BAB 1

5.6K 117 10
                                    

Syahadat mencapai blazernya yang terjatuh.Dia dan Asyraf berlari anak bersama-sama menuju ke kapal terbang yang semestinya menunggu kehadiran Syahadat,juruterbang yang bertugas.Dia ditugaskan membawa para penumpang seramai 105 orang termasuk kru dan anak kapal ke bumi Beijing,China.Ahh!Naik muak dia ke China.

"Tunggu akulah,Syah!"jerit Asyaraf.

"Kau tu,asal bangun lambat!"marah Syahadat.

Afirah menghirup udara bumi Malaysia.Sekian 3 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke tanah air tercinta.Rindunya terhadap ibu dan alongnya yang terpendam,hari ini mungkin dapat dileraikannya.

Babai Jordan,Hi Malaysia tercintaku!

Tergesa-gesa Afirah mencari kelibat ibu dan alongnya.Awal pagi lagi merek sudah bertukar maklumat melalui aplikasi whatsapp.Dia melambaikan tangan kanannya ke arah ibunya yang tersenyum.Syukur,ibunya masih kuat.

"Ouchhh..!!"adu seseorang.

Handphone jenama samsung itu terjatuh,dan skrinnya terlihat retak.Entah samsung jenama apa ntah.

"Mata kau buta ke,letak mana...."

Makian Syahadat terhenti saat terlihat wajah gadis itu yang kini sedang menghulurkan handphone yang terjatuh tadi.Afirah juga tergamam melihat pemilik handphone tersebut.

"Maaf...saya...aku...saya tak sengaja."tergagap Afirah membuka suaranya.

Ya,mereka saling mengenali.Mereka adalah classmate lama yang tidak pernah bercakap antara satu sama lain,dan kini mereka berjumpa secara tidak sengaja setelah beberapa tahun berlalu.

"Tak,aku nak kau ganti skrin handphone aku!"ujar Syahadat.

"Tapi,tak kan sekarang?Saya baru balik dari Jordan,dan saya agak busy.Saya rasa,awak pun sedang kejar masa."balas Afirah.

"Dahlah tu,Syah.Berapa ringgit sangat kau punya skrin tu kalau baiki.Aku pun boleh bayarkanlah.Kita ada flight ni."sampuk Asyraf.

"Baiklah,aku nak number kau.Senang nak kutip hutang nanti."ujar Syahadat memandang gadis itu.

Terlihat gadis itu terkial-kial mengeluarkan sebatang pen berwarna hitam dan stik note dari handbagnya.Dia menulis number phone pribadinya,lalu diberikan kepada Syahadat.

"Awak boleh simpan.Awak baiki dulu,nanti saya bayar."ujar Afirah.

"Tak payah ajar akulah.Aku tahulah nak buat macam mana.Dah kau yang hutang dengan aku."kata Syahadat agak kasar,sambil menyimpan kertas kecil itu ke dalam poket seluarnya.

"Dahlah Syah...Jom!"ajak Asyraf.

"Assalamualaikum."ucap Afirah.

"Waalaikumsalam."agak bengang ketika dia menjawab salam perempuan itu.

Syahadat dan Asyraf melangkah pergi menuju ke destinasi seterusnya,manakala Afirah mendapatkan ibu dan alongnya yang setia menunggu kepulangannya.

"Kenapa tadi tu?"tanya Aiman,abang kandung Afirah.

"Tak,adik terlanggar dia tadi.Skrin handphone dia pecah.So,adik bagi number phone adik kalau dia nak suruh adik bayar ganti rugi."cerita Afirah.

"Steward?"tanya abangnya lagi.

"Taklah,pilot."

"Pilot yang gaji tinggi nak minta bayar ganti rugi skrin handphone."perli Aiman.

"Alah,tak apalah...Salah adik lagipun."

"Baru balik,dah ada problem dengan rakyat tempatan.Apalah adik ni."sindir Aiman

"Dah,dah...jom balik.Ibu ada masakan lauk sedap-sedap."sampuk Puan Najla.

Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now