CHAPTER 17

38 1 0
                                    


"Saya tak rasa awak serius dalam pertunangan ni Seungcheolㅡ" setelah lama dua figura itu berdiam diri di meja makan VIP itu, Seungcheol menatap wajah gadis dihadapannya dengan melepaskan satu keluhan halus hingga membuatkan Jihyun melemparkan jelingannya ke arah lain. Lelaki itu mengangguk dan meraup kasar dari rambut hingga ke wajahnya.
"Maaf Jihyunㅡ saya tak boleh fokus untuk dua hal yang penting ni. Exam saya semakin hampir dan pertunangan niㅡ" bohong lelaki itu walhal Seungcheol masih tidak lagi sedia tentang pertunangan ini, eh tidak dia tidak sama sekali ingin melangsungkan pertunangan bodoh ini dengan gadis dihadapannya sekarang. Melihat lelaki dihadapannya itu gusar, Jihyun menyentuh tangan kasar lelaki itu.
"Saya tunggu awakㅡCheol. Saya tunggu awakㅡ" lelaki itu mengalihkan tangan lembut dari tangan kasarnya sambil kepalanya sibuk menggelengkan kepala.
"Tak perlu, Jihyunㅡ"
"Awak ada perempuan lain?" Seungcheol mati kata-kata. Tiba-tiba sahaja fikirannya muncul dirinya bersama Minhee dimana awal babak mereka bertemu di sebuah cafe Season hinggakan Minhee berhenti kerja semata-mata untuk mengelakkan diri darinya.
"Seungcheolㅡ"
"Maafㅡ saya kena pergi"

Khusyuk Puan Park masak di ruang masakan, tidak habis-habis keropok yang digoreng di kuali itu mengeluarkan percikan minyak yang panas yang terkena pada pakaian wanita separuh abad itu. Mujur pakaiannya itu menutupi seluruh tubuhnya tetapi tidak wajahnya. "Haih, ada anak dara boleh pakai tapi tak boleh pakai rupanya. Baliklah nak, eomma tahu sekolah kamu dah habis" rungut wanita separuh abad itu sambil bercekak pinggang di hadapan kuali itu.
Didengari pintu utama itu dikuak perlahan, Puan Park menjerit menyahut namanya. "Minhee! Tolong eomma tengokkan keropok ni!" ujar Puan Park dengan nada yang tinggi tetapi apabila orang disebutkan Puan Park tadi muncul di ruang dapur tadi membuatkan Puan Park terdiam. "Haih kamu ni Seungcheol. Ahjumma ingatkan Minhee lah tadi" lelaki tersenyum hingga menampak gusi. Diraih tangan kasar Puan Park lalu memeluk tubuh wanita itu setelah beberapa hari tidak bertandang ke rumahnya. "Kamu ni dari mana, Cheol? Kacak je kamu hari ni" Seungcheol mencebikkan mulutnya.
"Agaknya hari ni je ke saya kacak, ahjumma?"
"Haha tak adalah, ahjumma gurau jeㅡ Ni kamu nak jumpa Minhee? Dia belum balik lagiㅡ" lelaki itu mengebilkan kelopak matanya sambil memandang keropok di kuali yang kian hangus gara-gara perbualan mereka tadi.
"Ahjumma, keropokㅡ"

" Semenjak kamu balik rumah kamu, Minhee tak habis tanya pasal kamu sama ada kamu datang sini atau tidak masa dia ke sekolah. Ahjumma pun risaukan dia kalau dia tu dah jadi seorang kemaruk cintakan kamuㅡ"
lelaki itu tersenyum apabila dia mengimbas kembali perbualan diantara dirinya bersama ibu kepada gadis kesukaannya itu. Pen yang dipegang itu diputarkan yang diselitkan diantara jari tengah dan jari telunjuknya sementara bibirnya masih mengukir senyuman. "Aku rindukan kauㅡ" pada waktu itu pula pintu bilik bujangnya dibuka. Terpapar wajah eommanya yang sedang berjalan lalu duduk di hujung katil anaknya.
"Kamu rindukan siapa, Seungcheol?" anak lelakinya itu sekadar menggelengkan kepala dan menyambung ulang kajinya. "Kamu jangan main-main, Cheol. Ingat apa yang appa kata pada kamu tempoh hari"
"Sudahlah eomma. Seungcheol tak boleh fokus"
"Jihyun mengadu dekat eomma tadiㅡ"
"Oh" jawab lelaki itu pendek.
"Lepas kamu tinggalkan Jihyun kamu ke mana?"
"Eomma tolong keluarㅡ boleh?"
"Eomma keluar bila kamu dengar apa yang eomma nak cakapkan ni" lelaki itu memusingkan kerusinya lalu memandang wajah ibunya dengan kuyu. Tidak lain dan tidak bukan semestinya tentang Jihyun.
"Kami dah berbincang tentang kamu dan Jihyun. Kemungkinan kamu tak akan bertunangㅡ"
"ㅡtapi kamu terus bernikah dengan dia lepas dua minggu kamu habis exam besar ni"
"What theㅡ"

teacadburry

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now