CHAPTER 12

31 2 0
                                    

Pada pagi itu, Minhee didekati oleh wakil kelas itu sambil memegang kertas kehadiran sebelum dihantarke pejabat sekolah itu dengan bersahaja.
"Weih Minhee, kau tanya Seunngcheol asal dia tak datang? Ingat sekolah ni sekolah atok dia ke nak cuti-cuti ni bagai" gadis itu memandang tajam wajah ketua kelas itu dan berdiri berhadapan dengannya. "Kenapa pula aku? Suruhlah Joshua yang cakap. Diorangkan bestfriend foreverㅡ"
Kertas kehadiran itu diturunkan dan merapatkan wajahnya dengan gadis itu.
"Ingat aku tak tahu ke dia tinggal dekat rumah kau? " ujar wakil kelas itu yang bernametagkan "구준희". Mujur suara itu perlahan agar perbualan mereka tidak didengari Wonwoo dan Mingyu yang sedang duduk di meja belajarnya.
"Ahhㅡsayangnya dakwat pen aku dah nak habisㅡ"
Junhoe segera berlalu pergi membiarkan Minhee yang diam membisu ditempatnya.
Setelah tamat sesi persekolahan, langkahnya terus dilajukan menuju kerumahnya untuk berehat. Mujur dimana tempat kerja barunya cuti memandangkan hari ini adalah hari minggu. Jujur dihatinya mengatakan majikannya lebih baik dari sebelumnya.
Terlihat Seungcheol berada dianjung rumah yang sedang mengulangkaji menggunakan buku gadis itu, senyuman diwajah Minhee itu terukir dengan sengaja, gadis itu melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Seungcheol yang masih tekun mengulangkaji pelajaran.
"Hye Cheol! "Sapa Minhee dengan girang. Sapaan gadis itu hanya dibalas dengan pandangan mata Seungcheol yang sedang memandangnya sekilas.
"Yaa Seungcheol! Bila kau nak naik sekolah? " lelaki itu masih diam membisu, malas mahu mendengar apa-apa yang diluahkan gadis itu.
"야 승철! 말해봐!" pekikan suara gadis itu membuatkan Seungcheol memandang tajam kearahnya.
"Kau tahukan apa yang terjadi? Kau masih nak aku pergi ke sekolah? "
"Mestilah. Dah banyak pelajaran yang kau tertinggal, Cheol. Masalag keluarga kau ketepikan la dulu"
"Kau cakap senang, Minhee. Yang hadapnya aku" Seungcheol kembali melakukan pembelajarannya. "Yaa! CHOI SEUNGCHEOL! " tanpa berdolak dalih Seungcheol terus bangun dan memakai sepatunya lalu menarik tangan gadis itu mengikutinya hingga langkah mereka terberhenti disebuah rumah banglo besar dihadapannya.
"Kau tunggu ke sini dan jangan kemanaㅡ"
"Panaslah, Cheol"
"Tak payah mengada. Tunggu aku sampai aku keluar rumah niㅡ"
Tanpa salam Seungcheol melangkah masuk ke dalam kediaman itu tanpa menegur sapa kedua-dua ibu bapanya serta tetamu yang menginap di rumah besar itu. Langkahnya terus menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik peribadinya dan menghempas kuat daun pintu itu.
Puan Choi yang baru sahaja mengikuti langkah anaknya membuka daun pintu dan terlihat anak bujangnya sedang mengeluarkan beg miliknya dan diisi beberapa pakaian dan buku sekolahnya. Kelakuan Seungcheol membuatkan wanita separuh abad itu tidak keruan.
Puan Choi merentap kasar tangan anaknya yang sedang memegang beberapa buah buku dan kesemua buku itu terlepas dari tangan anak bujangnya. "Kamu nak kemana lagi, Cheol?! Nak larikan diri?!"
Seungcheol menepis kasar tangan ibunya dan memaparkan riak wajah yang tidak puas hati. "Cukuplah ma! Seungcheol tak nak buat keputusan bodoh eomma dengan appa ni!" ujar Seungcheol dengan nada yang tinggi lalu lelaki itu menjatuhkan lututnya untuk mengutip semula buku yang berteraburan di kakinya.
"Eomma akan pastikan kamu akan berhubungan dengan Jihyun nanti, Cheol! Kamu tunggu!"
"Suka hati kaulah nak buat apa! Ini hidup aku! Kau tak de hak, eomma!" Seungcheol terus meninggalkan Puan Choi yang berdiri kaku disitu. Terkejut kerana perubahan yang dilihat pada anak bujangnya sebentar tadi. Sebaik sahaja dia menuruni anak tangga matanya menangkap susuk tubuh keluarga Jihyun yang sedang berdiri malah bapanya yang sedang duduk dengan wajah yang bengis.
"Pertunangan kamu akan berlangsung minggu depan. Kalau kamu tak pulang dan bertunang dengan Jihyun, appa akan pastikan kamu akan bernikah tanpa pertunangan" lelaki tua itu berujar tanpa memandang wajah Seungcheol yang terberhenti di muka pintu itu. Sejurus itu dia terus meninggalkan rumah itu dan menarik Minhee untuk pulang kerumah.
"Seungcheol, aku dengar appa kau kata yang.."
"Kau akan tahu nanti"

©teacadburry 2018

NEXT [C.SEUNG CHEOL]Where stories live. Discover now