Air sirap bandung sejuk,tomyam udang,ayam goreng serta dadih berperisa coklat terhidang siap di atas meja.Semuanya disediakan oleh Afirah seororang.Hari ini,kawan-kawan suaminya hadir melawat mereka.
"Abang,ajak kawan-kawan abang makan dulu."suruh Afirah.
"Guys,jom makan.Wife aku dah sediakan makanan.Jom."ajak Syahadat.
"Pehh...Bau sedap ni Syah.Kalau bau pun dah sedap,mesti rasanya puj sedap."puji Zayn berkias.
Agak merah merona wajah Afirah dipuji begitu.Ah,belum rasa,belum tahu.Buatnya,masakan itu tidak mengikut cita rasa rakan-rakan Syahadat,buat malu saja.
"Duduklah dulu."suruh Syahadat.
"Sayang tuangkan air untuk abang dengan mereka berdua ni."suruh Syahadat lagi.
"Asslamualaikum..."suara seseorang memberi salam dari luar.
"Biar abang buka."ujar Syahadat.
Syahadat melangkah pergi.Manakala,Afirah menuangkan air buat suaminya,Asyraf dan juga Zayn.
"Afirah yang masak semua ni ke?"tanya Zayn.
Afirah hanya mengangguk.
"Tak sabar pula saya nak makan.Untung Syah.Dapat isteri pandai masak.Tak payah sibuk makan luar.Order je dengan bini."ujar Zayn lagi.
"Tapi,saya tak reti masak wastern.Biasa-biasa je ni."balas Afirah.
"Eh,Syah ni jenis yang makan je apa depan mata dia.Khinzir pun dia makan tau."beritahu Zayn.
"Haa??"terkerut dahi Afirah.
"Gurau jelah..Kenapa lama sangat si Syah tu?"
Asyraf memandang Afirah.
"Boleh kau janji dengan kami,yang kau tak akan tinggalkan Syah,walau apa pun terjadi?"suara Asyraf.
Afirah memandang Asyraf.Riak wajah yang agak sirious.
"InsyaAllah."
"Mungkin akan ada satu alasan untuk kau tinggalkan Syah suatu hari nanti.Alasan yang munasabah intuk orang lain fikirkan."balas Asyraf.
Afirah bengang.Semakin dia tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Asyraf.
Kelihatan Zayn datang mendekat.Membisik sesuatu kepada Asyraf.Bila mata Asyraf membesar,bagai terkejut melihat atau mendengar seuatu perkara.
"Hi!"suara seorang perempuan yang masuk ke dalam rumah itu.
Afirah memandang belakang.Melihat Syahadat dan seorang perempuan.
"Hi,wife Syah."suara Intan.
"Hi,"
Syahadat berasa gelisah.Perempuan itu akan melakukan apa sahaja di luar pemikirannya.
"Siapa ni,abang?Abang tak pernah cerita dekat Afirah pun,abang ada kawan perempuan."tanya Afirah.
"Nama dia ...Intan...Dia..."
"Intan tu awek aku."suara Asyraf meyampuk.
Semua yang ada di situ memandang Asyraf.Awek?
"Oh ya?Duduklah."Afirah tersenyum.
"Baby,sini duduk sebelah I"suara Asyraf terpaksa.
Eewww,Baby,hanat mu lah Intan.
Syahadat memandang Asyraf lalu mengangguk kecil.Tanda terima kasih kerana menyelamatkan keadaan.
♡♡♡
Syahadat menyuap kek coklat itu ke dalam mulut isterinya.
"Manis tak?"tanya Syahadat.
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
Romance"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...