markerlee started following you .
2s"Eh, siapa dia ni?"
markerlee liked your photo .
2smarkerlee commented : "mulai hari ini, hobi saya ialah stalk ig awak. 😊"
2s"Okey ini tak kelakar. Apa benda sia main stalk stalk ni.."
Yeri pun membuka profil akaun markerlee itu.
markerlee
18 Posts | 1k Followers | 150 Following
| Follow Back |
Mark Lee (마크)
ㅡ call me mark. 🎠
"Saeron!!" Yeri menjerit memanggil Saeron.
"Ya kak.. Nak apa kau jerit-jerit nama aku yang fab ni." Saeron menjawab.
"Kepala geleng kau la fab. Ni ha.. Mark Lee? Kawan kau ke hah?" Yeri menunjukkan Instagramnya kepada Saeron.
"Kawan aku ada nama Mark. Tapi Mark Tuan la. Mark Lee ni aku tak kenal siapa. Sorry."
"Mark Tuan tu sepupu kita apa yang kau mengarut ni."
"Oh. Ye ke. HAHAHA."
"Isk kau ni. Tak guna aku tanya kau. Dah lah, pergi main jauh sana." Yeri menghalau Saeron.
"Siapa eh Mark Lee ni?
++
"Aku nak keluar ni, kau nak ikut tak?" Soal Yeri yang sedang mengikat tali kasut di hadapan pintu itu kepada Saeron.
Saeron pula sedang duduk di atas sofa sambil menonton drama. Kakinya digoyang-goyangkan. Mulutnya asyik mengunyah snek.
"Keluar pergi mana?"
"Aku ingatkan nak pergi bookstore. Aku nak tengok tengok novel dekat sana.."
"Bookstore mana?"
"Eh kau ni banyak pula tanya.. Aku nak pergi bookstore yang dekat dengan universiti kita tu la.."
"Hah? Okey okey sekejap aku nak siap. Aku nak pergi juga tengok tengok kalau ada keluar dvd drama yang best ke dekat sana. Kau tunggu sekejap tau!" Saeron terus berlari masuk ke dalam biliknya.
"Lambat aku tinggal woi!" Jerit Yeri dari luar.
"HAA JANGANLAH! TUNGGU AKU!"
~
"Aku nak pergi tengok dvd dekat sana, kau okey ke sorang sini?" Tanya Saeron.
"Macam tak biasa aku keluar sorang hiks."
"Kalau macam tu, okeylah. Nanti jangan tinggal aku tau.."
"Biasanya aku tinggal kau ke kau yang tinggal aku hah?"
"Hehe.."
Saeron pun terus berjalan ke sudut dvd. Manakala Yeri pula terus ke bahagian buku novel.
"Banyaknya new arrival.." Kata Yeri perlahan sambil meneliti novel-novel tersebut.
Tiba-tiba ada sebuah buku yang mencuri perhatian Yeri. Kulit buku yang berwarna merah jambu lembut itu dibelek. Cantik bebenor!
"Her? Wah menarik gila title buku ni."
"Ditulis oleh Jung Jaehyun? Aku tak pernah pun dengar nama author ni.. Author baru mungkin."
Yeri pun meletakkan buku itu ke dalam bakul untuk dibeli.
"Kau dah siap pilih buku?" Saeron tiba-tiba muncul di belakang Yeri.
"Dah. Kau? Dah jumpa dvd apa benda drama tu?"
"Dah!"
"Sekejap, Yeri! Aku lupa bawa beg duit.. Aku ada 1000 won je.. Boleh tak kalau-"
"Aku tau. Kau nak aku belanja kan? Ha, letak dalam bakul ni dvd kau tu dalam bakul ni."
"Hehe.. Gomawo.. Kau kakak paling terbaik yang aku pernah ada."
"Gaya kau cakap macam kau ada 10 orang kakak. Memanglah, duit aku keluar, terbaik sangatlah aku ni kan?"
~
"Aku tak tahu apa yang menarik tentang dia. Tapi kenapa aku nak stalk dia?"
"Setiap kali aku nampak dia senyum, mesti jantung aku berdebar. Walaupun senyuman dia bukan untuk aku."
TBC . 🐧
YOU ARE READING
stalk. mark lee.
Fanfiction"hobi saya ialah untuk stalk awak!" "palabana dia, stalk tu boleh jadi hobi ke syiel?" mark lee malay ff. start : february 17th. 2018 end : june 14th. 2018