Bab 21-
Adam memandu tenang .
Alya di sebelah tidak berhenti2 makan sepanjang perjalanan.Dikerlingnya Shafa' di tempat duduk belakang.Adam tergelak perlahan.Shafa' melentok2 tidur dalam posisi duduk .Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang ."Kita berhenti dulu la tang mana2 utk solat Asar "ujar Adam kepada Alya.
Alya mengangguk ."Wey Shafa!
hg..." sebelum Alya menyambungkan ayatnya,Adam menyuruhnya diam.
Adam membuat mulut.
'Dia tidoq'...
Alya menoleh belakang.
'Patutla diam ja,hihihi' bisiknya perlahan.
Adam tersenyum.
Kereta Volkswagen Beetle nya diparkir di hadapan hentian rehat dan rawat . Alya keluar daripada kereta lalu mengejutkan Shafa'. Shafa' terkejut bangun .
"Haa dah sampai ka?Mana tok ,tokwan?"ujar Shafa' mamai.Adam sudah bantai gelak.
"Tok abah hg!Kita kat R&R ni..Bangun cepat,kita solat Asar dulu.Pantang duduk dalam kereta ja tidur,pantang tidur ja duduk dalam kereta!" bebel Alya. Kemudian,beg telekungnya dan Shafa' diambil di bonet belakang .Shafa' bangun menggeliat kuat .'Huarghhhhhh' .Shafa' mendepakan tangannya ke atas. Adam lagi sekali gelak melihat Shafa' .
Kepala Shafa' ditolak Alya .
"Woi minah,tak malu ke ?Kita sekarang tumpang kereta Am tau.Buat perangai senonoh sikit.Dah macam biawak aku tengok.Cepat keluar"
Shafa' kembali ke alam nyata.Dia merasakan dirinya dilihat melalui cermin hadapan.Adam gelak melihat Shafa' .Sangat kelakar keadaannya .Dengan tudung dan anak tudungnya yang senget,serta air liur basi terkeluar melalui mulutnya .Shafa' mengelap laju air liurnya dan mengemaskan tudungnya kembali.Dijelingnya Adam tajam.Kakinya laju keluar daripada kereta Adam .Dia berjalan beriringan dengan Alya untuk ke surau .Adam mematikan enjin keretanya.
"Shafa' ,please dont make me more in love with you.You're so cute !" ujarnya sambil tersenyum.Tiba2 dia teringatkan bunga yang diberi kepada Shafa' sebelum Shafa' sendiri membuangnya.'Siapa bagi kat dia?' soalnya dalam hati.30 minit kemudian,ketiga2 mereka kembali dalam perjalanan.Shafa' fokus memakan wafel coklat sambil memandang keluar tingkap kereta.Mulutnya bisu.Macam biasa,Alya dan Adam riuh bersembang.
Shafa' merasakan dirinya sebagai jembalang highway sahaja.
Wafelnya sudah habis.
Matanya kembali mengantuk.
"Seriuslaa?! Dia naik mutu (motor) pastu langgaq janda anak 4 tu?! Hahahahaa ".Adam ketawa berdekah.
"Haa la . Pastu ramai pakcik2 bawang pergi tolong angkat dia.Besalah dia kan janda yang dah pencen jadi model" Alya juga ketawa. Seketika mereka terdiam apabila mendengar suara orang berdengkur.Mereka serentak menoleh ke belakang lalu ketawa kembali.
"Shafa' memang macam ni,kalau dalam kereta,mesti tido.Tu yang asyik lupa jalan ja selalu.Lepas hg kahwin ngn Shafa' nanti,jangan bagi dia tido.Pang ja dia sekali"ujar Alya .Adam ketawa tidak henti2.
"Erm tak romantik la hg ni,lepaih ja aku kahwin ngn shafa',aku nak biaq driver ja bawak.Aku duk belakang ngn dia.Baru romantik Shafa' duk tidoq ataih bahu aku"Adam tersenyum nakal.
Alya membuat muka menyampah.
"Tak yah perasan la brader.Belum tentu dia nak kat hg.Tak kira la hg hensem cam putera hutan rimba ka putera band ka,dia tak heran la "Alya mencebik.
"We'll see" balas Adam pendek.Mereka sudah tiba di Alor Setar .Jam di dashboard menunjukkan pukul 7.12 malam. Adam mencadangkan mereka makan malam dahulu,baru dihantarnya ke kampung Shafa'.
Mereka berhenti di Restoran Tat Nasi Ayam . Walaupun masih awal malam,ramai juga orang yang menjamu selera.
