CHAPTER 14

33 1 0
                                    

"Wonwoo dan Mingyu suka kau dan kau suka Wonwoo dan aku yang juga dah nak terminat nak dekati kau" hujahan Seungcheol pada petang tadi membuatkan kepalanya terngiang-ngiang meneringatkan kata-kata lelaki itu. Dukyeom yang sedang berdiri di tempat penjagaan kaunter itu memerhatikan gadis itu yang sedang termenung berseorangan. Tanpa tidak tersengaja lelaki itu tersenyum lalu mendekati gadis itu.
"Hey! Termenung jauh nampak" tegur Dukyeom lalu lelaki itu berdiri di sebelah gadis itu.  Cap hitamnya dibetulkan sebelum memandang majikannya agar penampilannya sentiasa terjaga. "Ingat teman lelaki? " Minhee hampir tergelak dan bertatapan mata dengan majikannya. "Eh takdelah sunbae. Siapa sajalah nak dengan saya"
"Mana tahuㅡ"
"... Awak ni masih pelajar sekolah ye? " Minhee terdiam dan mengangguk perlahan. "Sunbae perhatikan saya? " Dukyeom tersenyum dan mengangguk perlahan hingga tawa antara dua figura itu pecah membisingi meja bulat itu.

"Bye sunbae! Terima kasih sebab hantar saya" ujar gadis itu sambil melambai-lambaikan tangannya kearah empunya kereta itu dengan girang setelah penat seharian gadis itubekerja di cafe itu. Perlakuan dua figura itu tadi membuatkan Puan Park dan Seungcheol sibuk mencuri pandang anak perempuannya. Setelah kereta itu berlalu pergi barulah Minhee kembali memasuki rumahnya namun pergerakannya ditahanhi hingga membuatkan Seungcheol tertawa jahat dibelakang Puan Park. "Siapa tadi tu? Namchin?ㅡ" Minhee melepaskan keluhan beratnya dan membuka cap hitam miliknya.
"Bukanlah dia cuma majㅡ" kata-kata gadis itu terberhenti di separa jalan dan mengalihkan pandangannya memandang tempat lain. "Ahhㅡ tuㅡ Anak majikan yang Minhee pernah cerita dekat eomma dulu" wanita separuh abad itu memandang langit dan cuba mengimbas balik jika anak perempuannya itu pernah berkata tentang hal itu atau tidak.
"Yang mana ya? Eomma tak ingat lah"
"Hahaha yaa eomma. Eomma dah tualah mana nak ingat semua tu" gadis itu tertawa dan mengenyitkan mata pada ibunya lalu masuk ke dalam rumah untuk berehat.
Wanita separuh abad itu diam tidak terkata apabila anak gadisnya mengungkapkan bahawa dirinya tua. Matanya tertancap pada anak muda yang sedang menyapu daun kering dihalaman rumahnya untuk memastikan bahawa wanita itu masih kekal awet muda.
"Seungcheol yaa! "Lelaki muda itu menoleh dan menatap wanita itu.
"Ahjumm nak tanya ni, ahjumma dah tua ke? "Seungcheol tergelak sinis disitu.
"Anijwo. Ahjumma masih muda kalau nak dibandingkan Minheeㅡ"ungkapan Seungcheol itu tadi membuatkan Puan Park tersenyum hingga ke pangkal telinga namunㅡ
"Yaa Choi Seungcheol! Siap kau esok eh! Aku biarkan kau pergi ke sekolah dengan anjing Uncle Hong ikut ke sekolah! Baru padan muka kau! "
"Mianhae halmeoni!ㅡ"

Pada malam dingin itu, Minhee memilih untuk duduk anjung luar rumahnya daripada duduk di dalam. Kakinya dijalurkan dan digoyangkan sedikit untuk mengurangkan lenguh yang menjadi langkah kemana sahaja dia pergi. Tidak lama kemudian, Seungcheol datang bersama dua cawan air panas dan dihulurkan pada gadis itu lalu cawan tersebut bertukar tangan.
"Ahhㅡ baiknya kau malam ni" punggung lelaki itu diletakkan disebelah gadis itu.
"Baik pun salah? Penat jadi jahat untuk orang yang tak berguna macam kau" gumam lelaki itu lalu mencuit hidung gadis sebayanya. Tingkah lelaki itu membuatkan Minhee terkejut apa yang berlaku sebentar tadi.
"Eom..ma dah tidur? " Seungcheol mengangguk tanpa memandang wajah gadis itu yang sedang memandangnya. "Aku nak tanya kau sesuatuㅡ"
"Apa dia?ㅡ"
"Kau tak ada kawan perempuan? " gadis itu menunduk dan tersenyum disebalik rambutnya yang menutupi sisi wajahnya. Hal itu membuatkan Seungcheol tercari-cari riak wajah gadis itu.
"Adaㅡ Tapi dulu"
"Sekarang?ㅡ" Minhee mengangkat wajahnya semula dan memandang untuk bertatapan dengan lelaki disebelahnya. Gadis itu sekadar menggelengkan kepala sambil bibirnya mengukir senyuman yang tak pernah lelaki itu lihat sebelum ini.
"Sekarangㅡ aku cuma ada Wonwoo dan Mingyu termasukㅡkau tapi itupun hubungan aku dengan Mingyu sekarang macam apa semenjak dia luahkan perasaan dia dekat aku" gadis itu menjungkitkan bahunya.
"ㅡdan pada masa yang sama aku suka Wonwoo, anak Uncle Jeon" sambung gadis itu lagi.
"Ahhㅡ aku ramai pesaing rupanya" gumam lelaki itu sambil tergelak sinis.
"Janganlah main-main, Cheolㅡ"

teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now