Bab 35-

263 10 0
                                    


Bab 35-

Adam menjemput Shafa dan Alya bertolak balik ke kampung . Adam tersenyum suka di dalam hati apabila Shafa memakai baju pemberiannya iaitu blouse berwarna merah jambu . Sangat manis di matanya . "Okay,jom kita gerak .Bismillahirrahmanirrahim." Kata Adam sebelum memandu .

Sesampainya di kampung Shafa, toknya , Nek Sinah menjemput Adam masuk ke dalam rumah mereka .Shafa yang mahu mengangkat bagasinya terus menjegilkan mata kepada toknya . Dia tidak mahu Adam masuk ke dalam rumah .

"Awat mata hang duk besaq lagu tu ? Masuk habuk ka?" Tanya toknya .

"Takdak apa la," Shafa kecewa kerana toknya tidak faham akan isyaratnya . Mahu sahaja dia mencabut traffic light dan memberi isyarat merah di hadapan muka toknya .

"Ehh awat semua tercegat depan pintu ni? Jemput masuk ,kita minum petang sama-sama nahh," toknya tersenyum manis .

Alya membuat isyarat kepada Adam supaya masuk .Adam tersenyum hambar .Dia tersangatlah segan .

Adam menunduk malu . "Terima kasih ," kasutnya dibuka sebelum melangkah masuk .

Mereka menuju ke dapur . Tokwannya,Haji Malek kelihatan sedang mengasah pisau . Dia tidak perasankan kewujudan mereka . Timbul idea nakal di benak Shafa. "Buat apa tu tokwan?!!" Sergah Shafa dari arah belakang.Dicuitnya pinggang tokwannya itu.

Tokwannya tersentak ." Wahai Hang Jebat,hang mai sini,aku rembat ," latahnya lalu menghalakan pisau di hadapan Alya dan Adam . Mereka pula yang kecut perut sebelum ketawa mereka meletus .

Shafa menyambung , "Kasi sengat ahh," dia membuat gaya Sofi Jikan dalam filem Kl Gangster .

"Laa hang ka Shafa, buat tokwan terkejut ja .Nasib tak keluaq jurus tomoi tokwan ," Haji Malek melurut dadanya perlahan .

Adam menunduk untuk bersalam dengan Haji Malek yang duduk bersila itu . Haji Malek menurunkan cermin matanya sedikit lalu meneliti setiap inci muka Adam . Dia menyambut huluran salam Adam .

" Artis mana hampa bawak balik ni? Tokwan tak pernah tengok dalam TV pon. Ka hang jadi pelakon extra?" Tanyanya . Mereka ketawa dengan kata-kata tokwan itu kecuali Shafa . Dia tidak gelak . Shafa menuju ke kabinet dapur untuk membuat teh .

"Extra apanya,ni haa kawan satu tempat belajaq dengan Shafa,nama dia Adam ," jelas toknya sebelum mengambil teko teh .

"Ouhh, lagu tu ka,haa Alya dengan Adam ,jemputlah duduk ,jangan malu-malu ." Tokwannya menarik kerusi untuk mereka berdua .

"Terima kasih tokwan ," balas Adam dan Alya serentak .

Setelah minum petang,Haji Malek mengajak mereka untuk memancing di parit belakang rumah.
Shafa dan Nek Sinah sambung berborak di bawah pokok mangga . Kedua-dua mereka duduk di bawah pondok kayu yang dibina Haji Malek sendiri .

"Ehh Shafa, lupa nak tanya, Adam tu dah ada makwe ka?" Nek Sinah mencuit hujung lutut Shafa.

Shafa mengeluh perlahan . "Awat tanya Shafa? Tanya la dia..."

"Laa,bukan tok tanya soalan pelik-pelik pon . " Toknya membuat muka pelik .

"Entah la tok ," balas Shafa malas. ' Bukan penting pon aku nak ambik tau ,herhhh," kata Shafa dalam hati .

"Haa lagi satu,tadi Alya duk bisik dekat tok, dia habaq Adam tu anak datuk .Betoi ka? Kalau lagu tu,tok nak 'Wesep' (Whatsapp) umi hang la,habaq kat dia yang hang ada kawan anak datuk .Mesti dia terloncat suka ." Nek Sinah berkata teruja .

Shafa sudah tersedak air teh . Dia terkejut dengan kata-kata toknya itu . " Toksah la rajin duk 'Wesep' umi tu tok oi. Mau kecoh satu Malaysia ni kalau umi tau .Dengan lembu,biawak dengan kambing semua dia pi habaq (beritahu ) . Lagipun Shafa tak rapat sangat aih dengan Adam tu.Tu kawan Alya dari sekolah menengah lagi ." Terasa kerongkongnya sedang menelan pasir .

