CHAPTER 1

71 4 0
                                    

Baju t-shirt putih dan seluar slack disumbat ke dalam beg sekolahnya. Sementara buku-bukunya yang lain dipegang atau dijinjing tanpa apa-apa bungkusan dari tertutupnya buku itu. Kakinya mengatur langkah keluar dari bilik itu, bibirnya mengukir senyuman apabila terlihat ibunya sedang bersiap-siap untuk ke kerja mencari rezeki.
Kasut sekolah yang lusuh itu dicapai, disarungkan kedua-dua belah kakinya lalu bangkit. "Eomma! Minhee pergi dulu!" jerit gadis itu lalu mengorak langkah keluar dari rumah usang itu menuju ke sekolah yang tidak beberapa jauh dari rumahnya.
Saat dia berjalan, bunyi kereta yang kuat pada pagi itu membuatkan Minhee menoleh kearahnya. Kereta itu semakin menghampiri dan
PFLASHHH!!
Gadis muda itu menyumpah seranah, habis baju sekolahnya sudah lencun basah kerana tompokan air lecak yang terkena pada bajuan skirtnya malah tidak ketinggalan tompokan lecakan itu juga terkena pada wajah gadis itu. Kebetulan pula kereta mewah itu berhenti ditepi jalan, Minhee mengambil masa mendekati si empunya kereta itu. Ditepuk-tepuk tingkap kereta itu dan perlahan-lahan tingkap kereta ittu diberhentikan secara automatiknya.
Tangan gadis itu disilangkan dengan penuh jelingan apabila tatapan !mereka bertembung. "Kau nak apa? Cepat sikit aku dah lambat. Aku takda masa nak layan drama kau" ujar lelaki itu dengan suara mendatar sementara tangannya masig memaut stereng kereta.
"Kau.."
"Choi Seung Cheol"
"Tak kisahlah apa nama kau! Kau ingat jalan ni jalan ayah kau ke nak langgar lecak sana sini ahh!! Baju sekolah aku kotor ni macam mana aku nak pergi sekolah!!" gadis itu meninggikan suaranya manakala lelaki itu hanya tersengih kelat.
"Baju sekolah kau, kau punya pasal. Kau malu? Berapa kau nak? Aku bayar?"
"Bodoh"
Gadis itu mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Langkahnya bukan menuju ke sekolah tetapi kakinya diatur menuju ke sebuah cafe dimana tempat dia memperolehi rezeki menolong ibu tunggal itu.
"Ponteng lagi? " gadis itu hanya mengangguk dan terus masuk ke bilik persalinan perempuan. Sempat juga Mingyu memandang baju uniform sekolah gadis itu, ianya kotor dan kesan lecak yang jelas kelihatan.
"Asal nak pergi sekolah ada ja yang tak kena" omel Minhee sambil menukar pakaian kerja dengan perasaan yang berbaur. Tidak lama kemudian, Minhee yang sudah lengkap berpakaian kerjanya keluar dari bilik persalinan dan menuju ke dapur. Disitu juga dia terserempak dengan Mingyu yang berponteng sekolah sepertinya.
"Tak baik pontenglah. Kau tu perempuan, masa depan kau panjang lagi"
"Umur kau dengan aku lebih kurang sama. Jadi, masa depan kau panjang lagi, tak gitu?"
Lelaki itu terdiam menahan bengang. Minhee yang berada dekatnya berjalan mendekati sinki yang dipenuhi cawan-cawan kotor untuk dibasuhi.

---

"Choi Seung Cheol imnida" lelaki itu membalas huluran tangan Wonwoo yang sedang menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Seungcheol membalas dengan sebuah senyuman yang tak pernah dia senyum sebelum ini? Ya.. Jika hendak dipendekkan cerita, Choi Seungcheol adalah seorang anak bandar yang terpaksa berpindah ke sebuah kampung yang amat dia benci.
Nak dipendekkan cerita lagi, lelaki ini amat benci yang berkaitan dengan kampung termasuk ..
Masyarakat kampung.
"Aku dengar kau ni pelajar baru dari bandar" Seungcheol pantas mengangguk tanpa memandang wajah lelaki dihadapannya. Buku pelajaran yang sedang dia ulangkaji menjadi tempat renungan matanya. Wonwoo hanya mengangguk faham.
Tidak lama Wonwoo disitu, lelaki itu bangkit dari kerusinya dan pergi dari situ. Melihat wajah lelaki itu dia dapat menangkap bahawa lelaki yang baru dia bersalaman tadi, SOMBONG.
"So how? "
"Dia ok. Cuma sombong dan bongkak"
"Anak bandarkan memang macam tu"

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now