Di Dead Sea,Jordan;
Afirah tersenyum melihat seorang anak kecil yang terjatuh,lalu dibantu oleh kedua ibu bapanya.Sudah beberapa hari dia di Jordan.Rindu tatkala dia belajar di situ bersama-sama rakannya.Tetapi,dia juga rindu insan yang berada di Malaysia.
Dia memegang perutnya.Sayu.Melihat sekeliling pantai itu yang dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar negara.Ditemani oleh orang yang tersayang kecuali dirinya.Dia tersenyum tawar.Sudah itulah keputusannya untuk menenangkan hati yang terluka.Kembali ke Jordan yang indah.
Dia melihat matahari mulai jatuh,menandakan sekejap lagi akan masuk waktu Maghrib.Dia bingkas diri dari terus lalai dan cuai di pantai itu.Tidak mahu dia melambatkan diri untuk beribadah kepada tuhan yang maha Esa.Tuhan yang memberi segala-galanya.
"Abang..."suara mati tatkala melihat tubuh seorang lelaki berdiri di seblahnya.
"Sayang..."Syahadat memeluk tubuh isterinya.
"Abang...mana..."
Syahadat melepaskan pelukan.
"Abang rindu sayang."luah Syahadat.
Afirah tersenyum.
"Afirah pun rindukan abang."
Tiba-tiba datang satu suara.
"Sorry,but... what are you doing?"soal seorang perempuan.
"This is my hus..."Afirah mati kata tatkala melihat tiada sesiapa disebelahnya.
'Allah.Khayalan aku rupanya'
"Ermm,nothing.I want go to mosque.Assalamualakum."ujar Afirah berlalu pergi.
Rindu yang terlampau rindu? Sehingga mewujudkan khayalan dan bayangan.
♡♡♡
"Tok tok tok."bunyi ketukan pintu di luar bilik hotelnya.
Afirah segera mematikan siaran televisyen.Dia mencapai tudung sarung di birai katil,lalu melangkahnke arah pintu.
Ada tubuh yang memeluk dirinya.Kali ini dia dapat rasakan ini bukan khayalan.
"Ab...abang.."
"Abang rindukan sayang.."suara Syahadat.
"Tak...orang tengoklah."suara Afirah.
"Who cares?Im your husband and you are my wife."suara Syahadat melepaskan pelukan itu.
***
"Sampai ke sini abang datang."ujar Afrirah menghidangkan air buat suaminya.
"Rindu..."luah Syahadat.
Afirah tersenyum.Tangan Afirah dicapainya.
"Bismillahirahmanirrahim.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Bersaksikan bumi Jordan,abang terima Afirah sebagai isteri,dan abang nak Afirah jaga baik-baik kandungan.Kita besarkan sama-sama,ya?"suara Syahadat.
Afirah tersenyum.
"Ya Allah....Betul ke abang?"soal Afirah.
"Abang bukan tidak mahu zuriat langsung.Cuma abang rasa masa tidak sesuai.Tetapi,abang terima seadanya perancangan dan rezeki Allah.Abang belajar dari kesilapan."ujar Syahadat.
"Abang...."Afirah memeluk suaminya itu.
"Malam ni,dapatlah abang tidur dengan batal peluk abang."suara Syahadat.
Afirah memukul lembut dada Syahadat.Dia tersenyum.Bahagia.
"Abang dah jenguk Asyraf?"soal Afirah.
"Asyraf juga yang ditanya tu.Heihhh"suara Syahadat.
"Cepatlah."
"Alhamdulillah,dah."balas Syahadat.
"Macam nilah suami Afirah,Muhammad Farhan Syahadat bin Nizam."ujar Afirah.
♡♡♡
TAMAT 👪
YOU ARE READING
Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]
Romance"Aku minat sorang awek ni."-Farhan Syahadat- "Siapa Syah awek tu? Sampai kau boleh tinggalkan Mia,stewardess tercantik dekat airport Senai tu."-Zayn- "Awek tudung labuh yang dia marah dekat airport tempoh hari lah tu."-Asyraf- Farhan Syahadat dan ga...