Afirah mencari kelibat Syahadat yang kini sedang berdiri di belakang sebuah kereta Alphard.Dia mendengus.Apakah tujuan lelaki itu hadir ke rumahnya sehingga membawa kedua orang tua?
Hanya berseluar treksuit dan baju t-shirt labuh serta tudung sarung labuh berwarna hitam.Secalit bedak pun tidak menjadi alas mukanya kini.
"Assalamualaikum."ucap Afirah.
"Waalaikumsalam."sambut Syahadat memalingkan pandangan kepada gadis itu.
"Emm?"suara Afirah.
"Kenapa kau elakkan diri dari aku?"tanya Syahadat.
"Mana ada saya elakkan diri daripada awak."balas Afirah memalingkan pandangan ke arah lain.
"Habis tu,aku call tak angkat.Dm,kau seen.Whatsapp,kau bluetick.Kau online,tapi kau tak reply.Kau tahu tak kau sedang mainkan perasaan aku?"ujar Syahadat dengan bahasanya yang agak tegang.
"Boleh tak awak bawa parents awak balik?Tolonglah jangan kacau saya.Jangan ganggu saya.Saya akan berkahwin.Tolonglah."ujar Afirah.
"Kau boleh bahagia kalau kahwin dengan Dai' Muaz?"tanya Syahadat.
"Apa yang awak cuba sampaikan ni?Saya tak faham."
"Kau tak boleh pilih...antara aku dan Syakir...antara aku dan Dai' Muaz?"suara Syahadat.
Afirah terdiam.
"Kau tak kenal dengan Dai' Muaz.Kau pernah dikecewakan dengan Syakir."ujar Syahadat.
"Dan awak? Yakin boleh bahagiakan saya?"soal Afirah spontan.
"Aku tak janji yang aku boleh beri kata-kata romantik,tapi,InsyaAllah,aku janji akan bahagiakan kau."ujar Syahadat.
"Dahlah,baliklah Syah.Saya rasa awak tak sihat."
"Aku dah mula sayangkan kau!Hadirnya aku dekat sini bawa parents aku datang jumpa parents kau,sebab aku nak buktikan yang aku memang dah jatuh hati dengan kau.Aku tak nak kehilangan kau.Jadi,aku datang untuk meminang ka,merisik kau,jadi isteri aku.Aku tak nak Dai' Muaz buat semua tu sebelum aku."ujar Syahadat.
Afirah terkesima mendengar luahan Syahadat.
"Apa lagi yang boleh aku buktikan pada kau untuk tunjukkan perasaan aku pada kau,Afirah?"
Afirah mengatur langkah pergi.
***
"Cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besar hajat kami tidak terkira;
Hendak memetik bunga di taman.""Saya ni tak pandai nak berpantun-pantun Puan.Ini oun baru berlatih semalam."ujar Encik Nazmi.
Puan Najla memandang anaknya di muka pintu.
"Sini."panggil Puan Najla.
Afirah datang duduk di sebelah ibunya.
"Afirah dah buat keputusan?"tanya Puan Najla.
"Ibu tak marah,kalau menolak Dai' Muaz?"tanya Afirah.
"Buat apa ibu nak marah sayang.Jadi,kamu memilih Syahadatlah ni?"tanya Puan Najla.
Afirah memandang ibunya,Encik Nazmi dan Puan Rafidah,lalu menganggukkan kepalanya beberapa kali.Mereka yang berada di situ tersenyum.
"Alhamdulillah.Kalau Syah tahu ni abang,mesti dia gembira.Beria betul dia suruh kami ke sini lepas dia flight ke Korea."suara Puan Rafidah.
"Jadi,ini bukanlah rombongan rasmi kami.Kami datang untuk berkenalan sahaja.Kami akan datang dalam tempoh terdekat untuk rombongan rasmi."ujar Encik Nazmi.
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
Romantizm"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...