Bab 23-

249 9 1
                                    


Bab 23-
Shafa' mengemaskan jersi Kedah ni badannya yang berwarna merah itu.
Tudung bawal merah diraihnya lalu dipakai.
"Siapp" ujarnya.
Dilihatnya Alya yang baru lepas mandi itu.
"Minah ni la,tak boleh mandi cepat sikit ka?Awat tak raya haji taun depan ja baru keluaq bilik ayaq?" Shafa' sudah mula membebel.
"Sabarlah oi,awal lagi haa.Baru 7.47. Game start pukul 9 kan?"
Alya membela diri.
"Juboq hg ! Cara hg cakap tu macam stadium belakang umah ja..Cepat la pakai baju! Satgi nak kena hadap jamm lagi pastu mat rempit lagi ...5 minit hg tak siap,aku taboh hg" Shafa' sudah menggalas beg.
Alya kalut mencari bajunya selepas diugut begitu.

Ramainya!.. Sangat ramai orang berpusu2 beratur di hadapan pintu stadium Darul Aman itu.
Perlawanan akhir melibatkan Kedah dan Selangor itu membuatkan orang yang tidak minat bola pon akan menjejakkan kaki ke sini.
Shafa' dan Alya turut beratur sambil makan sosej.
Mereka memberi tiket perlawanan kepada penjaga itu.
Disebabkan semangat Shafa' yang berkobar2 mahu menonton bola secara live,dibelinya tempat duduk di bawah bumbung.
Masih awal lagi.Tapi sudah ramai yang memenuhi tempat duduk stadium itu.
Alya menaip mesej.

"Hg kat mana?Tak nampak batang hidung pon" -Alya

"Aku tgh hadap jam ni..Tengah cari parking.Tunggu sat" -Adam

Shafa' sebenarnya tidak tahu tentang kehadiran Adam ke situ.
Adam kalut mencari Alya dan Shafa'.Apabila sudah jumpa,terus dia mengambil tempat di sebelah Alya.
Shafa' buat2 tidak tahu sahaja tentang kehadirannya.Matanya fokus ke arah padang.
"Lama dah sampai?" tanya Adam.
"Baru ja haa,hg mesti parking tempat jauh kan?hahahaa padan muka" ketawa Alya.
Adam menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Dia berbisik kepada Alya.
"Sebenaqnya,aku terdesak sangat wey,takdak parking tadi.Pastu aku nampak tempat parking OKU.Aku redah ja la tang tu" kata Adam jujur.
Alya ketawa kuat.
Shafa' menampar kuat bahu Alya.
Diletakkan jari telunjuk di bibirnya.
Adam melihat muka Shafa' yang garang itu .Terasa hilang rasa marahnya terhadap jam teruk di jalan raya sebentar tadi apabila melihat Shafa'.
Tetapi hanyalah sekejap.Tidak berani dia memandang lama2,takut Shafa' lari.Bak kata master Alya, taste Shafa' bukan orang yang gatal meghela.
"Pastu orang tak cam hg parking kat situ?" tanya Alya kembali sambil menggosok bahunya yang pedih kerana penampar Jepun Shafa'.
"Aku takut jugak bila nak keluaq keta tadi,pastu last sekali bila aku keluaq tu aku teroih buat cacat kaki. Jenuh kot aku bejalan macam ketam obesiti dah rasanya" kata Adam.
Alya ketawa tetapi dalam nada yang perlahan. Tulang bahunya boleh patah kalau ditampar Shafa' sekali lagi.
Shafa' tidak menghiraukan mereka.
Dia menjadi halimunan di situ.

Kelihatan pemain sudah masuk padang.Riuh dengan sorakan penonton.
Shafa' juga tidak terkecuali.
Dia memang obses dengan bola kalau melibatkan negeri kesayangannya,Kedah .
Tempat duduknya itu menyebabkan matanya jelas melihat wajah pemain kesayangannya,Baddrol dan Liridon.
Shafa' menjerit riuh apabila perlawanan sudah bermula.
Adam dan Alya juga fokus terhadap permainan.
1 .   "Apa dia depa ni?Alamakk..Buat leceyy la .Dok mengelecet kaki dia pasaipa?Bola tang tu terang2 dah ada depan kaki,mintak elok2 la.." Shafa' sudah bengang.Tidak dihiraukan orang sekeliling .
Shafa' berada dalam dunianya sendiri.
Adam dan Alya tidak berani mengacau Shafa' yang sudah merah mukanya itu.

2.   "Aku pantang betoi la mamat ni, bola tu tak terbang pi langit aih.Dok kejaq bola kat goalkeeper tu pasaipa?Pariappa betoi" kata Shafa' lagi.

