CHAPTER 5

33 2 0
                                    

"Aku ada idea" ujar Seungkwan yang telah tiba di kampung itu pada awal pagi tadi. Itupun kerana terpaksa asalkan tambang pergi balik dibiayai Choi Seungcheol. Si lelaki yang berdendam dengan gadis itu buat sekian lamanya mendekati Seungkwan yang telah memperolehi idea dari akal fiikirannya. "Share sikit" ujar Seungcheol itu pula apabila dia menangkap tangan Seungkwan menyuruh Seungcheol mendekatinya. Wajah Seungkwan didekati ke telinga Seungcheol lalu membisikkan sesuatu.
Tidak lama kemudian, perbincangan itu pun habis. Seungcheol mengukir senyuman sinis sambil memandang wajah rakan baiknya.
"Tak sia-sia aku bazirkan duit aku jemput kau ke sini" Seungkwan melemparkan bantal sofa itu kearah Seungcheol dan bangkit dari sofa untuk keluar dari rumah itu untuk menjalankan rancangannya.
Lama mereka berjalan, mata Seungcheol menangkap figura Minhee yang sedang duduk keseorangan di kebun itu. Alang-alang beberapa budak kecil itu sedang bermain di kawasan itu, beberapa budaj kecil itu dipanggil Seungcheol dan Seungkwan.
"Boleh tolong hyung tak?" budak lelaki itu terpinga-pinga. Kepalanya yang botak itu digaru perlahan walaupun tidak gatal.
"Tolong apa?"
"Nampak tak nuna yang tengah cangkung dekat sayur kobis tu?" Seungcheol giat bercerita, Seungkwan yang berdiri menepuk nyamuk habta mendengar perbualan Seungcheol dan budak-budak kecil itu. Budak lelaki itu sekadar mengangguk kepala.
"Boleh tak tolak dia sampai jatuh? Lepas tu kan, hyung nak adik-adik semua pastikan baju dia kotor"
"Jahatnya hyung ni, upah untuk kami takda ke?" Seungcheol terdiam. Diraba-raba poket seluarnya untuk mencari harta yang ada tetapi..
"Weih bagi budak ni duit, balik nanti aku ganti" Seungkwan mencebik, ada sahaja lelaki ini mahu mengambil kesempatan.
"Dah tahu nak plan dengan budak bawaklah duit hanat! Aku ingatkan nak belikan cenderamata untuk Minghao nanti" Seungcheol menanti beberapa duit kertas yang dikeluarkan Seungkwan. Beberapa wang kertas itu bertukar tangan lalu anak kecil itu menjalankan rancangan yang di rancang dua figura itu.
"Weih awek tu cantik. Apasal kau dendam sangat dekat dia?"
"Dia budak perempuan miskin yang perasan bagus, kau tahu?"
"Kalau ye pun, takyahlah dendam sampai macam ni sekali. Tak matanglah kau ni, Cheol"
"Arghhhhh!!!" suara teriakan Minhee jelas kedengaran. Dua figura yang merancang rancangan itu melarikan diri sebelum diri mereka dilihat Minhee. Habis wajah gadis itu kotor kerana gara-gara tanah yang terkena pada wajahnya malah tangannya menerima seliuh yang amat sakit pada bahunya kerana terkena kobis keras yang masih muda itu. Beberapa orang yang berada disitu datang menghulurkan bantuan, air mata Minhee gugur kerana menahan sakit yang amat sakit pada tangan kanannya. Mingyu yang berada disitu mengangkat Minhee dan dibawa pulang ke rumah untuk dirawat. Segala gerak geri figura itu diperhatikan Seungcheol dan Seungkwan dengan rasa bersalah yang ditimpa pada dirinya.
"Aku dah cakap, Cheol. Kau tak nak dengar "
"Tak sangka pula jadi macam ni. Aku rancang nak kotorkan baju dia ja"
Seketika itu, Mingyu yang menggendong Minhee telah tiba di rumahnya. Puan Park yang berada di anjung rumah itu cepat-cepat mendapatkan anaknya dan menjemput Mingyu masuk ke dalam rumah untuk meletakkan gadis itu di dalam.
"Ya Tuhan! Kenapa kamu ni, nak?!" cemas Puan Park apabila Minhee masih menangis menahan sakit. "Kamu pergi mana sampai baju kamu, muka kamu kotor macam ni?!"
"Min..minhee tolong Uncle Jung cabut rerumput dekat kebun dia"
"Betul ke Mingyu? " lelaki itu mengangguk laju.

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now