CHAPTER 2

37 4 0
                                    

TING !
Pintu cafe itu dibuka dengan tolakan dari luar. Sudah berkali-kali dia mencari cafe yang selesa buat dirinya. Perut yang sudah lama tidak dijamah apa-apa menjadikan makanan di cafe ini menjadi harapampn terakhirnya hingga dia mengikuti ayahnya berpindah ke tempat lain yang lebih elok berbanding kampung ini.
Mata Mingyu menangkap sebujur manusia yang baru tiba di cafe itu, kerana dirinya yang sibuk dia terpaksa menyuruh Minhee mengambil pesanan dari pelanggan itu. "Weih tolonglah, kerja aku banyak ni! Tu customernya"
"Eurhh yelah²" Minhee terus menggapai sebuah buku menu untuk diberikan pada Seungcheol yang baru tiba tadi dengan penuh lelah setelah sekian lama dia membasuh pinggan mangkuk di cafe itu. Ini semuanya terpaksa, asalkan dibayar gaji.
Kerana Seungcheol yang enak melayani gajet dibawah meja, dia tidak perasan buku menu yang dibawa gadis itu adalah gadis yang terkena lecak pagi tadi.
"Encik menu?" Seungcheol mengangkat wajahnya. Mata mereka bertatapan dan membuatkan mereka menjeling antara satu sama lain. Gadis itu menyilangkan tangannya dengan perasaan menyampah.
"Kecil je kan dunia ni"
"Haye. Aku harap Tuhan besarkan dunia ni dan kau boleh pergi ke cafe lain, eo?"
Lelaki itu tergelak.
"Kau halau aku?"
"Baguslah kalau kau faham"
Tangan lelaki melambai-lambai memanggil penjaga kaunter itu. Lantas orang menjaga kaunter itu berpusu-pusu mendekati Seungcheol dan Minhee.
"Ini pekerja awak ke? Cik.." sempat Seungcheol membaca nametag di yang dipinkan di dadanya orang baru tiba di mejanya.
"Cik Bella? "
"Ya dia pekerja sini. Ada masalah ke tuan?" lelaki itu menggelengkan kepala dan tertawa sinis.
"Saya tak nak ada pekerja macam ni dekat sini. Tolong pecat dia sebelum saya report dekat empunya cafe ni" Minhee ternganga mendengar luahan lelaki itu tadi. Tangannya menhentak meja lelaki itu hingga membuatkan Cik Bella terhinjutkan bahunya.
"Kau siapa nak pecat aku, huh?! Boleh tak kau jangan nak masuk campur hidup aku?! Apa yang tak puas hati sangat kau dekat aku ni?! " ujar Minhee dengan nada yang tinggi. Sementara itu Seungcheol bangun dan berdiri berhadapan dengan gadis itu.
"Kau tak tahu siapa aku? Dasar kampung. Kalau kau nak tahu aku anak empunya cafe ni. Nak kenal lagi, nama aku Seungcheol. Aku dah bagitahu kau kan pagi tadi? "
"Bodoh punya jantan! " sejurus dengan itu, Minhee meninggalkan tempat itu dan menuju ke dapur. Apron yang disangkutkan pada tengkuknya di buka kasar dan diletakkan di meja dapur itu. Gelagat Minhee itu membuatkan Mingyu yang sedang berbual dengan Joshua menarik perhatiannya. Cepat-cepat Mingyu mengejar kelibat Minhee sebelum dia masuk ke dalam bilik persalinan wanita.
"Weih kenapa dengan kau?"
"Jangan cakap dengan aku, Gyu. Aku takde mood" Mingyu melepaskan Minhee mengatur langkah memasuki bilik persalinan itu. Perlakuan Minhee membuatkan Mingyu tertanya hinggakan cafe itu tutup awal pada hari itu.

---

"Awal kamu balik?" ujar Puan Park apabila ternampak kelibat anak perempuannya memasuki rumah usang itu. Minhee menoleh memandang wajah ibunya dan pada waktu itu pula Puan Park mendekati anak perempuannya. "Ya Tuhan! Kenapa dengan baju kamu ni! Makan tak baca doa ke, Minhee?!" gadis itu melemparkan pandangan kearah lain.
"Harini hari yang malang buat Minhee"
"Kamu buat masalah lagi ke, Minhee?" gadis itu pantas menggelengkan kepala. Mahu sahaja dia bercerita pada ibunya bahawa dia baru sahaja di pecat. Cafe yang menjadi tempat dia memperolehi rezeki untuk menolong ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah. Dia tidak mahu ibunya mengetahui bahawa anak gadisnya kini senyap-senyap bekerja tanpa pengetahuan ibunya apatah lagi bekerja di luar pembelajaran.
"Takde papelah eomma. Minhee masuk bilik kejap" perempuan separuh abad itu mengangguk kepala dan memerhatikan anaknya memasuki bilik.
"Oh ya. Eomma tanya kenapa kamu balik awal harini?!"

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now