Selesai sesi jamuan makan,dan bergambar,maka lengkaplah majlis gilang-gemilang bagi Encik Nazmi dan Puan Rafidah sekeluarga.Semua tetamu dan para jemputan sudah pulanh.Hanya tinggal sahabat-sahabat handai terdekat.
Usai mandi,Afirah duduk dibirai katil milik Syahadat.Agak luas juga bilik lelaki itu.Afirah lengkap berpakaian seluar treksuit serta baju tshirt labuh dan kepalanya disarungkan dengan tuala.
Ketika pernikahan tadi dia memakai baju nikah muslimah potongan dress labuh.Kata Hana,baju itu sesuai dengan penampilan dirinya dan mempunyai unsur moden dalam pemakaian serta menerapkan ciri-ciri kemelayuan dan menggabungkan juga unsur inggeris.
Semasa persandingan pula,dia telah memakai Dress Drape meleret.Agak tidak selesa ketika Afirah memakainya tadi kerana menunjukkan sedikit tubuh badan.Tetapi,busana itu tiada sebarang lace,dan hanya diletakkan sedikit manik.Busana itu pilihan Syahadat sendiri.Katanya,nampak simple,moden dan anggun.Ah,apa-apa sahajalah.
Afirah termenung lagi.Jam menunjukkan hampir 11 malam.Dia tidak lihat lagi kelibat Syahadat,sang suaminya kini.Hanya sekali sahaja dia terserempak dengan lelaki itu,itu pun hanya ketika lelaki itu ingin mengambil baju basahan di dalam almari.
"Aku terima nikahnya Afirah Az-Zahra binti Othman dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai."
Afirah masih terngiang-ngiang lagi sebaik mendengar sambutan lafaz dari Syahadat.Afirah mati dari lamunan.Dia mencapai handphonenya.Membuka aplikasi whatsapp yang pastinya banyak pesanan dari teman-temannya.Tidak larat dia untuk membalas.Dia juga ingin memuat naik gambar weddingnya di aplikasi instagram,tetapi,kemudianlah.Afirah menekan button di tepi handphonenya,lalu dimatikan.Dia bingkas berdiri,melangkah ke arah laci untuk menyimpan handphonenya.
Dia terkesima,lalu terduduk di atas katil sebaik membuka laci di meja lampu tidur itu.Terlihat banyak pil di dalam satu bungkusan jernih seperti Postinur2, Yasmin, Yaz,Marvelon, Regridon dan kondom.Semuanya pil perancang dan alat pencegah kehamilan.
'Kenapa Syahadat ada semua ni?'soalnya di dalam hati yang pastinya tidak terjawab.
"Sayang..."suara Syahadat.
Tidak sedar langsung kehadiran Syahadat di dalam bilik itu.Afirah memandang Syahadat.Terlihat pintu bilik itu telah ditutup rapi.
Syahadat pula memandang pil-pil perancang keluarga dan alat pencegah kehamilan yang di pegang oleh tangan kanan Afirah,isterinya kini.Dia kalut.
"Apa ni,Syah...?"soal Afirah.
"Tak...itu...itu seperti apa yang awak tahulah."balas Syahadat datang mendekat.
Syahadat memegang pundak Afirah,lalu mendudukkan Afirah di atas katil.Dia menghembus nafas.
"Saya...Abang...saya...Abang nak bincang dengan sayang pasal ni sebelum kita nikah.Tapi,abang tak ada masa.Sekarang ni,adalah masa yang sesuai untuk abang beritahu sayang.Abang,kalau boleh tak nak ada zuriat."
"What?"laju degupan jantung Afirah setelah mendengar ayat terakhir dari suaminya.
"No,sayang.Abang....ermm,yela,sayang mesti tahu...abang baru je 26 years old and abang belum puas untuk enjoy,untuk berduan dengan sayang."jelas Syahadat meraih jari jemari isterinya.
