CHAPTER 11

26 2 0
                                    

"Seungcheol? Eh buat apa kau dekat sini? Masuklah, tengah hujan dekat luar tu" ujar Minhee apabila namanya asyik di panggil dari luar. Habis pakaian Seungcheol sudah lencun basah kerana dimandikan oleh air hujan sendiri. Minhee yang menjemput masuk lelaki itu segera mengambil tuala kemudian dipakaikan di badan belakang Seungcheol dengan tertanya-tanya.
"Kalau nak jumpa aku pun, jumpalah esok dekat sekolah. Sampai hujan pun kau sanggup redah ni, kenapa Cheol?" kasihan gadis itu melihat Seungcheol sedang menggigil kesejukan, tangan lelaki itu digapai lalu dihembuskan nafas kearah tangan lelaki itu untuk memberi kehangatan pada figura itu. Kelakuan Minhee itu membuatkan Seungcheol terdiam malah serta merta kegigilan itu tadi hilang.
"Kau mandilah dulu. Bersihkan diri, aku sediakan baju kau. Nanti bajunya aku letakkan dekat mesin basuh tu"
Setelah hampir selesai, Seungcheol keluar dari bilik air itu dengan pakaian milik mendiang ayahnya. Minhee sedikit terkilan apabila ternampak bayangan appanya sewaktu Seungcheol menyarungkan pakaian itu pada tubuhnya. "Aku rindu appa aku" Minhee hampir menjatuhkan air mata dalam gelakan itu. Jujur, kini gadis itu amat merindui appanya dan ingin memeluknya sekarang.
"Jadia, appa kau mana?" Minhee pantas menggelengkan kepala. "Dia dah pergi jauh. Jauh sangat" Seungcheol menundukkan kepalanya dan mengangguk faham apa yang disampaikan gadis itu
"Oklah abaikan. Kenapa kau datang sini? Malam pula tu?"
"Aku.. Lari.. Rumah"
"Ahh mwoya.."
Gadis itu melepaskan keluhan beratnya. Entah mahu apa yang mahu dia gambarkan tentang Seungcheol bahawa bangangnya lelaki ini pada ketika ini. Telapak tangan kanan Minhee ditepuk pada dahinya lalu memandang wajah lelaki itu. "Kau tahu tak salah kau ni besar? Kalau parents kau datang sini tuduh aku dengan eomma aku culik kau macam mana?"
"Aku tak ke sekolah buat masa ni"
"Huh"
"Boleh tak aku tumpang rumah kau sampai exam besar habis?"
"Lama sangat tu. Nanti aku bincang dengan eomma aku. Kau sure dengan keputusan kau?" Seungcheol pantas mengangguk dengan yakin. Hanya gadis ini sahaja harapan dia untuk dia menginap di rumah ini walaupun betapa usangnya rumah ini berbanding rumah Joshua.
Tidak lama mereka berbual, Puan Park yang baru tiba di rumahnya pada malam itu terkejut dengan kehadiran Seungcheol yang memakai pakaian suaminya. "Oh kamu, ingatkan suami pakcik hidup balik" tawa dua figura tersembur lalu memandang antara satu sama lain.
Selepas itu, Seungcheol yang duduk bersebelahan dengan gadis itu sibuk menyiku siku Minhee. "Eomma, boleh tak Seungcheol tinggal sini untuk 2-3 bulan?" soal gadis itu dengan serba salah. Puan Park sekadar menganggukkan kepalanya dan tersenyum.
"Boleh, tinggallah sini seberapa lama yang kamu nak, Seungcheol. Jadi ibu bapa kamu tahu tak yang kamu nak tidur sini?" Seungcheol sekadar menggelengkan kepala dengan mulutnya dimuncungkan. "Sas..saya .... "
"Eomma! Minhee rasa budak ni ngantuk. Boleh tak Minhee tidur dulu? Lagipun Minhee pun dah ngantuk ni. Kan dah malam, kan Cheol?" ujar Mingyu sambil menyiku semula tangan lelaki itu sambil keningnya dijungkitkan.
"Err ha ye.." sambung Seungcheol dengan gagap.

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now