Semenjak kejadian hari itu, Minhee tidak lagi hadir ke sekolah kerana insiden yang berlaku beberapa hari yang lalu. Kerana bantuan dari Tuan Jeon, Minhee dibawa ke hospital untuk disimen kerana pujukan dari Wonwoo mahupun Mingyu. Maka terpaksalah Minhee menerimanya dengan ikhlas walaupun secara paksa.
Seungcheol amat menyesali apa yang dia lakukan pada gadis itu tempoh hari bersama Seungkwan. Sebaik sahaja dia masuk ke kelas, matanya akan melihat kedudukan Minhee yang berharap gadis itu akan hadir untuk meminta maaf dengannya.
Masih sama, gadis itu masih tidak hadir walaupun sudah genap seminggu. Yang hadir hanyalah, Mingyu dan Wonwoo. Rakan baik kepada gadis menjengkelkan itu.
Beberapa minit kemudian, seorang pelajar kampung yang diam dan nerd pada pandangan Seungcheol menarik perhatiannya. Seungcheol tahu, lelaki nerd itu saingannya di dalam tingkatan ini jadi tidak salahkan jika mahu berkenalan dengan lelaki nerd seperti dia?
Seungcheol bangkit dari kedudukannya dan mendekati lelaki itu, "Hai Joshua" lelaki itu terpinga-pinga menundukkan kepalanya sedikit. "Saya rasa awak dah tahu nama saya, bukan?" Joshua masih mengangguk. "Saya nak minta tolong awak boleh?" Joshua memandang anak mata Seungcheol. Sebuah senyuman terukir pada kedua-dua figura itu tanda hubungan itu mulai bermula.Langkah kedua-dua figura itu berjalan menuju ke satu jalan dengan penuh rekah. Jalan tar yang sudah berlubang apatah lagi jalan tar yang sudah diwarnai dengan tanah merah membuatkan Seungcheol berjalan dengan penuh berhati-hati demi mengelakkan kasutnya yang putih itu akan kotor. Tanpa disedari lelaki kaya itu, Joshua menanggalkan cermin mata dan tersenyum sinis melihat gelagat lelaki disebelahnya. "Kenapa? Awak janganlah hairan sangat dengan keadaan dekat sini. Percaya cakap saya, lambat laun awak akan terbiasa dengan semua ini" Seungcheol memandang wajah Joshua tanpa cermin mata di wajahnya. Hatinya terdetik bahawa, kacak juga mamat ini tanpa cermin mata tapi sayangnya dia nerd." Awak tak faham, Joshua.."
"Saya pernah jadi macam awak, Cheol. Kita bagaikan rusa masuk kampung" Lelaki itu menggelengkan kepala sambil mengukir senyuman kelat. Sementara tangannya diselukkan ke dalam poket seluarnya.
Tidak lama kemudian, langkah Joshua berhenti di separuh jalan. Lelaki nerd itu mengukir senyuman dan menghadap Seungcheol dengan penuh segak dihadapan lelaki itu.
"Dah sampai ke?"
"Itulah rumah Minhee. Kalau tak jumpa jalan balik, awak boleh call saya" Seungcheol mengangguk faham lalu meninggalkan lelaki itu bersendirian disitu.
Setelah kelibat Joshua telah hilang dari radar penglihatan mata Seungcheol, lelaki itu menghembuskan keluhan beratnya apabila matanya menatap rumah gadis itu. Seorang wanita separuh abad keluar dari rumah itu sambil mengesat peluh pada dahinya. Seungcheol sekadar melihat gelagat wanita itu dan pada waktu itu juga wanita itu terlihat seorang pelajar sekolah sedang mengerling kearahnya.
"Kamu kawan Minhee ya? Tak pernah nampak pun sebelum ni?" soal Puan Park. Seungcheol sekadar tersenyum sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Hendak mengaku kawan tapi bukan kawan tapi gadis itu juga rakan sekelasnya. Apakah rakan sekelas itu juga digelar rakan?
"Ye ahjumaa. Saya kawan baru dia sebab saya baru ja pindah dekat rumah tepi jalan tu" Puan Park berfikir sejenak.
"Rumah besar tu ke? Lahh, ha amaghilah masuk. Maaflah rumah tak berapa nak cantik macam rumah kamu tu"
"Eh takpe, ahjuma. Asalkan rumah"
".. Tu Minhee tengah tengok tv dekat depan tu. Pergilah masuk berbual dengan dia"
"Ahh nn..nae" tidak lama seketika, Puan Park pun keluar dari rumah itu untuk memperolehi rezeki pada tengahari ini. Tertangguh kerjanya tadi kerana menjaga si Minhee yang terlalu banyak ragam seperti budak kecil.
Sekali lagi Seungcheol menghela nafas lalu memanggil nama Minhee dari luar. "Hish, nak tengok tv pun tak senang!" dengan bingkasnya gadis itu bangkit dengan malas dan menuju kearah empunya suara. Matanya tertumpu kearah Seungcheol yang sedang berdiri kekok dihadapan rumahnya. "Kau lagi?" sempat gadis itu menjeling. "Kau nak apa?" ujar gadis itu menyambung ayatnya dengan suara yang mendatar.
"Aku datang sini.."
Gadis itu masih menunggu jawaban Seungcheol.
"Aku datang sini.."
Masih lagi menunggu." hish lambat betul. Cakap jelah kau datang sini nak minta maaf dengan aku" mata Seungcheol membulat. Mata mereka bertatapan buat kali ketiganya dihadapan rumah usang itu. Seungcheol memilih untuk mendiamkan diri dan memandang tanah yang dipijaknya.
"Kaukan dalang semua ni, Choi Seungcheol? Kau hasut budak kecil yang tak de kena mengena dengan kita untuk cederakan aku dan kau pun rasuah budak ni,kan?"
"Tak..bukan.. Aku bukan nak cederakan kau" gadis itu melemparkan jelingan tajam. Tangan kanannya disimen ditunjukkan pada Seungcheol.
"Ini apa, Cheol? Dah terbukti kau memang nak cederakan aku. Lepas ni kau nak buat apa pula? Nak buang aku dari sekolah tu? Yahhh, silakan"
"Aku datang sini nak minta maaf dengan kau. Bukan nak cari gaduh dengan kau. Aku minta maaf sekali lagi"
"Aku malas nak cari gaduh dengan budak bandar yang tak matang macam kau" seloroh Minhee. Seungcheol terpaksa menahan sabar akan kritikan yang dilemparkan padanya. Seungcheol mengambil keputusan..
"Hmm aku.. Minta maaf"
"Kita kawan?" tangan Seungcheol dihulurkan hanya tinggal tangan gadis itu untuk membalas huluran lelaki itu©teacadburry 2018
YOU ARE READING
NEXT [C.SEUNG CHEOL]
Fanfiction▪최승철 ▪박민희 ▪전 원우 ▪김민규 RELEASED 21 MAC 2018 " Kau yakin dengan keputusan kau? Kalau kau tak suka dia kau jangan lah ada apa-apa hubungan dengan dia" "Kalau aku tolak benda ni, benda bodoh ni akan hancurkan masa depan aku" ❇❇❇❇ "Kita berjumpa lag...