CHAPTER 3

33 4 0
                                    

"Nah gaji kau, Cik Bella suruh sampaikan dekat kau" duit yang bersampulkan warna coklat itu bertukar tangan. Matanya sembap gara-gara menangis selepas pulang dari tempat kerjanya semalam. Maka pada harini terpaksalah dia menimba ilmu dimana tempat yang selalu mencekik duit dengan harga yang tinggi.
"Cik Bella dah ceritakan dekat aku pasal semalam. Cik Bella kata dia minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa pecat kau. Kalau tak nanti.. "
"Dahlah tu, bukannya salah Cik Bella pun. Yang salahnya jantan sorang tu ja" Mingyu terdiam dan berjalan seiringan dengan gadis itu untuk masuk ke dalam kelas memandangkan jam sudah hampir tiba jam 7:30 pagi.
Di dalam kelas, sebaik sahaja dia melangkah masuk bersama Mingyu. Matanya menangkap sebujur tubuh manusia yang amat dia benci. Ya siapa lagi jika bukan Seungcheol. Pelajar baru yang baru dikenali Minhee bahawa Seungcheol itu jugga rakan kelasnya. Mata mereka bertatapan sekali lagi, masing-masing melemparkan jelingan tajam antara satu sama lain.
Minhee memilih tempat bersebelahan dengan Mingyu memandangkan tempatnya hanya belakang Seungcheol. Punggungnya dilabuhkan di tempat kerusi itu dan mengeluarkan buku teks yang ditinggalkan di bawah meja. "Weih Mingyu, kenapa eh aku asyik jumpa orang sama pulak tu? " Mingyu terpinga-pinga. Dia hanya menhincutkan bahunya tanda lelaki itu tidak tahu apa yang dia sampaikan. "Dunia ni kecil kot" Seungcheol tahu ayat itu ditujukan pada dirinya. Disebalik buku yamg menutupi wajahnya, bibirnya mengukir senyuman kelat.
"Bangun kelas!!" seloroh wakil pelajar dalam kelas itu apabila guru mata pelajaran itu melangkah masuk untuk memulakan pembelajaran pada hari ini.

---

"Jadi tolong bekalkan 25000 won untuk tusyen sepanjang tahun ni memandangkan peperiksaan besar kamu semakin hampir. Mingyu dan Minhee, cikgu harap perkara ni tak berulang macam tahun lepas"
Minhee melepaskan keluhan berat apabila teringatkan bebelan cikgu bagi mata pelajaran sejarah tadi. Ada sahaja duit yang mahu dia kutip untuk pembelajaran, belajar bagai nak rak tetapi bodoh juga nak buat apa? Lebih baik bekerja dan dapat duit untuk mencari makan. Itulah yang lama tersimpan di hati Minhee semenjak kematian bapanya suatu ketika dahulu. Dimana mendiang bapanya dulu bekerja penat lelah untuk mendapatkan duit untuk membayar ke semua aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dulu. Selepas beberapa tahun kemudian, bapanya mati kerana serangan jantung di tempat kerjanya. Maka semenjak itulah, Minhee tekad berputus asa dalam pelajaran dan memilih untuk bekerja menolong ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah.
"Kau ok tak ni, Minhee?" soal Mingyu malah gadis itu hanya mengangguk sambil menyembunyikan wajahnya daripada dilihat Mingyu. Pada waktu itu pula, Wonwoo datang dan duduk dihadapan Mingyu. "Kenapa dengan Minhee?" Mingyu sekadar mengangkat bahunya. Tanpa menghiraukan Minhee yang sedang tidur di perpustakaan pada waktu rehat, Mingyu dan Wonwoo memasang mulut untuk berbual. Memang tidak dinafikan juga, apabila Mingyu dan Wonwoo bergabung, mereka akan dikenali sebagai pakcik bawang yang terkenal di tingkatan itu.
Perbualan mereka membuatkan Minhee terbangun. "Budak baru tu anak orang kaya sebab tu lah sombong lain macam. Kalau aku jadi bestfriend forever dia, dah lama aku bagi ayat sentap dekat dia"
"Contohnya? Kau nak cakap apa dekat mamat tu ?"
"Sesungguhnya kekayaan tidak akan dibawa ke alam kubur" Mingyu menapak high-five di wajah Wonwoo, serta merta tapak tangan mereka menghasilkan tepukan hinggakan sesetengah pelajar ada yang memandang mereka.
"Dia anak orang kaya? Sayang eh, kekayaan dia tak menggambarkan peribadi dia" sampuk Minhee. Mingyu hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Pelik melihat rakan perempuannya amat membenci-i pelajar baru itu.
"Kau ni, kenapa tak suka anak orang kaya tu? Peliklah kau ni"
"Kau ni, Cik Bella tak cerita penuh ke pasal semalam? Dialah yang hasut Cik Bella suruh berhentikan aku"

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now