Usai makan malam,Afirah menghidangkan air teh o panas untuk suaminya yang berada di ruang tamu.Syahadat memandang isterinya,lalu tersenyum.
"Sedap sayang masak.Ini yang malas abang nak flight minggu ni.Rasa macam nak tangguh cuti lagi seminggu je"usik Syahadat.
"Jangan nak mengada eh.Dahlah,Afirah nak naik dulu."
"Buat apa nak naik cepat-cepat?Temankan abang nak tengok tv,minum air.Borak dengan abang,sini meh."ajak Syahadat.
Afirah akur sahaja arahan Syahadat.Dia teringat satu kata-kata yaang pernah didengarinya dahulu sewaktu belajar di Jordan.Perempuan senang masuk neraka,dan juga senang masuk syurga.Perempuan nak masuk syurga,perlu ikut kehendak suami yang baik-baik.
"Sebenarnya abang nak cakap sikit ni.Nak bincang dengan sayang."suara Syahadat.
"Apa dia?"soal Afirah.
"Boleh tak Afirah duduk rumah je?"tanya Syahadat.
"Maksud abang?"
"Ermm,tak payah kerja luar,jadi suri rumah sahaja."balas Syahadat.
Afirah terdiam.Riak wajahnya bertukar.Mulutnya sedikit muncung ke hadapan.
"Abang tak paksa sayang.Kalau sayang tak suka dengan cadangan abang,abang faham.Yelah,sayang study bertahun bagai nak gila dekat Jordan.Abang faham."pujuk Syahadat.
"Apa jaminan abang kalau Afirah duduk rumah?"tanya Afirah memandang suaminya.
"Jaminan?Sayang boleh mulakan hobi baru.Menjahit ke,menulis ke,perniagaan online ke.Abang boleh belikan sayang mesin jahit,kalau sayang nak menjahit.Abang boleh hias satu bilik khas untuk sayang menulis.Anything just for you."ujar Syahadat.
"seriouslly?"tanya Afirah seperti anak kecil yang teruja mendapat aiskrim.
"Yelah,abang bukan nak berlagaklah dengan sayang.Gaji abang beribu kot.Setakat nak tanggung makan,pakaian and perhiasan-perhiasan sayang,apalah sangat.Kita berdua je."ujar Syahadat bernada riak.
"Kita berdua?ermm,abang memang tak nak anak ke?"
Syahadat memandang tepat pada wajah isterinya.Dia mengusap rambut isterinya yang panjang mengurai melepasi paras bahu.Mempunyai rambut persis pelakon terkenal, Wawa Zainal semasa zaman remaja.
"Sayang,abang merayu sangat dekat sayang.Abang tak nak buat hati sayang terluka setiap kali pertanyaan sayang yang ni,abang beri jawapan yang sama.Jadi,please.Jangan tanya soalan yang sayang dah tahu jawapan.Abang memang tak nak anak.Sayang kena faham abang.Hurmm?"suara Syahadat.
Terhiris sedikit hatinya setelah mendengar jawapan dari sauminya itu.Syahadat memang tidak mahukan anak daripada hasil perkhawinan mereka.Apakah aku hanya tempat melepaskan nafsu dia sahaja?Atau aku dianggap perempuan simpanan,dan bukannya seorang isteri?Walaupun Syahadat memberi jawapan dalam kata'kata dan nada yang sopan,tetapi dia dapat mengagak,kata-kata itu adalah kiasan dari suaminya.
"Maafkan Afirah,abang.Afirah janji,InsyaAllah,Afirah tak akan tanya mengenai perkara ni lagi."balas Afirah.
"Good wife,Abang nak suruh sayang urut boleh tak?Esok abang nak flight.Boleh?"suruh Syahadat.
"Boleh.."
Syahadat mencapai remote control lalu menutup siaran televisyen.
"Abang naik dululah.Afirah nak minum air masak sekejap dekat dapur."suruh Afirah.
"Okay,abang tunggu sayang dalam bilik tau.Jangan lama-lama.Nanti,jangan lipa tutup lampu dapur."
"Ya.."
Afirah memandang susuk tubuh suaminya yang semakin menghilang.Dalam dia,hatinya menangis kuat.Hatinya sudah mula menerima dan sayang kepada Syahadat.Suami yang baik,pandai mencuri hatinya.Tetapi,terkadang dia berasa aneh terhadap sikap suaminya itu.
