Lagu yang berjudul Back On The Wall yang di bermainkan di corong radio,ditutup oleh Afirah.Dia keseorangan sekarang ini.Syahadat,suaminya telah keluar hampir 30 minit untuk berjumpa dengan pengurus lapangan kapal terbang.
Dia meraba-raba laci di bilik penulisan itu,lalu mendapatkan suatu barang.CD pemberian daripada seorang lelaki misteri.Dia segera mengeluarkan CD itu dari bekasnya,lalu memasangnya di laptop penulisan.
Video yang memaparkan itu agak gelap.Ada juga terdengar bunyi guruh dan sambaran petir.Tiba-tiba,ada cahaya yang menerangi.Ternyata,Syahadat dan seorang perempuan yang kelihatan seksi di dalam sebuah bilik.
Afirah mengerutkan dahi.Jantungnya berdegub laju."Darling,I mandi dulu tau."suara Syahadat.
"Ala,tak payah mandilah.Kan hujan ni."balas perempuan itu.
Perempuan itu memalingkan mukanya.Oh,perempuan ini!Perempuan yang bernama Intan yang datang kerumahnya tempoh hari.
"Nakal you ni."ujar Syahadat datang merapat.
Kelihatan tangan Syahadat cepat sahaja merangkul pinggang Intan.Wajahnya sudah singgah ke leher dan tengkuk,dan akhirnya jatuh ke atas bahu Intan yang terdedah.
Afirah menundakan video itu.Ada air mata yang deras meluncur laju keluar.Ahh,kenapa air mata ini epat sangat keluar??
CD itu dikeluarkan dari laptopnya,dan segera mencampakkannya di dalam bakul sampah di sebelah meja.Dia menyeka air mata.Begitu mudah untuk ianya keluar,hanya kerana perbuatan Syahadat.Dia mengusap perutnya yang kini berusia hampir 2 bulan.
'Aku tak dapat bayangkan kehidupan aku...dan betapa hancurnya hati aku jika Syah menolak aku'ujarnya sendiri di dalam hati.
Afirah terpandang bekas CD tersebut.Ada yng menarik di situ.Dilihatnya tarikh CD itu di keluarkan.2/9/2017?Bermakna ianya berlaku sebelum dia sah menjadi isteri lelaki itu.Allahu~
Ada senyuman yang terukir di bibir.Senyuman yang bukan dipaksa.Rasa bersyukur kerana peristiwa hitam yang membuat hatinya terguris itu terjadi pada tahun lepas.
Afirah melangkah pergi dari bilik penulisan itu.Dia ingin mengambil wudhu untuk solat sunat hajat.Selepas itu,dia bercadang untuk memasak.
♡♡♡
Syahadat menguak pintu utama rumah itu,lalu ditutupnya semula.Dia.memandang ke arah dapur.Ada bau makanan yang enak.Dia menghirup bau itu.
"Assalamualaikum...sayang.."suara Syahadat.
"Waalaikumsalam"
"Sedapnya bau."puji Syahadat.
"Emm,semenjak kita kahwin,pernah tak dapur ni bau busuk?"soal Afirah.
"Pernah."balas Syahadat.
"Afirah masak hari-hari okay.Even goreng sayur and goreng telur je.Berasap juga dapur."balas Afirah pula menegakkan keadilan.
"Bukan bau masakan,tapi bau sayang yang tak mandi."ujar Syahadat tersenyum.
"Ihh,Afirah mandi okay."
"Sayang,abang nak nail kejap.Abang nak tukar baju,cas phone dulu."ujar Syahadat.
"Jangan lambat-lambat tau.Sejuk nanti tak sedap dah.Afirah malas nak panaskan balik."suruh Afirah.
"Baiklah isteri kesayanganku."ujar Syahadat sambil menarik hidung Afirah.
"Sakitlah abang.."
***
Syahadat meletakkan baju kemeja yang dipakainya tadi di dalam bakul tepi pintu.Bakul kain yang memang dikhaskan oleh isterinya.Kata Afirah,senang ingin dibasuh.
Syahadat melihat sekeliling,lalu keluar dari bilik itu.
