01

1.4K 161 9
                                    

Yeri terjaga daripada tidur selepas alarm telefonnya berbunyi. Dia mencapai telefonnya lalu mematikan alarm. Telefon itu diletakkan kembali di sebelah bantalnya.

"Hari ini hari Sabtu. Sambung tidur sikit lagi, no problem." Kata Yeri perlahan sebelum dia kembali menarik selimut dan tidur.

Belum sempat Yeri menyambung mimpinya, telefonnya berdering tanda panggilan masuk. Yeri merengus dan mengambil semula telefon bimbitnya.

우리 엄마 ❤

accept | decline

Yeri menjawab panggilan daripada ibunya itu.

"Yeri.. Eomma tahu kamu tak bangun lagi.."

"Alah eomma ni.. Hari ini kan Sabtu. Apa salahnya.."

"Memanglah Sabtu.. Tapi kamu tu kalau sambung tidur, memang sampai petang nantilah jawabnya. Kamu jangan ingat kamu dah duduk dekat Seoul tu eomma tak tahu pergerakan kamu.."

"Err- Creepy la eomma ni. Ya ya nanti Yeri bangun. Sekejap je ni."

"Sekejap kamu tu 2-3 jam tahu?! Dah bangun."

"Hmm ha okey okey Yeri bangun. Okeylah. Yeri nak mandi ni, nanti Yeri call eomma lagi.. Bye.."

Yeri mematikan panggilan. Dia menghempaskan kepalanya di atas bantal. Malas betul dia nak bangun.

Sejak dia sambung belajar di bandar Seoul, ibunya akan membuat panggilan kepadanya setiap pagi. Semuanya bagi memastikan Yeri tidak bermalas-malasan seperti mana dia di rumahnya di Pulau Jeju.

Yeri pun bangkit daripada katilnya. Dia mengemas tempat tidur kemudian dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Sekejap lagi aku nak ajak Saeron keluarlah. Mood nak sarapan dekat luar pula.." Kata Yeri perlahan sebelum dia pergi mandi.

++

"Saeron.. Jom teman aku sarapan dekat luar nak?" Yeri mengetuk pintu bilik Saeron.

Mereka berdua berkongsi sebuah apartment bersama-sama memandangkan mereka berdua ialah kembar tidak seiras.

"Alah.. Aku nak tidurlah.." Jawab Saeron dari dalam. Malas sahaja suaranya.

"Kau ni janganlah nak buat lemak je.. Jomlah.. Aku belanja."

"Kau belanja ha beres. Sekejap aku nak mandi." Saeron membuka pintu biliknya pantas.

"Amboi kau, laju je kalau aku cakap aku yang belanja."

"Hehe.."

++

"Macam mana kau boleh bangun awal pagi tadi?" Soal Saeron kepada kembarnya itu.

"Macam kau tak tahu.."

"Eomma call kau kan? HAHAHA!" Saeron terbahak-bahak menggelakkan Yeri.

"Isk. Kenapa eomma call aku tapi tak call kau? Sadis betul hidup aku."

"Sebab kau kakak.. Kakak sepatutnya membimbing adik ke jalan yang benar, bukannya sama-sama sesat!"

"Amboi kau.. Kalau bab kenakan aku, memang juara kan!"

Yeri dan Saeron mengusik-usik sesama sendiri.

Tetapi, tanpa disedari, Yeri diperhatikan dari jauh. Lelaki itu asyik memerhati Yeri atau lebih tepat lagi, mengstalk Yeri dari jauh.

TBC . 🐧

stalk. mark lee.Where stories live. Discover now