♡♡♡
Sedang Syahadat duduk seorang diri di dalam bilik itu sambil berbalas whatsapp dengan isterinya,Asyraf datang menerjah masuk secara tiba-tiba.Terkejut juga Syahadat dibuatnya.
"Syahhh!!"jerit Asyraf.
"Tutup pintu."arah Syahadat perlahan.
Asyraf menutup pintu bilik hotel itu.Dia melangkah ke arah rakannya yang sedang leka melayan smart phone di ruang beranda.Kerusi yang tersedia ditarik,lalu Asyraf melabuhkan punggungnya duduk bertentangan dengan Syahadat.
"Kau tahu,aku happy gila dapat pergi sini.Amsterdam,yang dah lama aku impi-impikan.Even waktu bekerja."beritahu Asyraf.
Asyraf bangkit dari kerusi lalu melangkah ke arah beranda.Dia berdiri di situ.Melihat bangunan-bangunan yang tersergam indah di kota Amsterdam serta menikmati pandangan yang semestinya menarik perhatiannya.Dia membuka dakapan.
"Kingdom of the Netherlands"suara Asyraf dengan nada teruja.
Mana tidaknya,selepas waktu flight,dia hanya meletakkan bagasinya di dalam bilik hotel,dan keluar semula berjalan-jalan di sekitar Amsterdam.
"Tadi aku dah pergi De Peezenboot and Amstel.Then,aku dah usya-usya restoran halal dekat sekitar sini yang sedap.Aku dah google dekat airport and done installed waze app for my night activities.So,aku nak pergi Magna Plaza shopping mall,and kalau sempat aku nak singgah De Bijenkorf.Aku nak pergi Royal Palace Amsterdam,but jauh sikit.Aku rasa...."
"Aku nampak Intan."suara Syahadat memotong kata-kata Asyraf yang sedang leka bercerita.
Asyraf terdiam.Dia melangkah ke arah kerusinya yang tadi dia duduki,lalu melabuhkan punggungnya semula.
"Serious kau nampak dia?"tanya Asyraf inginkan kepastian.
"Ya.Aku rasa,dia dah mula follow aku balik.Yang aku tak faham,kenapa sekarang?Belum sebulan aku nikah dengan isteri aku."Syahadat menekup wajahnya.
"Dia pilih masa yang betul untuk kembali.Aku rasa dia dah rancang awal-awal."
"Perempuan tu memang gila.Dah berapa jantan dekat luar sana dia main,senang-senang je dia cari aku.Aku dah cakap yang itu bukan anak aku."suara Syahadat agak lemah.
"Dia dah lama muncul since hari persandingan kau and bini kau.Aku nampak dia nak datang dekat,tapi macam ragu-ragu.Aku follow je dia masa tu.Takut juga aku dia buat kacau dekat event kau."cerita Asyraf.
Asyraf memandang Syahadat.Kasihan juga melihat rakannya itu.Belum sebulan waktu dia menjadi suami kepada Afirah,bala menimpa.Ahh,bala menimpa itu juga atas kesalahan dirinya pada masa lalu.Kalau Syahadat tidak menyentuh Intan,tidak juga Intan mengenali Syahadat.Siapa yang tidak mahukan Syahadat? Lelaki yang bergaya,berpelajaran,kacak serta berduit.Kerjanya juga bukan calang-calang.
"Aku ada kawan yang kenal pembunuh-pembunuh upahan yang hebat.Kau tak nak try?"tanya Asyraf.
"Kau gila?Tak adalag sampai aku nak membunuh betina tu.Aku buntu.Weh,boleh tak malam nikau tidur bilik aku?"ujar Syahadat.
"Ahh,aku dah kemas bagasi aku.Malas nak pindah.Asal?"
"Aku bukan apa.Takutlah juga,kalau aku tengah tidur,tiba-tiba muncul si Intan tu.Kang,dia snap gambar yang bukan-bukan,and pergi viral.Betina macam tu mana boleh percaya.Tak apalah,aku tidur bilik kau je.Nanti,aku angkut bagasi aku."ujar Syahadat.
"Ermm,aku nak keluar malam ni.Kau nak join ke?"soal Asyraf.
"Tak naklah.Dah bosan aku.Lagi-lagi,China.Menyampah pula aku asyik dapat flight sana je."
"China jangan cakaplah.Dah lebih 10 kali ulang China."
"Aku tunggu dalam biliklah.Pandailah aku video call dengan isteri aku ke untuk menghilangkan bosan."ujar Syahadat.
♡♡♡
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
Romance"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...