Bab 19-
"Congrats Shafa' .Saya suka assignment kamu . Design yang kamu buat absolutely creative . I love it .I hope you can work hard for final week soon ." Shafa' tersenyum malu apabila dipuji lecturernya . "Thank you Miss, i'll do better next time ".
Puan Kamaliah mengangguk sebelum keluar dari kelas .Baru sahaja projeknya itu dinobatkan paling terbaik antara semua pelajar sekelasnya.
Shafa' menghembuskan nafas lega kerana titik peluhnya itu,membuahkan hasil .
Sudah masuk pukul 2 petang . Shafa' ke surau untuk solat Zohor .
Selepas solat,dia menelefon Alya sambil menyarungkan kasut.
"Woii,hg tang mana ?Habih kelaih (kelas) belum?"
"Hg ni bijak la call time ni . Aku tgh tunggu turn nak presentation ni. Shuhh,nanti aku call balik "
Alya berbisik sebelum menamatkan talian .
"Ehh berani shuhh kan aku?Ingat aku ni lembu ka?".Shafa' bengang .
Shafa' berjalan berseorangan . Langkahnya diatur ke suatu tempat .
"Assalamualaikum.Saya kacau cikgu ka?" tanya Shafa' kepada Cikgu Nona,ketua fakulti muzik itu. Cikgu Nona menoleh,
"Ehh kamu ke Shafa'.Ingatkan siapa tadi.Lama kamu tak datang sini..."ujarnya lembut .
"Hehehe busy sikit cikgu,erm..nak tanya dalam bilik P12 ada orang dak?"
"Takde rasenya.Harini diorang pergi Port Dickson utk semi final.Hahaha Shafa' oi,masuk je la bilik tu, tangan tu rindu tekan piano kan?" Cikgu Mona tersenyum.
Shafa' menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Haah.Pandai la cikgu ni,hahahaha.Okaylah cikgu,saya masuk dulu " Shafa' membuat jari peace .Cikgu Nona mengangguk sebelum menyambung kerjanya .
Shafa' membuka pintu yang menempatkan 5 buah piano itu.Kalau dirinya ada masa lapang,inilah tempat yang dia akan jejak.
Jarinya lincah menekan piano yang besar itu.Shafa' memang pandai bermain piano kerana itulah hobinya hingga sekarang .***
"Kamu dah besar sekarang Am.Mati2 cikgu tak kenal kamu tadi"kata Cikgu Nona kepada Adam .
"Macam ni jugak la cikgu oi,hahahaha sama ja muka sampai laa ni"Adam membalas.
"Sama apenya,makin hensem .Anyway family kamu semua sihat?Dah lama cikgu tak jumpa diorang"
"Depa sihat cikgu.Alah,mai ja la rumah kami bila2.Ibu dok ada ja kat rumah"...kata Adam.
"Inshaallah ,haa baru teringat .Sekarang cikgu nak pergi Shah Alam kejap.Ada hal . Bye Am" ujarnya sebelum berlalu .
Adam turut mahu keluar . Tiba2 di terdengar alunan muzik yang sangat romantis. Kakinya terhenti . Yepp. Bilik di sebelah kanannya ini ada orang . Cuma dia tidak mengetahui siapakah orangnya.Setahunya,semua pelajar kelas itu pergi ke Port Dickson . Jiwanya meronta2 ingin tahu . Kakinya perlahan diatur di hadapan pintu . Pintu bilik yang mempunyai ruang kaca segi empat sama itu membolehkan Adam mengintai .Kedua2 tangan diseluk dalam poket seluarnya .
Tiba2 bibirnya menguntum senyum.
Dilihatnya Shafa' yang feeling bermain lagu 'Perfect' yang dinyanyikan Ed Sheeran itu dengan mata tertutup .
Entah mengapa dia tertarik dengan Shafa'.Muzik romantis itu membuai jiwanya .