"Sayang,nampak USB yang abang baru beli tu tak?"soal Syahadat dengan jeritan.
"Dalam bilik penulisan.Afirah pinjam tadi."balas Afirah.
Tanpa berlengah,Syahadat terus melangkah ke arah bilik penulisan.Dia memandang sekeliling,lalu menggeleng apabila terlihat laptop Afirah yang masih menyala dan tidak bertutup.USB yang terpasang dicabutnya.
Matanya terpandang ke arah CD yang berada di dalam bakul sampah.Dia mengerutkan dahi.Agak aneh kerana sejak dia dan Afirah menikah,mereka tidak pernah membeli mana-mana CD.Setahunya,sebelum dia menjadi penghuni rumab itu,tidak ada satu pun barang-barang lamanya yang tertinggal.
Dia memcapai CD itu dari bakul sampah,lalu memasangnya ke dalam laptop yang tidak ditutup oleh isterinya.Syahadat melihat bekas CD tersebut yang berada di sebelah laptop.
***Afirah tersenyum melihat juadah yang tersedia di atas meja.Tidak sia-sialah ajaran ibunya dahulu.Juadah yang khas dibuat olehnya khas untuk sang suami tercinta.
"Abang...turun makan."suara Afirah agak kuat.
Afirah berasa aneh.Tiada sambutan dari suaminya.
"Abang?"muncungnya ke hadapan sikit.Semakin aneh.
"Astaghfirullahlazim."ucapnya teringat CD yang dibuang di dalam bakul sampah.
Segera Afirah menanggalkan apron yang dipakainya lalu mendaki tangga yang tidak curam itu.Sewaktu dia ingin menguak pintu bilik penulisan,Syahadat berada di hadapan pintu dengan linangan air mata.
"Abang..."suara Afirah.
Syahadat merenung wajah isterinya.Langsung tiada memaparkan betapa kecewanya perempuan itu.
"Kenapa nangis ni,abang?"suara Afirah mencapai tangan suaminya.
Lantas Syahadat melutut,lalu memeluk ke dua kaki isterinya sambil mengeluarkan air mata.Pilu ketika itu tidak dapat digambarkan.
"Abang..."
"Kenapa sayang sorokkan semua derita daripada abang?Abang minta maaf sayang.Dahulu,abang terlalu cuai dengan nafsu dunia hingga menghalalkan apa yang haram."suara Syahadat.
"Abang janganlah macam ni.."pujuk Afirah sambil menarik tangan suaminya.
"Abang yang bersalah.Abang rasa abang hina.Sehina-hina lelaki."
Afirah duduk.Dia merenung wajah suaminya,lalu menyeka air mata lelaki itu dengan tangannya sendiri.
"Afirah...tak pernah pandang masa lalu abang.Benda tu terjadi sewaktu kita belum nikah.Dan ketika itu,Afirah tak ada hak ke atas abang.Dan sekarang,jika abang benar-benar berubah,Afirah tidak akan sekali memandang masa lalu abang,kerana Allah juga tidak memandang masa lalu hambanya jika hambanya benar-benar bertaubat.Jadi,jika Allah yang maha pencipta tidak memandang masa lalu hambanya,siapa Afirah nak menghukum abang?"suara Afirah menenangkan suamina daripada perasaan bersalah.
"Abang minta maaf sayang.Abang tak mampu jadi suami yang terbaik."ucap Syahadat.
"Abang adalah suami yang terbaik buat Afirah.Pimpinlah Afirah hingga ke Jannah Allah,walaupun kita tidak layak ke sana.Afirah...Afirah yang sepatutnya minta maaf pada abang."tubuh sasa itu dipeluk Afirah erat.
Afirah mengusap lembut dengan penuh kasih sayang.Menenangkan keadaan suaminya ketika itu.
"Afirah sayangkan abang dunia akhirat."suara Afirah.
"Abang pun sayangkan Afirah."balas Syahadat.
'Maafkan Afirah abang,kerana ingkar.Afirah mengandung.'suara Afirah yabg tidak mampu meluahkan.
♡♡♡
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
Roman d'amour"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...