" Wey Alya,dah-dah la makan tu, hang nak kenyang sampai sebulan ka?" Shafa menyiku Alya di sebelah. Masakan tidak,sudahlah menambah nasi tiga kali,selepas itu melantak spaghetti pula.
"Sabar la cik kak,rezeki makan free jangan ditolak, sedap kot.Hang tu,makan la banyak lagi. " Alya meratah udang.
Shafa sudah surrender. Dia tidak mempunyai perut gajah seperti Alya. Gajah pun tak makan banyak macam Alya.
"Tak malu ka orang tengok? Dah la dekat rumah orang. Buat perangai elok sikit boleh saudari?" Shafa membebel.
"Sabar ,nak cepat-cepat pergi mana?Bukan selalu makan dekat rumah orang kaya ni. Kiranya ni pengalaman berharga tau. Kalau cikgu suruh buat karangan 'Ceritakan pengalaman anda makan di rumah orang kaya...' Haa tak ke A+ karangan Bahasa Melayu? " Alya mengambil puding karamel di hadapannya.
Shafa menolak kepala Alya yang sewel itu. "Ngok la hang ni,merapu meraban pulak dia,haa tu nak makan puding pulak la tu, woi gila,sat lagi perut hang besaq kalah orang pregnant tau?"
Alya mengendahkan suara Shafa.
Tiba-tiba datang satu suara,
"Haa Shafa,habis makan dah ka?Makan la lagi,jangan malu-malu." Tangan Datin Nafisah mengusap belakang badan Shafa lembut.
"Err datin.Saya kenyang dah." ujar Shafa malu-malu.
Adam menyampuk, "Haa Shafa,makan la lagi.Jangan la malu-malu."
Shafa menggelengkan kepalanya laju. "Dah kenyang."
"Hahahaha,haa Alya,alang-alang habiskan lah semua ,dari tadi mak cik tengok tak berhenti kunyah lagi," sakat Datin Nafisah.
Alya sengih . Mukanya berubah menjadi merah kerana malu.
"Baik datin.On the way nak habiskan.Perut tengah jammed." balas Alya sambil tersengih kambing.
Datin Nafisah dan Adam ketawa. "Okaylah macam tu,mak cik nak layan tetamu sat.Makan la nah Shafa.Bagi perut sama-sama jammed dengan Alya."
Datin Nafisah berlalu. Adam mengambil tempat di hadapan Shafa.
'Aih mamat ni,pi la jauh-jauh. Tak senang aku.' getus hati Shafa.
"Shafa,makanlah lagi. Buat ja macam rumah awak sendiri. Jangan malu-malu." kata Adam.
Alya membalas, " Dia nak diet,yalah,nanti tak muat baju kahwin,siapa susah?Bakal imam dia lah yang susah nanti.Tak gitu Am?" gurau Alya sambil membuat mata kepada Adam.
Shafa mengerutkan dahinya sebelum sepit ketamnya beroperasi di paha Alya. "Sedap mulut hang,memandai kata aku diet.Aku tumbuk perut tu satgi,keluaq balik makanan atas pinggan." kata Shafa geram.
Alya menggeliat tubuhnya kerana menahan sakit di paha. Bagaikan terkena elektrik sahaja di pahanya. "Ampun tuanku," katanya.
Adam sejak daripada tadi,tidak habis menghamburkan ketawa. Shafa kalau marah,memang lawak habis.
Tiba-tiba ada seorang budak kecil berusia lima tahun datang ke arah meja makan.
"Abang Am,Danish nak makan.Letih la pulak main dengan kawan tadi."Automatik Shafa mengukirkan senyuman manis kepada budak itu.Sungguh gebu kulitnya. Rupa parasnya juga kacak.
"Okay sayang. Hahahaha tu la abang Am kata jangan lari sangat. Kan dah penat. " kata Adam lembut.
Danish melangut melihat Shafa. "Danish nak duduk atas kakak boleh?"
