"Kawan?" Seungcheol mengangguk laju dengan penuh yakin. Ini semuanya kerana simpati, jikalau bukan kerana kecederaan yang menimpa gadis itu memang tidaklah lelaki itu ingin menjalinkan hubungan walaupun sebagai kawan. Seungcheol hanya ingin menebus kesalahannya bukan benar-benar ingin berhubungan dengan gadis itu.
"Ya kawan. Kau tahu tak apa tu kawan?"
"Aku ingatkan budak bandar macam kau tak tahu 'kawan' tu apa. Hayelah.. Dengan TERPAKSA aku sudi jadi kawan kau"
"Baguslah. Aku cuma sementara ja dekat kampung kotor ni. Lepas tu aku boleh keluar dari kampung ni dan tinggalkan semua yang berkaitan dengan tempat ni" bisik Seungcheol pada dirinya. Bibirnya mengukir senyuman sinis dan menundukkan kepalanya.
Tidak lama kemudian, Wonwoo yang masing berpakaian sekolah menghadirkan diri dihadapan rumah gadis itu. Bertujuan mahu menghantar gadis itu ke hospital untuk memeriksa keadaan lengan kanan gadis itu. Mata Wonwoo dan Seungcheol bertatapan antara satu sama laim sementara Wonwoo masih berjalan dan berdiri di sebelah Minhee.
"Kenapa dia dekat sini? Dia nak buat apa pulak kat kau?" soal Wonwoo ingin mengambil tahu sambil memandang wajah Seungcheol.
"Ahh tu, dia minta maaf pasal ni" jawab gadis itu sambil menunjukkan tangan yang dibaluti simen itu kepadanya maka bertambahlah rasa bersalah Seungcheol terhadap gadis itu.
"Ha tunggu apa lagi? Cepatlah bersiap nak check tangan kau tu" omel Wonwoo.
"Aku ikut" ujar Seungcheol menyampuk dalam perbualan mereka setelah lama mereka mendiamkan diri. Mata dua figura yang berada dianjung rumah itu memandang Seungcheol dengan terpinga-pinga.
"Pelik ke aku ikut? Err, nak celebrate sekali perjalinan sahabat antara aku dengan Minhee" Wonwoo tersenyum kelat lalu memandang anak mata Minhee yang sedang memandang lelaki itu juga.
"Err tak. Aku terpaksa terima ja. Dia tu yang mengada-ngada nak kawan dengan aku" Minhee pun berlalu pergi meninggalkan dua orang lelaki di luar rumah itu untuk bersiap-siap. Seungcheol hanya bersabar dan menerima semuanya dengan I K H L A S.©teacadburry
YOU ARE READING
NEXT [C.SEUNG CHEOL]
Fanfiction▪최승철 ▪박민희 ▪전 원우 ▪김민규 RELEASED 21 MAC 2018 " Kau yakin dengan keputusan kau? Kalau kau tak suka dia kau jangan lah ada apa-apa hubungan dengan dia" "Kalau aku tolak benda ni, benda bodoh ni akan hancurkan masa depan aku" ❇❇❇❇ "Kita berjumpa lag...