BAB 6

3.9K 75 4
                                    

Hampir 7 minit Afirah menunggu Syahadat,sang suami di apartmentnya.Syahadat turun ke tingkat bawah untuk mengambil kotak.Katanya,kotak itu mahu diisikan dengan barang-barang Syahadat,untun dibawa pulang ke rumah.

Sambil menunggu ketibaan Syahadat,Afirah menolong mengeluarkan pakaian Syahadat yang tergantung di dalam almari baju lalu diletakkan di atas katil.Tiba-tiba,dia terlihat album yang agak besar saiznya.Kerjanya dibiarkan seketika.Afirah melabuhkan punggungnya,lalu membuka helaian demi helaian muka album tersebut.

"Comelnya.."puji Afirah tersenyum melihat gambar Syahadat sewaktu dia masih bayi.

"Syah,balik juga...."kata-kata lelaki itu mati.

Afirah segera bungun dari katil itu.Terlihat Asyraf dan Zayn yang hampir masuk ke dalam bilik itu.Ada juga rasa takut dalam dirinya,ketika Syahadat tiada di situ.

"Sorry,kita orang ingat Syah."suara Zayn.

"Ohh,tak apa."balas Afirah tertunduk.

"Mana Syah?"tanya Zayn.

"Syah pergi ambil kotak katanya."balas Afirah.

"Ohh,tak apalah,kita orang tunggu dia dekat luar.Jom,Asyraf."

Asyraf memandang Afirah.Patutlah Syahadat lebih memilih Afirah berbanding perempuan-perempuan lain.Berlitup di hadapan khalayak ramai,dan terbuka hanya berada dengan Syahadat.Auratnya tidak dijamah oleh mana-mana lelaki kecuali Syahadat.Pandangannya juga dijaga.

""Weh,,Zayn...Asyraf.."

Afirah kenal dengan suara itu.Mujur suaminya datang tepat pada masanya.Zayn dan Asyraf sufah tiada lagi di hadapan pintu bilik.Afirah duduk semula di birai katil.Album yang tadinya tercampak,diambil semula.Dia menyambung melihat photo-photo yang tersedia.

"Kau nak pergi mana kemas-kemas barang?"tanya Zayn.

"Nak pindahlah tu.Dah ada kesayangan sejati."suara Asyraf dengan sindiran.

"Aku nak pindah dekat rumah barulah.Baru ada private.Jangan risaulah,aku akan selalu datang sini,lepak dengan korang.Cuma,kurang sikitlah.Tak macam dulu."balas Syahadat.

"Nanti share locationlah mana kawasan rumah baru kau tu.Boleh kami datang,bini kau masak."ujar Zayn.

"Boleh.Tapi,buat masa ni,janganlah ganggu kami berdua,okay?"

"Eleh,dah malam pertama pun tak cukup-cukup lagi ke ?"perli Zayn.

"Tak adalah.Dia...dia tak boleh.Tak boleh lagi."balas Syahadat tersenyum tawar.

"Alah,sabarnya kawan aku sorang ni."perli Zayn.

"Tikus ada depan mata,tak akan kucing nak lepaskan macam tu je?"suara Asyraf.

"Kau ni.Aku kata dia tak boleh,tak bolehlah maknanya bahalol.Aku punya,kau berdua tak payahlah ambil kisah ya.Private kot."ujar Syahadat.

"Dia tahu pasal kau?And pasal kau tak nak anak?"tanya Zayn.

"Pasal aku tak tahu lagi.Tapi,pasal anak tu,aku dah cakap dengan dia.Aku rasa dia faham.Alah,pandai-pandailah alu settle masalah aku.Dahlah weh,aku nak kemas dengan bini aku dulu."ujar Syahadat mengatur langkah pergi.

Pintu bilik itu ditutup oleh Syahadat.Afirah terkejut saat mendengar bunyu pintu itu ditutup.Mujur Syahadat.

"Kenapa sayang pandang abang macam pelik je?"tanya Syahadat.

"Saya ingatkan kawan abang yang masuk.Rupanya,abang."balas Afirah.

"Kenapa?Mereka masuk sini tadi ke?"tanya Syahadat.

Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now