Shafa melebarkan senyumannya.
Adam terus berkata,"Danish,kan banyak kerusi ni,duduk ataih kerusi nah?"
"Its okay Am." Shafa mencelah.
Adam terdiam.
"Meh kak Shafa angkatkan eh?" kata Shafa sebelum mengangkat budak itu ke ribanya.
"Ni Danish ka wey?" sampuk Alya.
"Haah Danish yang hang suka gomoi dulu tu," balas Adam memandang Danish yang mesra dengan Shafa.
"Wehh,dah besar! Hensem kalah hang wey! Omg!!" Alya mencubit pipi Danish di sebelahnya.
Adam mengangkat keningnya. "Dia hensem ikut tuan badan yang jaga dia la," puji dirinya.
"Danish,siapa entah tak malu puji diri sendiri dekat sini. Rasa nak muntah kak Alya ni." Tangan masih setia mencubit pipi Danish.
Danish tidak faham apa kata Alya. Matanya meliar ke arah makanan di hadapannya.
"Danish,nak makan apa?" tanya Shafa lembut.
"Nak puding karamel tu.Ibu Danish yang buat. " katanya.
"Mesti sedap kan ibu Danish buat?" kata Shafa sebelum tangannya mengambil pinggan yang berisi puding.
Alya beredar ke ruang dapur untuk membasuh tangannya.
Adam mencelah, "Alya, ni ada ayaq basuh tangan."
"Aku nak pergi bilik air sama,alang-alang basuh tangan,alang-alang jugak nak tengok dapur mahal rumah hang.Hihihihi," gelak Alya.
Adam dan Shafa menggelengkan kepala dengan perangai Alya itu.
Tinggallah Shafa,Adam dan Danish di meja makan.
Shafa sibuk melayan Danish. Danish pula senang mesra dengannya.
"Kak Shafa nak puding ni?" tanya Danish.
"Nak nak," balas Shafa dengan senyuman.
Danish mengambil satu puding sebelum menyuap ke mulut Shafa. Shafa geram dengan tindakan comel Danish itu. Dia mencium pipi kiri Danish . "Sedapnya sayang. Lagi sedap kalau Danish suapkan."
Adam? Matanya leka memerhatikan dua orang manusia di hadapannya. Shafa pandai melayan budak. Tidak kekok sedikit pun.
Dalam tidak sedar Adam tersenyum sambil menongkatkan dagunya.
'Jarang Shafa senyum cantik macam ni dekat aku.Erm ,untungnya jadi Danish.'
Alya yang selesai membuang 'hajat' ,keluar dari bilik air. Sebelum dia kembali ke meja makan,dia melihat Adam yang gedik sambil sengih itu.
"Amboi-amboi mata tu Am,gediknya .Meh kita potong daun sikit," jalannya ke arah meja makan.
"Selamat Hari Raya,hari untuk kita bersuka ria,mintak mak kuih sepotong~" nyanyi Alya. Adam,Danish dan Shafa serentak terkejut .
Tetamu lain melihat ke arah Alya sebelum ketawa perlahan. Shafa memerhati sekeliling. "Malu la sikit minah,orang tengok la.Raya paddia time ni,puasa pun belum." jeling Shafa kepada Alya di sebelah.
Alya tersengih.
"Kak Shafa,sekarang ni raya ke?" Danish yang tidak tahu apa-apa itu bertanya.
Alya mencelah, "Tak la Danish. Lambat lagi raya,tapi ada la sorang tu dah 'beraya' mata tadi. Dia ja la sambut raya sorang-sorang." Mata dijegilkan kepada Adam.
Adam yang faham hanya tersenyum sendiri.
Shafa dan Danish dua-duanya blur dengan kata Alya. "Tak yah dengaq kak Alya ni kata. Memang merapu ja.Danish sambung makan okay?" kata Shafa.
Danish hanya mengangguk comel.
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
RandomShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...