Hana membuka kasutnya,lalu memasuki rumah itu.Dia memandang Afirah yang sedang bergelak sakan bersama ibu dan abangnya.
"Afirah!!"jerit Hana.
Mereka yang berada di situ memandang kepada empunya suara.
"Kenapa kau ni?"soal Afirah.
"Rindu...."
"Baru berapa hari lepas kot kita jumpa."ujar Afirah.
"Alah,kau rushing gila nak balik.Tak sempat lepak.Takut hubby kau ni kelaparanlah,kehausanlah."balas Hana.
Syahadat dalam diam terasa.Dia memndang isterinya.
'Maafkan abang,sayang'
"Sini duduk.Aiman,tuangkan Hana air tea'o tu."suara Puan Najla.
"Ini,bila kau balik JB ?"tanya Hana.
"Esok."
"Cepatnya.Semalam balik,esok dah gerak JB."ujar Hana.
"Syah ada flightlah."balas Afirah.
"Oh,encik abangkan pilot.Lupa pula kita."
Hana memandang baju yang dipakai oleh Afirah dan suaminya.Baju pasangan islamik yanh ditempah khas oleh Afirah.
"Sweetlah korang ni.Macam ni,aku pun nak kahwin."suara Hana.
"Biasa-biasa jelah,Hana."sampuk Syahadat.
"Eh,dengar juga suara Syah.Eh,Syah,boleh tak aku bawa Afirah jalan-jalan petang nanti?"tanya Hana.
"Pergi mana je?"soal Syahadat.
"Pusing kampung.Naik basikal sama-sama."jawab Hana.
"Pergilah.Janji,kau tak kidnap wife aku sudah."
"Eleh,sayang sangat dengan wife dia tu."sindir Hana.
"Siapa tak sayang bini?Aku crush dia kot zaman sekolah.Tak akanlah aku nak....."beritahu Syahadat terlepas cakap.
Afirah memandang suaminya itu.
"Kantoi Syah!! Kantoi !"suara Hana.
"Kenapa? Tak salahkan?Doa dalam diam,walaupun kami nampak bermusuhan?"balas Syahadat bersahaja.
"Huh,rahsia sekian lamanya akhirnya terbongkar jua di khalayak ramai.Congrats,sebab doa kau akhirnya di makbulkan."balas Hana.
"Terima kasih."
♡♡♡
Afirah menunjukkan lagak seperti menghirup udara yang segar di kampung.Agak lama dia tidak bersiar-siar di kampung halaman.Rindu itu diketepikan dek kerana suaminya yang selalu sahaja sibuk.Adat berkahwin dengan lelaki seperti Syahadat.Cintakan lelaki itu,cintakan juga pekerjaannya.
"Afirah."panggil Hana sambil menolak basikal bersama-sama.
"Hurm?"
"Kau...macam mana dengan Syah?"soal Hana.
"Okay je.Kenapa kau tanya?"Afirah memandang rakannya itu.
"Tak adalah.Aku nampak masa depan yang cerah antara kau dengan dia."balas Hana.
"Alhamdulillah...Amin!"
"Aku doakan rumah tangga kau,sempurna.Walauapapun terjadi,aku nak kau kuat tau.Adat berumah tangga,mesti ada pasang surutnya."doa Hana.
"InsyaAllah.Terima kasihlah kerana doakan rumah tangga aku.Aku doakan kau dapat seorang suami yang baik,dan menerima kau seadanya."doa Afirah pula.
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
عاطفية"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...