastik yang mengandungi bahan untuk membuat roti.Kedai di hadapannya ini terletak di tengah2 bandar Alor Setar.Memang sudah lama dia ingin belajar membuat roti bersama Shafa'.Pengadun roti sudah dibelinya online tetapi ditinggalkan berhabuk di atas almari dapur.Tugasnya sebagai seorang guru sejak akhir2 ini sangatlah sibuk.Cuti seminggu memang tidak disia2 kannya untuk pulang ke kampung dan bertandang ke sini.Shafa' yang terkoncoh2 berlari itu tidak menghiraukan kata uminya.Disebabkan traffic jam sebentar tadi akibat sebuah kereta terlanggar lembu sesat telah membuatkan mereka terlewat 30 minit.Sebelum Shafa' membuka pintu kaca tersebut,dia terpijak seluar palazzonya yg labuh.Tiba2, 'Bukkk'....Bunyi kaca pintu berbunyi menandakan kepala seseorang selamat mendarat ke situ.Adam beserta para wanita yg lain terus memandang ke arah pintu kaca utama kedai tersebut."Adoii ,berpusing kepala otak aku ni ,tang ni jugak la seluar ni nak cium lantai,awat tak cium esok ka lusa ka"rengus Shafa' kuat.Uminya gelak sakan di belakang.
Shafa' akhirnya membuka pintu perlahan sambil tangan menggosok dahi yang berdenyut.Apabila dirinya sudah masuk,rata2 semua memandang ke arahnya seperti Shafa' seorang penjenayah kongsi gelap.Suasana diam seketika.Tidak sampai 3 saat,semua tergelak perlahan melihat Shafa'. "Dah2 jum letak barang kat meja sana nu"uminya menarik lengan Shafa'.Sambil berjalan ke arah meja kosong,Shafa' terpandangkan seorang lelaki yg masih galak gelak.Walaupun kedudukannya agak tersorok di tepi meja,Shafa' jelas menangkap kelibat lelaki tersebut.'Ouhh lawak sangat la aku terhantuk pintu tadi sampai gelak tak ingat dunia,kang tak pasal2 bisu mulut tu aku sumbat dengan kaca satgi' gumam Shafa' dalam hati . Jelingan maut dihadiahkan kepada Adam.Adam sedari tadi gelak terus terdiam.'Erm aku salah orang nak bergurau agaknya.Kerek gila minah ni,jeling2 bagai.Seumur hidup aku selama 18 tahun ni mana pernah kena jeling' ujar Adam dalam hati.Semua pelajar melihat dengan teliti Cikgu Shima yang sedang menguli doh menggunakan tangan.Shafa' tidak kekok menguli bahkan dia seronok membuat kerja begitu.Adam yang turut sama menguli sesekali melihat Shafa' yang berada selang dua meja di hadapannya.'Macam sebaya dgn aku ja minah kerek ni' cakap Adam dalam hati.Doh yang sudah dibentuk disusun atas dulang lebar.Cikgu Shima berjalan di setiap meja untuk melihat bentuk doh yg pelajarnya hasilkan.Doh croissant tidaklah sesukar mana untuk dibentuk.Dia melihat ada yang berbentuk seperti siput sedut,cengkerang laut dan macam2 lagi.Nasib tiada yang berbentuk seperti kuih siput hari raya. "Am,nanti tolong ibu sapukan telur atas doh ni okay?Ibu nak pergi buang sampah "ujar Datin Nafisah."Haa okay"jawab Adam pendek.Selepas Adam menyapu telur di atas croissant, dia memasukkan dulang tersebut ke dalam oven dan disetkan masanya.
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
De TodoShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...