3.    "What da fish !! No way ,eyyy sapa yang jersi no 79 nu?! Awat dia pi selit kaki Liridon aku ! Kuang hasam jawa betoi!" Shafa' menumbuk tangannya.
Adam dan Alya sudah bantai gelak diam2. Kalau gelak kuat2, boleh runtuh stadium kerana Shafa' yang kaki marah itu.Shafa' memang berada dalam dunianya sendiri.Perkara itu telah 100% disahkan bersaksikan Alya,Adam dan penonton yang berdekatan.

Baddrol memberi bola kepada Liridon,dengan cantiknya Liridon menyelit2 di situ lalu dihantarnya bola kepada Sandro dan .....Golllll!!!!
Gamat suasana stadium itu dengan sorakan penonton.
Semua berdiri sambil menepuk tangan.
Shafa' la orang paling gembira sekali.Terharu rasanya.
Adam kali pertama melihat Shafa' yang ceria begitu. Selalunya tidak pernah memberikan riak senyum .
'Lawanyaa' getus hati Adam.
Shafa' sangatlah cantik di matanya.

Separuh masa pertama tamat.

"Aku nak pi beli makanan sat,nak pesan apa2?" tanya Adam.
"Nak burger ayam satu,cheese lebih untuk aku.Pastu air tembikai,biji tembikai lebih" pesan Alya.
"Okay2,awak Shafa'?" tanya Adam sambil memandang mukanya.
"Tak mau" balasnya pendek.
Adam termalu sendiri tetapi diriaknya selamba.
Alya menyiku tangan Shafa'.
"Orderlah. Dia nak belanja tu" bisik Alya.
"Aku kata tak mau kan?Hg pasaipa?" Shafa' sudah naik angin.
"Okay2 ,takpa2..." Adam mengawal keadaan.
Dia menurun tangga stadium.
"Juai mahainya Shafa' ni, btw her face so beauty.. " Adam tersenyum.
Sepuluh minit kemudian,Adam datang dengan makanan.
Shafa' tidak menghiraukan Adam lagi.
"Nahh,untuk hg,ni bagi kat Shafa'  "
Sebungkus burger daging dan air asam boi diberikan kepada Alya.
Alya mengangkatkan keningnya.
Adam sudah faham maksud 'keangkatan kekeningan' Alya itu.
"Nahh beb" Alya memberikan kepada Shafa' yang leka dengan telefon.
Shafa' melihat sepi makanan itu
5 saat. Tetapi akhirnya dia mengambil juga.Macam biasalah ucapan terima kasih tidak meniti di bibirnya.
Adam tersenyum puas.
"So sweet,hg ingat ek apa aku cakap haritu apa favourite Shafa'..." Alya tersenyum senget.

"Well,ni Adam Iskandar laa...Jejaka Kokdiang paling sweet abad ini.." Adam bangga diri.
Alya ketawa perlahan.
"Cer tengok Shafa',makan punyalah pelahap macam orang nomad tak makan 5 bulan. Tadi punyala jual mahal " Alya mengejek.
Adam memandang Shafa' sikit2.
Betullah kata2 Alya itu.Habis comot sos dan mayonis.
Separuh masa kedua telah bermula.
Mata mereka kembali fokus.Boleh tembus padang itu rasanya dek renungan mata Shafa' yang tajam memerhatikan gerak geri pemain. Gollll!!!! Giliran Baddrol menjaringkan gol .
"Padu ahh hero aku!! Macam Safee Sali juai bedak Safi laa!! " ujar Shafa' gembira.
Tiupan wisel berbunyi menandakan perlawanan sudah tamat.Kedah menang ke atas Selangor dengan skor 2-0.
Mereka beriringan keluar dari stadium.
Gerai jualan makanan ringan itu menarik perhatian Shafa'. Shafa' jalan perlahan sepanjang hadapan gerai itu.
Adam berjalan di belakang Shafa' .
"Ye dik,nak apa? Air ni semua sedap2, tapi paling sedap 'air love you la', ciaa ciaa ciaa" kata pemuda bertopi itu.
Shafa' memberi jelingan maut lalu berlalu ke gerai lain.
Adam dilanda api cemburu.
Giliran Adam mematikan langkahnya di hadapan gerai itu.
"Ya abang,nak beli apa?" tanyanya ramah.
"Ermm kalau aku beli nyawa hg tang ni boleh?" Adam membuat muka selamba.Pemuda itu terdiam.
"Tadi tu bini aku.Kami ada 7 orang anak dah pon...Jangan berani lagi buat pickupline kat dia or tengok2 dia.Sorry to say la pickupline tu dah lapok ,basi dah pon. " perli Adam sinis sambil menguatkan suaranya.
"Maap abang.Saya tak tau".. pemuda itu meminta maaf.
"Nak mintak maaf tunggu raya korban taun depan" Adam terus berlalu dari situ.
Dia tersenyum puas.

JODOHKU JUAL MAHALWhere stories live. Discover now