Mereka mengambil tempat duduk.Adam membuat mata kepada Alya .Alya mengangguk faham.
"Arghh!Sakit perut la pulak,adoi mesti aku makan byk jeruk tadi.Cau dulu .Haa beb tolong orderkan aku nasi ayam,nasi tu lebih .Pastu milo ais,tapi ais kurang ."Alya menuju ke tandas.
Shafa' membuat muka bengang."Sakit perut tapi macam anak naga nak melantak.Herhhh"rengus Shafa'.
Mereka tinggal berdua selepas membuat pesanan.
Adam bersuara untuk memecahkan kesunyian mereka berdua.Memang sengaja Alya buat2 sakit begitu kerana mengikut misi yang sudah dirancang.
Shafa' macam biasa melayan telefonnya.
"Kampong awak area mana?"tanya Adam.
Shafa' menjongketkan bahunya.
"Ouhh,kampong awak duk tang bahu ja la?Ohh i see.Dekat ja kampong awak rupanya.Sepatutnya saya tak bagi tumpang awak pon,dah boleh sampai."
ujar Adam.
Shafa' membuat muka ."Area Pendang."
Adam tersenyum.'Boleh pulak cakap dia ni.Ingatkan aku duk tumpangkan orang bisu'
"Nanti tunjuk kat saya jalan nah?Anyway rumah saya area sini2 ja"..ujar Adam.
"Tak tanya pon"..Shafa' membalas.
Adam tergelak."Kampong awak mesti meriah kan?"
"Meriah ?Haah meriah gila.Tiap2 hari orang duk men mercun naga depan rumah".Shafa' mengangkat keningnya sebelah.Saja diperli Adam.
Adam tergelak lagi.
"Bukan meriah yang tu,maksud saya, kampong awak mesti meriah sebab kot la ramai sepupu ka nak ajak besembang "ujar Adam.
Pesanan mereka sudah sampai.
"Adalah kot" balasnya pendek.
"Anyway congrats about your project. Alya cakap awak dapat pointer tinggi"senyumnya lagi.
"Thanks.Tak tinggi mana pon.Gayat nanti" Shafa' membalas selamba.
Alya tiba2 datang kembali ke meja mereka berdua.Dicapainya pinggan nasi ayam itu rakus.
Tangan Alya ditampar Shafa'.
"Dah habih melepaih ?Amboi,gelojoh sakan nah.Jangan duk loqlaq sangat .Aku tibai dengan pinggan satgi" ujar Shafa'.
Alya membuat muka monyok sambil mengusap tangannnya yang sakit."Aku lapar la.Semua dah keluar bila aku melepas tadi.Tu nak cover balik tu.Tumpang lalu yee"Alya menyuapkan makanannya.Shafa' dan Adam serentak menggelengkan kepala melihat keletah Alya itu.***
"Why you nak putuskan engagement kita ?!" marah Maya . Naufal mengeluh perlahan.
"Please Maya,jangan buat keadaan lagi kecoh.Orang tgk kita la" pujuknya.
"Suka hati la .I tak kesah dah!Nak viral pon takpe..Bagi sebab why Naufal! Whyyy!" Maya marah kuat .
"I think kita takde jodoh.Hope you understand me" ujar Naufal perlahan.
Maya gelak seperti watak ibu tiri Cinderella.
"Takde jodoh?Senangnya jawapan you.You tau tak kita dah kenal nak dekat 4 tahun?
I sayang you sangat.Sampai hati you!"bentaknya geram sambil menghentakkan beg tangannya di atas meja makan.
" Please Maya, I tak boleh teruskan benda ni. Yep kita dah lama kenal,but i jujur hati i dah tawar untuk you.Sorry ,Maya" Naufal semahu2nya meminta maaf.
"Damn you! Hati you tawar sebab you dah sayangkan perempuan lain kan?Okay fine.Jangan anggap you boleh terlepas.I will find her and ajar betina tu hidup2!!" Maya terus berlalu keluar dari restoran itu.
Naufal mengeluh berat .
Diambil loket Shafa' yang disimpan dalam dompetnya itu.
'Now,im in love with this girl..."ujarnya perlahan. Sudah lama Shafa' tidak bertandang ke kafenya sejak mereka bertemu kali pertama di kafe itu.
Itulah sebabnya dia mengupah orang untuk mencari Shafa' dan memberikannya hadiah.Dipendamnya rindu kepada Shafa'. Ugutan Maya berlegar2 di kepalanya . Arghh.Tiada siapa boleh menganggu Shafa'.
Dia tidak mengizinkan apa2 berlaku kepada Shafa'.
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
RandomShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...