"Kamu jumpalah Minhee. Bagitahu dia yang kamu akan ke bandar Seoul" Mingyu kekal mendiamkan diri dan memasukkan pakaiannya ke dalam beg bagasinya. Rintihan nunanya membuatkan Mingyu menerawang memikirkan gadis kesukaannya bagaimana perasaan gadis itu apabila dia mendapat tahu dia akan berpindah nanti.
"Aniyaㅡ Mingyu dah tak penting bagi dia. Jangan bagitahu sesiapa termasuk Jeon Wonwoo" ujar lelaki tanpa melihat wajah nunanya walaupun perit dia mahu menerima hal ini bahawa dia akan meninggalkan segala kenangannya disitu.
"Jumpalah dia, Mingyu. Kamu tak fikir perasaan dia bila dapat tahu kamu akan tinggalkan dia?" Pergerakan lelaki itu berhenti seketika dan memandang wajah nunanya yang sedang berpeluk tubuh.
"Berapa banyak masa yang Gyu ada sekarang?ㅡ" wanita itu tersenyum sinis dan mengerling kearah jam tangan yang dipakai pada pergelangan tangan kanannya.Mingyu kini sedang berdiri sambil wajahnya memandang tanah yang dipijaknya sementara menunggu wanita idamannya itu pulang dari sekolah. Hanya tinggal 2minit, waktu sesi persekolahan itu akan tamat pada hari itu namun Minhee kini sedang berjalan mendekatinya dengan tanda tanya. "Mingyu? Kau dah lama sampai? Kenapa kau tak masuk? Kan ada eomma aku" Sejurus itu, lelaki yang sudah lama berada di hadapan rumahnya selama setengah jam memandang wanita yang diidaminya namun senyumannya tawar apabila dia ternampak lelaki kaya itu sedang berjalan mengiringinya.
"Aku nak jumpa kau"
"Kenapa kau tak datang?"soal mereka serentak dan akhirnya lelaki itu terlebih dahulu untuk bersuara.
"Itulah yang aku nak cakapㅡ aku datang sini nak jumpaㅡ kau" ujar lelaki bertubuh lampai itu sambil memandang Seungcheol untuk beredar dari situ. Mata lelaki itu bertatapan satu sama lain dan Seungcheol dengan rendah hati menundukkan kepalanya sedikit dan memandang wanita disebelahnya. "Aku nak ke kedai. Bye Minhee " ujar lelaki itu sambil menepuk-nepuk bahu gadis itu dari lelaki hitam manis itu tahu bahawa kini Seungcheol sudah tinggal bersama wanita idamannya.
Setelah kelibat Seungcheol telah hilang dari radar penglihatan dua figura yang sedang berhadapan antara satu sama lain dihadapan rumah gadis itu, Mingyu memulai bicaranya.
"Aku datang sini nak ucapkan selamat tinggal pada kau" Minhee mengalihkan pandangannya dan sedikit berair di kelompok matanya yang sedang berkumpul.
"Dah tiba masa, Gyu? " lelaki itu mengangguk perlahan dan menundukkan kepalanya dari melihat perempuan itu kerna dia tahu gadis itu akan menangis.
Pernah dahulu Mingyu mengungkapkan bahawa dia akan berpindah dan gadis itu pula tidak menyangka bahawa hari ini juga sahabatnya akan berpindah.
"Aku minta maaf tentang hal tempoh hari. Aku harap kau anggap perasaan aku tu tak bawa apa-apa maksudㅡ dan kirim salam aku pada Wonwoo" gadis itu mulai membelakangkan Mingyu, air matanya yang jatuh kini membasahi pipi dan Mingyu kini memaut bahu gadis itu memandang dirinya.
"Selama aku tiada ni, kau janganlah menangis. Siapa yang nak gantikan aku kalau aku tiada untuk berbual dan luahkan perasaan kau nantiㅡ " lelaki itu menyumpah seranah pada dirinya bahawa kini baru sahaja dia terfikirkan Choi Seungcheol, lelaki kaya itu.
"Ahhㅡ aku lupa yang Seungcheol boleh gantikan aku" air mata yang mengalir di pipi gadis itu diseka dengan ibu jari lelaki itu lalu dibawa gadis itu memeluk dakapan sahabatnya itu. Pasti dia akan merindui lelaki ini nanti.
Mingyu sedikit terkejut apabila tubuhnya dipeluk gadis itu secara tiba-tiba dan secara langsung lelaki itu membalas eratan pelukan itu merapati tubuhnya dengan erat.
Pelukan itu dipisahkan, sedikit tompokan air mata gadis itu berada pada bidang dada Mingyu. Tangan sasa lelaki itu memegang sisi kepala Minhee dan dibawa mendekati ke wajahnya lalu dahi gadis itu dikucupnya dengan dalam.
"Sepanjang aku tak ada ni, aku harap kau makin cantik dan ramai kawan bila kita berjumpa lagi suatu hariㅡ" tawa gadis itu tersembur malah Mingyu menerima pukulan manja di lengan lelaki itu hingga Mingyu tersenyum sinis memandangnya.
"ㅡdan aku pun berharap kau akan terima aku bila aku lamar kau 6 tahun yang akan datang, Park Minheeㅡ"
"Yaaㅡ kau bergurau kan? "
Mingyu tertawa sinis lalu menyelukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar jeansnya. "Aku betul-betul maksudkanㅡ sebab hari itu kau cakap dengan aku yang kau tak cantikㅡ jadi tahun yang akan datangㅡ kau cantik-cantiklah untuk aku terima kau jadi kekasih aku" Minhee menundukkan kepalanya dan mengangguk perlahan. Pucuk kepala gadis itu diusap dengan lembut dengan penuh ikhlas.ⓒteacadburry 2018
YOU ARE READING
NEXT [C.SEUNG CHEOL]
Fanfiction▪최승철 ▪박민희 ▪전 원우 ▪김민규 RELEASED 21 MAC 2018 " Kau yakin dengan keputusan kau? Kalau kau tak suka dia kau jangan lah ada apa-apa hubungan dengan dia" "Kalau aku tolak benda ni, benda bodoh ni akan hancurkan masa depan aku" ❇❇❇❇ "Kita berjumpa lag...