"Laa,kawan hang jugak la kan? Tu ...Tengok tu haa..." Toknya berkata teruja sambil menundingkan jari telunjuk ke arah Adam . Shafa memandang ke hadapan . Tidak sampai sesaat, Shafa sudah mencebikkan bibir . 'Laa tunjuk Adam ka,ingatkan tunjuk burung helang Langkawi tengah kunyah padi,' Shafa kembali menjamah donut .

"Baguih Adam tu kan? Pasang umpan pon nampak macam biasa duk buat dah . Jarang tengok anak orang kaya belemoih (comot) ataih ban tu," puji toknya .

Shafa diam . Malas mahu mengambil pusing kata-kata toknya .

"Hang ni awat ? Okay dak? Lagu mana belajaq la ni? " Toknya mengusap belakang Shafa perlahan . Shafa la satu-satunya cucu yang paling rapat dengannya .Sewaktu Shafa kecil,dialah yang menggalas tugas mengasuh Shafa .

"Okay ja tok .Takdaklah stress sangat sampai boleh isi borang hospital sakit mental lagi .Tapi tu lah,final project nanti susah la . Tok tau dak cerita Mat? Alaa yang cerita kartun rambut keriting tu . " Shafa menggoyangkan lengan toknya .

"Haa awat dengan cerita tu?" Toknya bertanya kembali .

"Kenai Miss Lew ? Haa dia tu sebijik sejibik muka macam lecturer baru Shafa ."

Toknya ketawa ." Ada-ada ja hang ni Shafa oi..."

"Dia habaq kat kami,zaman sekarang ni makin maju selaras dengan pelajaran . Dia suruh kami buat model bangunan . Baru lepas pointer tinggi ." Luah Shafa perlahan .

"Laa,okay la tu,dia suruh lagu tu sebab nak jinak-jinakkan hampa dengan benda susah . Takdaklah bila Shafa dapat kerja nanti,susah nak 'adep' ," balas toknya .

Shafa sudah membuat muka pelik.Dahinya berkerut .

"Apa dia? Shafa dapat kerja dengan Johny Deep? "

Toknya ketawa kuat .Sipi-sipi sahaja lagi gigi palsunya mahu tercabut .

"Tokwan hang duk selalu sebut 'adep' ,tok pon terikut duk cakap lagu tu la, maksud dia menyesuaikan diri ," Toknya mengunyah keropok lekor .

"Ouhhh!! Adapt laa tok oi!! Hahahhaah lawak la tokwan ni," Shafa ketawa .

"Shafa kan ,la ni kalau mangkit pagi,mesti rambut duk kembang macam singa terlepaih kandang . Sebab stress sangat la . Nak ja Shafa tokak lehiaq (leher) si kembaq (kembar) Miss Lew tu ," Shafa mencebik bibir .Toknya tersengih .

"Hahahaha, belajaq kan? Besalah tu ada susah,ada senang .Alah nak habih (habis) semester dah pon. Pelan-pelan (Perlahan-lahan) nah," pujuk Nek Sinah . Shafa mengiakan kata toknya itu.

Tidak beberapa lama kemudian,Adam meminta diri untuk pulang ke rumahnya . Setelah kereta Adam hilang dari pandangan, Haji Malek bersuara "Tokwan nak pi siram pokok .Hampa masuk rumah dulu nahh."
Nek Sinah,Alya dan Shafa masuk ke dalam rumah . Shafa orang terakhir masuk . Dia mahu menutup pintu rumah .Tiba-tiba matanya tertancap kepada 'sesuatu' di sebelah muka pintu .

Shafa sudah mencekak pinggang.
"Nurul Alya Binti Hamid!!!" Laungnya .

Alya kemudian berlari anak ke muka pintu. "Awat?"

Shafa buat-buat tersenyum manis . "Alangkah cantiknya beg yang berada di muka pintu ini," suaranya dikawal supaya menjadi selembut mungkin.

Alya melihat begnya lalu menggaru kepalanya perlahan .

Wajah Shafa yang manis tadi sudah bertukar menjadi wajah Hulk ."Hang habaq mai kat aku . Beg ni nak suruh sapa angkat?! Ingat rumah kampung aku ni bayaq maid Indon ka apa? Ka nak suruh ayam kat reban tu angkatkan?! " Bebelan seperti mak tiri Cinderella sudah bergema .Alya mengangkat laju-laju begnya sambil menutup telinga .

"Tok,tengok Shafa tu,dia marah ceq," Alya sudah mengadu kepada Nek Sinah di dapur .

Shafa mendengar segala aduan Alya yang mengada itu . "Tak yah duk 'ceq' sangat .Tu tok aku .Bukan tok hang . Pelangkung kepala hang satgi,baru tahu ." Shafa merengus geram .

Nek Sinah ketawa dengan kerenah dua orang perempuan itu .

JODOHKU JUAL MAHALWhere stories live. Discover now