"So,belum puas untuk enjoy,buat apa awak nikah dengan saya,Syah? Zuriatkan pembawa rezeki dalam rumah tangga."ujat Afirah.
Hampir menitis air matanya.Adakah Syahadat memang tidak mahu zuriat bersamanya?
"No,sayang.Sayang janganlah fikir bukan-bukan,please.Sayang buat je apa yang abang suruh.Sayang makan je pil yang mana sesuai dengan sayang. Abang takut,abang tak mampu kawal diri abang."pujuk Syahadat.
"Jujur dengan saya,Syah."suara Afirah.
"Apa?"
"Awak memang tak nak anak?"tanya Afirah.
Sedalam-dalam lelaki itu menarik nafas,lalu menghembuskannya.Dia memejamkan mata,lalu membuka kelopak matanya.Syahadat memandang wajah perempuan itu.
"Yes.Saya tak nak anak."balas Syahadat.
Afirah gagal mengawal emosinya.Air matanya jatuh mengalir di pipi mulusnya sebaik mendengar jawapan suaminya itu.Dia tersenyum tawar.
"Baiklah.Saya nak tidur dulu.Saya ngantuk.Assalamualaikum."Afirah segera mengambil tempat tidurnya.
"Sayang...sayang..."panggilan Syahadat tidak diendahkan.
Afirah tidur bertemankan air mata.Tudung yang tersarung di kepalanya masih kekal di situ.Hari pertama yang sepatutnya menjadi hari yang paling indah,tetapi dirosakkan oleh Syahadat hanya dengan kata-kata.
Syahadat memandang sekujur tubuh yang baring tidak menghadapnya.Dia tahu dia silap.Ada sifat menyesal singgah di lubuk hatinya.Tidak patut dia memperlakukan isteri yang baru dinikahinya sebegitu.Akhrinya,mereka terlelap membawa haluan masing-masing.
♡♡♡
Jam menujukkan waktu hampir 6:45 pagi.Syahadat tersedar.Dia memandang teman tidurnya.Masih terlelap.Syahadat melihat kepala isterinya,yang kekal tersarungkan dengan tudung.Sehelai rambut isterinya pun,dia tidak dapat melihat sejak semalam.
"Sayang...sayang... sayang bangun subuh jom."panggul Syahadat sambil mengerakkan sedikit tubuh isterinya.
Afirah membuka kelopak matanya.
"Saya tak bolehlah."
"Emmm..Sayang,abang minta maaf pasal semalam.Abang tak patut sakitkan hati sayang."suara Syahadat.
Afirah tersenyum kecil.Dia bingkas bangun,lalu meletakkan kepalanya di atas bidang dada suaminya itu.
"Afirah yang sepatutnya minta maaf...sebab tak layan abang semalam."suara Afirah.
"Tak apa,malam ni,kan ada."ujar Syahadat.
"Kan saya cakap saya tak boleh."balas Afiah.
"Apa?Maknanya,abang kena tunggu next weeklah ni?"tanya Syahadat membuat muka.
"Sabarlah,ya.Afirah bukan tak nak.Tapi,dah jadi macam ni.Bukan Afirah yang nak benda ni keluar time-time macam ni"balas Afirah.
Syahadat membuka tudung yang lekat di kepala Afirah.Inilah kali pertama dia melihat warna rambut dan mengusap rambut perempuan itu.Agak lembut dan harum.
"Ermm,kita jogging nak pagi ni?"cadang Syahadat
"Boleh juga."balas Afirah.
"Okay,abang nak solat dulu.Nanti,sayang siap-siap tau."ujat Syahadat.
"Okay."
Syahadat melangkah pergi dari katil itu.Afirah duduk bersandar di tepi katil.Dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaanya kini.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan masjid yang baru terbina.Fikirannya kusut.Ah,aku perlu tahu semua tentang Syahadat!
♡♡♡
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
Romance"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...