CHAPTER 9

29 3 0
                                    

"Aku suka Wonwoo! Dah lama aku suka dia. Gyu!!"

Setitik demi setitik air mata kejantanan Mingyu jatuh jua akhirnya setelah habisnya pertemuan antara gadis itu beberapa minit yang lalu. Hancur dan retak hatinya apabila gadis itu mengungkapkan bahawa dia mencintai rakannya sendiri. Untungnya Wonwoo, dia dicintai oleh gadis yang dia suka.

"Oh ya? Dia dah tahu belum yang kau suka dia?" Soal Mingyu dengan suara yang mendatar. Dia tidak mahu melalui riak wajah lelaki itu menunjukkan dia amat terluka dengan apa yang dikatakan perempuan itu. Minhee sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala, Mingyu turut tersenyum kelat apabila dia melihat senyuman kegembiraan yang ada pada Minhee. "Jadi, lepas ni kau nak buat apa? Pergilah luahkan dekat dia. Tak baik pendam lama-lama perasaan kau tu nanti Wonwoo kena rembat dengan perempuan lain. Baru kau tahu rasa sakit tu macam mana" ujar Mingyu mentafsirkan apa yang dia rasa sekarang. Mujur gadis itu langsung tidak memahami apa yang dia sampaikan.
"Aku bukan tak nak bagitahu cuma.."
"Kau takut kena reject? Takdelah, aku kenal Wonwoo tu macam mana. Btw, aku balik dululah sebab aku dah lama dekat sini" Mingyu mengukir senyuman kelat lalu memegang kedua-dua bahu gadis itu. Lelaki itu mendekatkan dirinya dan memeluk tubuh gadis itu buat kali pertamanya. Rasa degupan jantung lelaki itu dapat dirasai oleh Minhee.
"Jantung kau.." sejurus itu Mingyu melepaskan pelukan itu dan beredar dari situ meninggalkan gadis itu keseorangan di pondok.
"Jantung kau degup kencang"

Tuk! Tuk! Puan Kim dalang disebalik ketukan pintu bilik anak bujangnya itu. Mingyu yang melayani perasaannya cepat-cepat menyembunyikan wajahnya dan diseka air mata itu dari dilihat ibunya. "Wonwoo datang tu. Dia tunggu dekat luar".
" Eomma suruhlah dia masuk. Mingyu penat nak keluar" Puan Kim memandang pelik anaknya yang kini bersuara serak. Tidak lama kemudian Puan Kim keluar dari bilik anak bujangnya dan memanggil si Wonwoo untuk masuk ke dalam rumah itu.
"Mingyu?" panggil Wonwoo sambil menolak bahu lebar lelaki itu untuk memandangnya. Wonwoo menangkap keliling mata lelaki itu dibasahi dengan air masin. "Kau menangis? Apasal ni, babe? Please cerita dekat aku?" Mingyu menggelengkan kepala.
"Ceritalah dekat aku, kenapa? Apa masalah kau? Sebab Minhee ke ?" Mingyu mengangguk sejurus itu Wonwoo menghela keluhan beratnya.
"Dia buat apa dekat kau?"
"Dia confess dekat aku yang dia minat seorang jahanam ni" riak wajah Wonwoo berubah. Nampaknya kini lelaki itu juga sudah tidak mempunyai peluang untuk menjadikan gadis itu miliknya
"Lelaki tu siapa"
"Dia tak bagitahu aku siapa. Yang dia kata, dia dah lama sukakan orang tu" bohong Mingyu dari Wonwoo mengetahui siapa yang dicintai Minhee.

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now