BAB 3

4.1K 85 1
                                    

Seminggu kemudian;

Cafe' Bunga Matahari yang terletak di area Skudai,Johor,menjadi pilihan mereka bertiga.Syahadat,Asyraf dan Zayn.Itulah tiga kawan yang selalu bersama.

Zayn memandang Syahadat yang tidak lekang dengan smart phonenya.Entah apa yang dibeleknya.Lain benar perangai Syahadat kali ini.Dia memandang Asyraf pula.

"Kenapa dengan dia tu?"tanya Zayn bersuara.

Agak berang juga dia,jika keluar dengan rakannya,rakannya asyik melayan gajet.

Asyraf hanya menjongketkan bahunya.

"Ini yang aku tak suka.Ajak keluar,tapi main handphone.Lain kali ajak handphone keluar.Jangan ajak aku."sindir Zayn perlahan.

"Syah,kau macam ada masalah dengan awek-awek kau je.Storylah dekat kita orang."ujar Asyraf.

Syahadat memandang dua orang rakannya yang setia.Dia meletakkan handphonenya di atas meja.

"Ini pahal kes Mia?Aku dengar kau dah tinggalkan dia.Dulu,siap merayu dekat aku nakkan Mia."suara Zayn pula.

"Aku minat seorang awek ni."tutur Syahadat membuka mulut.

Mukanya nampak serabut apabila dipandang.Tidak seperti selalu.

"Siapa Syah awek tu?Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."soal Zayn.

"Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh harilah tu."sampuk Asyraf.

Mata Zayn membulat.Tudung labuh?Jika bertudung labuh,mestilah longgar pakaiannya,berstokin,berlitup-litup cara pemakaiannya.

"Seriouslah,Syah!Awek bertutup-tutup macam tu.Set-set tudung labuh.Aku tak percaya."sukar untuk Zayn mempercayai bahawa Syahadat mempunyai citarasa terhadap perempuan seperti itu.

"Ya.Aku suka dia."spontan Syahadat.

"Kau dah fikir masak-masak?"tanya Asyraf.

"Aku buntulah.Ini yang aku ajak kau berdua keluar lepak."balas Syahadat.

"Kau dah ada number phone dia,call lah."ujar Asyraf.

"Inilah masalahnya sekarang ni.Aku call dia tak angkat,whatsapp tak reply.Bluetick je semua.Entah dia baca ke tak.Insta, aku dm,dia seen.Macam siallah.Semua benda tak kena.Apa salah aku sampai perempuan tu nak elakkan diri dari aku."ujar Syahadat.

Kali ini dia benar-benar merasakan hati dan perasaanya dipermainkan.Sudah lebih seminggu dia berkeadaan macam itu.

"Relekslah Syah!Jangan sebab perempuan,kau jatuh macam ni.Ramai lagi awek lain dekat luar sana."suara Zayn.

"Dah kau kata bertudung labuh,litup-litup bagai,kau rasa dia nak layan kau ke?Dia belajar agama tinggi.Mestilah dia tahu batas pergaulan.Tak macam kau."suara Asyraf pula.

Syahadat memandang Asyraf.Apabila Asyraf berbicara,terasa pedasnya.

"Kau orang cakap senanglah.Kau tak rasa apa yang aku rasa."ujar Sayhadat.

"Habis tu,selain menasihati kau,apa.kitaorang mampu buat sebagai kawan?Culik perempuan tu bawa pada kau?"berang Zayn.

Syahadat diam.

♡♡♡

Syahadat membuka kaca mata hitamnya itu.Rasa rimas pula dipakainya ketika itu.Dia melihat suasana pusat membeli belah itu.Berpusu-pusa oranh keluar dan masuk.Jam yang tertera di skrin handphonenya menunjukkan 3:46 petang.

Dia memandang kelibat Bella yang baru muncul.Dia mengeluh.Itulah satu-satu kawannya yang setia berkawan dengannya semenjak di alam persekolahan lagi.

Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now