11

681 87 29
                                    

Yeri membuka mata. Dia berada di sebuah tempat yang asing baginya. Dengan tangan diikat dan mulut ditape, Yeri terseksa.

"Sayang aku dah bangun? Hehe." Seorang lelaki berjalan ke arah Yeri. Ya. Yeri diculik.

"Sakit ea? Sekejap aku buka tape mulut tu." Dia mencabut tape pada mulut Yeri. Yeri terus meludah kepada lelaki itu.

"Taeyong! Apa yang kau nak hah?" Teriak Yeri.

"Aku nak apa? Soalan tu macam tak boleh bodoh lagi," Kata Taeyong. Dia mengelap air liur Yeri yang diludah ke pipinya tadi.

"Aku nak kau la betina!" Taeyong menampar pipi Yeri.

"Kau dah kenapa nak tampar aku ni? Kau fikir aku baby alive ke apa?"

"Baby alive? Macam babi alive ada la aku tengok kau ni."

"Bang. Ang."

"Kau cakap apa tadi?" Taeyong mengangkat tangannya untuk menampar Yeri.

Tak sempat mendarat di pipi Yeri, tangan itu ditepis oleh seseorang.

"Kau fikir kau siapa suka hati nak tampar yeochin aku hah?" Mark muncul di situ.

(Eh dramanya. Kalah drama tvtiga pukul 7.)

"Ma.. Mark?" Yeri memandang Mark dengan penuh riak terkejut. Macam mana dia boleh berada di sini?

"Kau. Jangan. Sentuh. Yeri." Mark menyepak punggung Taeyong dengan kuat sekali.

"Ni sebab kau culik dia." Mark menumbuk Taeyong.

"Ni sebab kau sakiti dia." Mark menampar Taeyong.

"Ni sebab kau buat kerja bodoh." Mark memijak kuat perut Taeyong.

"Argh! Sakitlah bodoh!" Taeyong mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

Mark membuka ikatan tali pada tangan dan kaki Yeri. Ikatan kuat pada kaki Yeri menyebabkan dia tak boleh berjalan kerana bengkak. Mark mendukung Yeri di belakang tubuhnya.

Taeyong di belakang sempat mencapai pistolnya lalu dia menembak ke arah dua orang itu.

Mark yang terdengar bunyi tembakan itu menyuruh Yeri tunduk. "Tunduk, Yeri."

Yeri pun tunduk dan peluru itu terus menembusi belakang kepala Mark.

"Mark! Kepala awak!" Yeri mula gelabah kerana darah dari kepala Mark mula mengalir. Darah tersebut terkena pada dress biru laut Yeri.

"Tak apa.. Saya hantar awak keluar dulu." Mark berkata perlahan. Dia menahan sakit. Dia berlari membawa Yeri keluar dari situ sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Di luar stor itu ada juga Haechan dan Saeron. Mark mendudukkan Yeri di atas sebuah bangku di luar stor itu. Haechan dan Saeron terkejut melihat Mark yang sudah bermandi darah itu.

"Mark," Yeri menarik tangan Mark.

"Tak apa. Saya nak selesaikan dia." Mark melepaskan pegangan Yeri itu.

Mark memegang kepalanya sambil berjalan terhuyung-hayang ke arah stor itu.

"Bbang!"

Taeyong tersenyum puas. Dia telahpun menembak dada Mark. Mark terus jatuh ke tanah. Haechan secara automatik menggunakan kemahirannya untuk merampas pistol itu.

"Woi!" Haechan berjaya merampas pistol itu. Dia terus menekan picu pistol itu menghala ke Taeyong dan menekannya.

Taeyong terkena tembakan pada perutnya. Dua das. Haechan mencampakkan pistol itu pada dahi Taeyong yang sudah terduduk di atas lantai bumi itu.

"Hyung!" Haechan berlari ke arah Mark yang sudah tidak sedarkan diri.

"MINHYUNG! BANGUN!" Jerit Yeri. Dia menangis sambil memangku kepala Mark yang sudah basah dengan cecair merah itu.

"Kau tengok apa lagi, Haechan! Call ambulans!" Marah Saeron.

"Haa.. Apa?"

"AMBULANS! KAU JANGAN BUAT LAWAK BABI KAU DEKAT SINI!" Kini Yeri pula memarahi Haechan. Itulah dia lawak tak bertempat.

"Ahh okay aku call sekarang." Haechan menekan butang 999.

"Hello ambulans. Ni ha kawan saya dah nazak. Cepat sikit. Dah tak lama dah dia ni.." Kata Haechan kepada operator 999 itu.

"LEE HAECHAN!" Teriak Yeri dan Saeron serentak.

"Okay okay. Aku gurau je tadi." Haechan menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar.

"Ambulans akan sampai dalam masa 3 minit dari sekarang. Apa kata kita buat maggi cup kejap? Aku lapar duh."

"Aduh mak kau aqua." Haechan memegang dahinya yang dibaling kasut.

Ya. Yeri yang membaling kasut itu.

TBC . 🐧

stalk. mark lee.Where stories live. Discover now