CHAPTER 4

31 3 0
                                    

Seungcheol menapak masuk rumahnya setelah seharian dia berada di sekolah. Kepalanya asyik mencari jalan untuk mengenakan perempuan itu setelah seharian dia dibuli oleh Minhee. Lecak yang sengaja dilanggari Seungcheol dulu kini digantikan dengan milo ais yang tertumpah pada baju sekolahnya. Ya yang itu pertama, kedua pula semasa pembelajaran sebelum pulang Minhee sengaja meletakkan sebuah jam loceng di dalam beg sekolahnya. Apabila tepat jam 2petang, jam loceng itu berbunyi hingga cikgu yang mengajar di dalam kelas itu meminta Seungcheol untuk berdiri di luar kelas sambil mengangkat tangan.
Hidupnya kini benar-benar malang di sebuah kampung usang ini.
Telefonnya berdering, nama Seungkwan tertera di permukaan telefonnya. Panggilan itu segera diangkat. "Ha kenapa?"
"Kau ni duduk kampung pun tak sedar dari lagi. Salam kau mana? " usik Seungkwan.
"Lantaklah. Weih bila nak datang sini jemput aku?"
"Aku call kau ni bukannya nak tanya khabar kau dekat sana. Aku nak cakap yang JiHyun dah ada dekat sini"
"Ahh mwoya" omel Seungcheol dengan nada menyampah.
"Kalau nak bertunang tu janganlah cepat sangat Seungcheol. We still teenager, dude. Do not waste your time dengan perkahwinan bodoh ni. Ingat kau tu budak bandar yang nak berfoya macam aku" hasut Seungkwan. Masih diluar talian, Seungcheol mendiamkan diri dan berfikir sejenak. "Bukan tu masalah aku sekarang"
"Habis tu?"
"Minhee, Park Minhee"

---

"Minhee tu, tak boleh ke tolong eomma dia kat dapur. Kan manis kalau lelaki macam kita ni tengok perempuan tolong eomma dia. Ni tak, asyik nak kerja ja" omel Mingyu disebuah pembelajaran berkumpulan hari ini. Ya bermulalah pakcik bawang ini sekalian, mujur Minhee tiada pada hari itu kalau tidak habis bawang di kantin sekolah itu disumbatkan ke dalam mulut mereka.
"Kau cakaplah baik-baik dengan perempuan idaman kau tu, kaukan suka dia" Mingyu terdiam. Malas mahu berfikir panjang dan meneruskan kerja berkumpulan petang itu.
Memang sudah lama Mingyu memendam perasaannya terhadap Minhee, biarlah hubungan mereka hanya sebagai kawan setakat ini takut jika mereka dalam hubungan nanti hubungan mereka tidak seerat seperti rakan seperti ini.
Itu pun sudah memadai bagi kedua-dua lelaki itu.
Kedua-dua lelaki?

---

"Esok kamu dah boleh mula bekerja" berkali-kali Minhee membongkokkan tubuhnya dihadapan figura lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum dan menyentuh bahu gadis itu yang tidak menghentikan bongkokkan itu. Gadis itu bersyukur memandangkan kedai makan itu adalah tempat yang paling dia harapkan.
"Terima kasih Encik Dukyeom"
".. Tak boleh ke kalau saya mula harini?"

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now