CHAPTER 10

26 2 0
                                    

Beberapa hari kemudian, Seungcheol yang kepenatan balik dari sekolah terus melemparkan tubuhnya diatas katil miliknya. Ya, teramat penat menggunakan otaknya untuk memikirkan jalan penyelesaian soalan matematik yang dijalankan oleh guru matapelajaran bagi subjek itu. Mujur ada Joshua yang mampu menolong dirinya untuk menyelesaikan soalan demi soalan itu.
Hampir sahaja kelopak matanya hendak tertutup, ibunya yang berpakaian kemas pada haritu merempuh masuk bilik anak bujangnya hinggakan Seungcheol duduk di pinggir katil.
"Eo eomma. Wae geurae?" soal Seungcheol sambil tangannya memeriksa samada tahi mata terselit diantara biji matanya itu.
"Kamu boleh tak mandi kemudian turun bawah makan sama-sama dengan kami?"
"Kami? Waa, siapa pula tetamu kali ni?" perli anak lelaki Puan Choi kerana tempoh hari sepupu belah bapanya menjadi tetamu di rumah ini dan menginap untuk hari yang lama hinggakan Seungcheol terpaksa menumpang dirumah Joshua hingga tetamu itu pulang ke tempat asalnya.
"Tetamu ni penting sangat, Cheol. Harap kamu tak tidur di rumah kawan kamu lepas ni"
"Tengoklah macam mana. Eomma keluarlah, Cheol nak mandi" Lelaki itu bangkit dan menggapai tuala yang tersidai di luar rumah, pada waktu itu juga dia terlihat Minhee sedang berjalan bertiga bersama Wonwoo dan Mingyu. Minhee terlihat Seungcheol berada di tingkat atas dan dilambai kearahnya tanpa segan hinggakan tatapan para lelaki itu beralih memandang Seungcheol. Lelaki itu segera masuk semula ke dalam rumah lalu mengatur langkah memasuki bilik air.
Tidak lama kemudian, setelah Seungcheol lengkap berpakaian kakinya mengatur langkah menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. Gelak tawa antara dua keluarga itu membuatkan Seungcheol ingin lari disitu. Namun apakan daya, Tuan Choi sudah menyeru namanya untuk menyertai mereka.
Keluarga siapa disitu? Ya semestinya keluarga Jihyun. Keluarga yang akan bakal berbesan dalam tempoh yang terdekat. Sepanjang perbualan itu Seungcheol amat yakini dari awal yang keluarga itu akan menginap disini untuk beberapa hari untuk membincangkan tentang majlis pertunangan mereka nanti.
"Jadi Seungcheol bolehlah bawa Jihyun jalan-jalan dekat sini. Bolehkan, Cheol?" lelaki itu sekadar tersenyum dan menjamah makanannya dari tadi. Malas mahu bersuara jikalau tidak ada sahaja janji yang perlu dibuatnya. Sudahlah dipaksa bertunang dengan orang yang bukan minatnya apatah lagi perempuan itu akan menjadi..
Arghh! Abaikan sahajalah! Jika diteruskan hanya mengundang sakit dihatinya sahaja.
Pada malam itu, Seungcheol mengambil keputusan untuk duduk di pondok hadapan rumah untuk mengulangkaji disitu. Bukan apa, hanya disitu sahajalah tempat yang senyap melainkan didalam rumahnya kini seperti di sebuah pasar malam yang tidak henti bisingnya.
"Ingat rumah aku ni hotel ke nak check in check out tu semua? Hish macam takde rumah ja" getus Seungcheol seorang diri sambil menaip sesuatu di komputer ribanya.
Pada waktu itu pula Puan Choi keluar rumah sambil bawa secawan hot chocolate buat dirinya yang sedang belajar di luar rumah. Seungcheol mengukir senyuman apabila lelaki itu perasan kehadiran ibunya sedang mendekati.
"Nah, belajar-belajar juga. Jangan lupa kesihatan kamu tu penting" hot chocolate itu bertukar tangan lalu kerja sekolahnya disambung semula. Puan Choi melabuhkan punggung disebelah anaknya dan memerhatikan tingkah anak bujangnya tekun belajar.
"Eomma" Seungcheol memberhentikan taipan di komputer ribanya.
"Seungcheol tak suka Jihyun" Puan Choi melepaskan keluhan berat dan memandang wajah anaknya. "Jadi kamu nak eomma batalkan majlis pertunangan kamu? Benda tu tak akan terjadi Seungcheol"
"Eomma jebal"
"Ini keputusan kami, Cheol. Ikut sahajalah, mana kami nak letak muka kami nanti?"
Seungcheol mati kata waktu itu. Rasa berdosa kerana membantah kata ibunya tadi

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now