Bab 30-
"Kenal Shafa' tak?" tanya Naufal kepada pelajar perempuan di kampus itu.
Ada yang menggeleng dan ada yang jauh daripadanya .
Naufal menggaru kepalanya perlahan.
Dia tidak nampak Shafa' seharian .
Niatnya ikhlas untuk mengenali Shafa' dengan lebih rapat lagi.
Loket Shafa' dikeluarkan.
Dia memandang sayu loket tersebut.
Mahu dipulangkan,tetapi dia takut Shafa' semakin jauh daripadanya apabila loketnya dikembalikan.
Loket itu sahajalah yang boleh mengugut Shafa'.
Tiba2 telefonnya berdering.
Nama panggilan Maya tertera.
Naufal mengeluh berat.
"Apa you nak?!" keras suara Naufal di talian."You pandai ek sekarang ni tinggi suara dengan i .. Ni semua sebab betina tu!" giliran Maya yang meninggikan suara.
"Dah la ...enough. Jangan call i lagi. Let i find my own happiness.
Please anggap kita takde jodoh .Anyway, jangan sebut dia tu betina ,watch out your mouth Maya!" Naufal membela Shafa'."I takkan putus asa untuk continue our engagement. Remember Naufal,hidup you takkan senang lepasni .Behave yourself dear" ugut Maya sebelum memutuskan talian.
Naufal meraup mukanya.
Selagi dia masih hidup,jangan harap diri Shafa' boleh diapa2 kan oleh Maya.Itu tekadnya.***
Pada Pada malam yang cantik itu,Adam membawa Shafa' dan Alya ke Menara Taming Sari.
"Tempat tu ada beca warna-warni tu .Satgi kita naek" ujar Adam.
Alya sudah teruja.Maklumlah kaki baru jejak ke Melaka.
Nampak sangat jakunnya."Kita naik beca ja tau.Menara tak payah la,aku tengok kat Google kan ,macam tinggi ja" ujar Alya .
Adam tergelak.
"Hg tak baca detail dia elok2 lagi nih..nanti bila dah pi ataih,depa angkut hg naik burung helang pulak...Best kott" kata Adam mahu menyakat Alya.Alya sudah membeliakkan biji matanya.
"Kita kat Melaka la woi! Bukan langkawi .Agak2 la nak tipu aku pon..." Alya menarik muka.Shafa' tidak berminat dengan kelawakan kehambaran Adam itu.
Dia lebih suka senyap sambil meneroka jalan Melaka yang cantik itu.Setibanya di situ,sangat ramai orang yang kelihatan .
Lagi2 pasangan yang bekeluarga .
Bising dengan bunyi hon beca yang berwarna -warni itu.
Setiap beca memainkan lagu yang popular sambil membawa pengunjung."Adik nak naik beca abang?" seorang lelaki bertopi menegur Shafa'.
Adam yang mendengar sudah cemburu.
Dari ekor mata lelaki itu sudah dilabel Adam sebagai 'gatai menghela'.
Shafa' menjeling tajam.
Adam puas hati kerana lelaki itu dijeling.
Adam tercari2 kawannya."Haaahhh! Lama tak jumpakk tudiaa makin besaqq" ujar Adam sekadar bergurau sambil shake hand wakanda dengan Jamal . Jamal tergelak kuat.
"Ye laa aku ja besaqq,hg kuruih macam model..." Jamal membuat nada merajuk.
Adam memeluk bahu kawannya sambil tersenyum.
"Ermm aku nak bawak beca ni boleh?" tanya Adam kepada Jamal yang menjadi penunggang beca itu.
"Bolehh,hg nak bawak sapa?" tanya Jamal pelik.
Adam memerhatikan Alya dan Shafa' yang sibuk bergambar di hadapan beca2 itu.
Adam menepuk dada Jamal perlahan."Aku nak bawak someone.." ujar Adam sebelum menutup kepalanya dengan sweater hitam ,memakai cermin mata hitam ,dan menutup mulutnya sehingga bawah hidung dengan kolar baju tebalnya .
Jamal mengangkat keningnya perlahan."Awek kaa bro?" tanyanya.
Adam tergelak lagi.
"Adalah"...
Adam menyorok di belakang beca Jamal sambil menaip mesej kepada Alya."Hg pusing belakang jap,aku dekat beca paling hujung"
-Adam
YOU ARE READING
JODOHKU JUAL MAHAL
عشوائيShafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya s...