Dilihatnya Shafa' melalui pintu . Bibirnya yang sentiasa merah menyala walaupun tidak mengenakan lipstik,kulitnya yang putih gebu ,yang paling cantik ialah matanya .Sangat cantik kalau direnung lama .Kening tebal Shafa' sangat mengancam kalau sedang marah.Kejap naik,kejap turun keningnya itu.Memang tidak dinafikan lagi dirinya menyukai Shafa'.Ya.Itulah cinta pertamanya . Tetapi,susah mahu diluahkan kerana watak Shafa' yang jual mahal itu bukan mudah untuk didekati .'Erm aku rasa ada someone boleh tolong aku' getusnya dalam hati sebelum tersenyum.***
Seorang lelaki bertopi biru itu mendekati Shafa' yang mahu menuju ke keretanya . Shafa' mulanya mahu mengeluarkan buah2 tomoi yang dipelajarinya daripada tokwan di kampung.Tapi melihatkan lelaki itu memegang beberapa buku akaun dan membawa kotak pensel bersamanya,memang pasti dia bukan orang jahat atau orang yang mahu membuat apa2 pada dirinya ."Err...Shafa' kan?" gugup lelaki itu .
Shafa' mematikan niatnya untuk menekan punat kereta," Haa,awat?"
"Ni untuk awak." lelaki itu mengeluarkan sejambak bunga rose yang diselitkan Ferrero Rocher itu lalu diberi kepada Shafa'.Shafa' membuat muka pelik sambil mengangkat kening.
'Hari ni besday aku ka?Ka hari ni aku celebrate anniversary?Ehhh anniversary pala hotak hg,pakwe pon takdak" Shafa' bersoal dalam hati .
Huluran lelaki itu diambil Shafa'.
"Sapa bagi ?"tanya Shafa' keras.
"Errr tak tahu...Saya pergi dulu" lelaki itu cepat meninggalkannya.Shafa' membuat muka bengang.
"What?!Blah macam tu ja ka?Bodo punya jawapan 'tak tahu' tu. Awat tak cakap hantu kuboq ja bagi menatang ni?"Shafa' marah kegeraman .Dibuka nota kecil yang ditampal di situ . "Saya takkan buang loket awak :-) Anyway this is for you,hope you like it-Naufal "
Shafa' mengangkat bibirnya sebelah . Nota itu dironyok Shafa' lalu dibuangnya.Didailnya nombor Alya .
"Hello,haa hg tang mana?"tanya Shafa'.
"Aku otw nak balik bilik,kenapa?"balas Alya .
Talian diputuskan Shafa'.
Alya bengang ."Pahal minah ni?Sawan ka?"Pintu bilik mereka dibuka Shafa'. Alya yang sedang melipat baju kurungnya itu menoleh .
"Hg apahal call aku pastu letak?" Alya bertanya pelik .
Tiba2 dirinya dipeluk Shafa' erat ."Happy besdayy kawan aku yang loqlaq tak tentu hala ni..Harap hg jumpak jodoh dalam masa terdekat ni yaa?Iloveyouu bestieee muahhhh!" kiriman Naufal diberikan kepada Alya .Alya terkejut ."Enjoy yaa?Aku nak pi 7Eleven jap hehehe".sengih Shafa' sebelum pipi Alya diciumnya .
Belum sempat Alya berkata apa2,Shafa' laju keluar dari bilik mereka.
Alya menggaru kepalanya yang tidak gatal.'Masa bila hari ni besday aku?Ehh bulan ni kan baru masuk bulan lima?Besday aku bulan tujuh.Ka aku silap adjust tarikh lahir kat Facebook time darjah 6 dulu?' Alya pelik . Direnungnya bunga rose merah itu ."Bunga hidup laa!!Macam mahal je,ehhhh ada cokelat laa!" ditariknya coklat itu. Mahu ditelefon Shafa' kerana pelik dengan hadiah mahal itu .Tetapi dibatalkan niatnya itu kerana melihat bungkusan emas coklat yang menggoda .Alya tidak berfikir panjang.Tangannya gelojoh membuka plastik lalu dimakannya .Shafa' memandu perlahan . Bibirnya menguntum senyuman senget .' Rezeki hg la Alya oi dapat hadiah tu' getusnya .
Tapi yang peliknya ,bunga rose hidup dan coklat itu yang sememangnya mahal itu diberi oleh Naufal.
'Kalau betoi dia bagi semua tu,mean dia kaya la?Tapi awat dia keja haa?Btw Naufal,saya takkan ambik la apa2 pon dari awak.Bagilah peti ais 3 pintu pon,saya tak heran' Shafa' mencebikkan bibirnya .
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
RandomShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...