08

626 91 7
                                    

"Yeri suka minum susu coklat. Alah.. Ada jual dekat koperasi dekat lobi. Biasanya dia akan minum dekat kolej 3 kali. Waktu sampai kelas, waktu rehat, waktu dalam perjalanan nak balik."

++

Mark tiba di kolejnya awal pada pagi itu. Sampai sahaja di lobi bangunan kampusnya, dia terus pergi ke kedai koperasi untuk membeli sekotak susu coklat. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Yeri akan tiba pada pukul 8:30 kebiasaannya.

"Tak apa la bang, simpan je baki tu." Mark terus berlari keluar dari koperasi kampus dan menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 2 bangunan.

"Gila kau aku nak simpan baki 10 hengget ni? Woi budak!" Jerit abang koperasi memanggil Mark. Malangnya Mark sudah selamat masuk ke dalam lif.

Sampai sahaja Mark di dalam kelas, dia melepaskan nafas lega. 'Nasib baik dia tak sampai lagi.' Mark terus meletakkan kotak susu coklat tersebut di atas meja Yeri.

Tidak lama kemudian, bayangan Yeri pun memasuki kelas. Mark jadi kelam kabut. Kepalanya terus dihentak ke atas meja. Berpura-pura tidur.

Yeri memandang ke arah Mark. Dia tersenyum sendiri sambil memegang kotak susu tersebut. Yeri pun keluar sambil meminum susu coklat itu.

++

"Macam mana? Dia ambil tak susu tu? Dia minum tak? Apa reaksi dia?" Soal Haechan.

"Dia ambil. Tapi aku tak pasti sama ada dia minum ke tak. Sebab masa dia masuk kelas pagi tadi, aku pura-pura tidur. Aku takut kalau dia tau aku yang bagi. Dia keluar, aku bangun, tengok kotak susu tu dah tak ada atas meja."

"Ha baguslah kalau dia ambil. Aku harap dia minum. Aku takut kalau si Yeri tu bagi adik dia minum pulak. Budak tu bangang sikit."

"Aku tak kisahlah dia minum ke tak.. Janji dia ambil. Sekurang-kurangnya tak sia-sia duit aku pagi tadi.. Aku suruh abang koperasi tu simpan je bagi 10 ringgit aku tadi."

"Yang kau cerdik sangat tak ambil baki tu buat apa?" Haechan menepuk dahinya.

"Aku kalut nak cepat la aku suruh abang tu simpan baki."

"Lain kali simpan sikit bangang kau tu." Haechan menjentik dahi Mark.

"Aduh sakitlah!" Mark menggosok-gosok dahinya.

TBC . 🐧

stalk. mark lee.Where stories live. Discover now