BAB 15

4.2K 88 4
                                    

Di Penjara Simpang Ranggam;

Agak lesu dan pucat wajahnya.Tubuhnya yang tersarung pakaian berwarna ungu.Rambutnya tidak seperti dahulu.Jika dahulu,rambutnya rapi disapu pomade yang berharga ratusan ringgit,juga baju dan seluarnya.

"Terima kasih sebab jenguk aku,Syah."suara Asyraf.

Hampir berapa minit Syahadat dan Zayn disitu.Tapi kebanyakannya hanya Zayn sahaja yang bersuara.

"Asyraf,aku minta maaf."suara Syahadat.

"No,Syah.Aku yang salah.Kau janganlah macam ni."

Syahadat memandang Asyraf.

"Kesian kau.Aku...aku dah maafkan kau.Aku harap,kau boleh keluar dari neraka ni."ujar Syahadat.

"Terima kasih Syah.Hidup aku boleh ceria macam dulu,bila nampak kau.Aku harap,lepas ni aku boleh oakai smart-smart macam dulu.Tapi,aku tak berharap yang aku dapat kembali jadi steward semula."ujar Asyraf.

"Tak apa.Aku percayakan kau."

"Mesti kau akan rindukan isteri dan anak yang Afirah kandungkan sekarang ni."suara Asyraf.

Syahadat mengerutkan dahinya,manakala Zayn tercengang.Apakah Afirah sudah pergi scepat ini?

"Maksud kau?"soal Syahadat.

"Yela.Afirah pergi Jordan,kan.Mestilah kau akan rindukan dia dan anak yang bakal dia lahirkan."ujar Asyraf.

"Jordan?Apa ni?Mana kau tahu dia pergi Jordan?"soal Syahadat mula berasa resah.

"Afirah datang jenguk aku pagi tadi.Lepastu,dia bertolak ke Jordan.Tak akan kau tak tahu?"soal Asyraf yang mula mengesyaki sesuatu.

"Aku...aku akan datang jenguk kau balik.Aku...aku pergi dulu..."

♡♡♡

Mata Syahadat melilau sana sini.Mencari insan yang dikasihani.Insan yang membuatnya rasa kehidupan yang sebenar.

"Sorry.Flight ke Jordan dah bertolak ke?"soal Syahadat di kaunter.

"Sekejap ya.Let me check first,sir."

"Sorry.Flight Jordan telah bertolak dalam kira-kira tiga jam tadi."beritahu perempuan itu.

Syahadat berlari ke tingkap kaca.Melihat sekitar tapak kapal terbang yang luas.Ada air mata yang keluar.

"Kenapa buat abang macam ni,sayang..."suara Syahadat bagai orang gila.

"Syah...Syah...dahlah tu."suara Zayn.

"Check,ada flight ke Jordan tak esok!"suara Syahadat kasar.

Zayn hanya menurut.

"Sorry Syah.Hari ni last.Kena tunggu next week."beritahu Zayn sambil melihat handphonenya.

....

Tidak terkata Syahadat selain menangis.Hatinya pilu ditinggalkan isteri tercinta.

♡♡♡

Assalamualaikum,abang.

Mungkin saat ini,ketika abang membaca surat ini,Afirah sudah tiada di Malaysia.Abang,Afirah minta maaf kerana ingkar arahan abang.Tidak mampu menjadi isteri yang solehah buat abang.Abang,Afirah ke luar negara sekejap.Bukan niat untuk melukakan hati dan perasaan abang.Bukan niat untuk meninggalkan abang.Afirah pergi sekejap untuk menenangkan fikiran.Afirah akan pulang di sisi abang,jika abang masih menerima Afirah sebagai isteri.

Abang,Afirah mengandung.Maafkan Afirah.Afirah terlampau takut untuj jujur dengan abang.Afirah hanya makan beberapa kali pil yang abang beli.Selebihnya,Afirah buang.Maafkan Afirah.Afirah sayangkan kandungan Afirah.Afirah sayangkan abang.

Hati yang banyak terluka,perlukan tempat untuk bertenang.Afirah akan kembali.Afirah janji...

Daripada isterimu;

Afirah Az-Zahra.

___________________________________________________________

Syahadat melipat kembali surat itu.Dia hanya mampu bersujud di tikar sejadah yang terbentang.Mengingati terlampau banyak tindakannya yang menyakiti hati isterinya.Ego yang kuat memakan diri sendiri.Allah...

"Maafkan aku yang berdosa."

♡♡♡



Bukan Lafaz Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now