"Doktor, bila boleh buka simen ni? Siku saya gatal sangat ni" gadis itu meragam sambil menunjukkan tangannya yang masih dibaluti simen itu. Wonwoo yang berada disebelah gadis itu memandang dengan sebelah mata.
"Kau garulah" sampuk Wonwoo. Gadis itu memanang wajah Wonwoo dengan tidak puas hati.
"Kau nak aku garu simen ke, Won?" doktor lelaki itu sekadar tersenyum sinis memandang diua figura yang sedang berbalah mulut sambil menyelak kertas diatas meja. Dimana kertas itu menunjukkan perjumpaan gadis itu seterusnya.
"Perjumpaan seterusnya 26/03/2018 pada pukul 4.30 petang ye Minhee" gadis itu mengangguk lemah. Masih melayani kegatalan disikunya membuatkan Seungcheol yang turut berada di situ tersenyum sendiri.
Tidak lama kemudian, perjumpaan pada hari itu sudah tamat seperti mana yang dirancang. Masing-masing membawa diri untuk pulang ke rumah tapi tidak Wonwoo yang masih setia menemani Minhee untuk pulang ke rumah. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menemani gadis itu pulang ke rumah yang diamanahkan Puan Park.
"Minhee, aku nak minta maaf" ujar Wonwoo yang tiba-tiba bersuara untuk memecahkan keheningan antara mereka berdua. Gadis itu memandang Wonwoo dengan tertanya-tanya.
"Kau tak buat salah apa pun kat aku. Asal ni tiba-tiba ja nak minta maaf?"
"Appointment 26 haribulan tu... "
"Ha kenapa?"
"Aku tak boleh teman kau masa tu" riak wajah Minhee bertukat muram. Langkahnya diberhentikan dan memandang lelaki yang turut memberhentikan langkahnya.
"Kenapa? Kau dah penat nak teman aku ke, Won?"
"Hish taklah! Kau ni memandai je cakap macam tu. Aku ada game lah petang tu" riak wajah Minhee bertukar lagi. Bibirnya menguntum senyuman hingga membuatkan Wonwoo turut membalas senyuman gadis itu. Rambut bangs gadis itu diserabutkan dengan usapan tangan Wonwoo hingga terhasilnya tawa antara dua figura itu. Di samping tawa diantara dua figura itu, Mingyu yang sedang bersembunyi disebalik pokok itu menonton babak itu dengan perasaan cemburu kerana layanan Wonwoo yang sangat mesra terhadap perempuan kesayangannya.Wonwoo menghempaskan tubuh diatas katil kecil. Fikirannya menerawang memikirkan wajah Minhee yang menarik minatnya tadi betapa comelnya wajah gadis itu berubah wajah. Barulah kini dia mengerti mengapa Mingyu jatuh hati pada gadis yang sudah bertakhta dihatinya. Demi ingin menjaga hati rakannya, Wonwoo juga terpaksa memberi alasan bahawa dia tidak bisa menemani gadis itu untuk perjumpaan seterusnya dengan doktor itu. Sementara itu, Minhee meletakkan tubuhnya diatas katil setelah penat berjalan dengan Wonwoo petang tadi. Bibirnya mengukir senyuman apabila fikirannya mengimbas balik layanan Wonwoo terhadapnya tadi. Ya, Minhee jatuh cinta pada Jeon Wonwoo semenjak kali pertama Wonwoo mulai pindah di kampung terpencil itu. Gadis itu mengaku bahawa dia amat meminati lelaki itu secara senyap dan langsung tidak diketahui sesiapa melainkan tuhanan dirinya sendiri. Betapa untungnya kini, Wonwoo tidak bertepuk sebelah tangan tetapi malangnya apabila pihak lelaki itu amat mementingkan persahabatan mereka dengan rakannya, Mingyu.
Rasa rindu terhadap lelaki itu semakin membuak, walaupun baru tadi dia berjumpa. Apa yang menjadi keparahannya apabila perasaan itu dipendam seorang diri. Telefon bimbit dicapai yang terletak diatas tilam, kad nama Mingyu menjadi pilihannya. Didail kemudian terus telefonnya ditekapkan di telinganya. Sekejap sahaja panggilan itu diangkat. "Kenapa call?" soal Mingyu yang sedang duduk di pondok usang seorang diri. Gara-gara babak tadi sering terlintas di akal fikirannya. "Call pun tak boleh ke, Gyu? Aku ada benda nak cerita dekat kau ni?! Urgent?!" ujar Minhee dengan teruja. Tidak sabar mahu menceritakan perasaannya terhadap Wonwoo walhal perkara yang dibincangkan itu akan menjadi kesakitan di hati si Mingyu.
"Ha ceritalah. Aku dengar"
"No. Tak boleh cerita dekat phone. Rahsia ni dah lama aku pendam dan sekarang aku baru nak beritahu kau"
"Oh okok. Kau dekat mana? Aku datang sekarang"
"Tak perlu kot. Biar aku je yang jumpa kau, kau dekat mana?"
",Dekat tempat biasa kita lepak"
"Ok tunggu aku. Jangan kemana eh"©teacadburry 2018
YOU ARE READING
NEXT [C.SEUNG CHEOL]
Fanfiction▪최승철 ▪박민희 ▪전 원우 ▪김민규 RELEASED 21 MAC 2018 " Kau yakin dengan keputusan kau? Kalau kau tak suka dia kau jangan lah ada apa-apa hubungan dengan dia" "Kalau aku tolak benda ni, benda bodoh ni akan hancurkan masa depan aku" ❇❇❇❇ "Kita berjumpa lag...