14

675 67 23
                                    

"Akhirnya, saya dapat bertemu awak semula, Minhyung.." Bisik hati Yeri.

"Tapi saya takkan selamanya berada bersama awak, di sini bukannya tempat saya. Dan bukan tempat awak juga." Seperti mendengar bisikan hati Yeri, Mark muncul di sebelah Yeri.

"Maksud awak?"

Soalan Yeri hanya dibalas dengan senyuman manis oleh Mark. Lelaki itu terus saja meninggalkannya terkebil-kebil di situ.

++

"Saya datang dengan anak kita, Lee Minha." Wanita muda yang berambut sedikit perang itu mengusap perutnya lembut. Sejambak bunga diletakkan di atas kubur itu.

"Mungkin ini kali pertama dan terakhir saya melawat kubur awak.."

"Lepas ni, saya nak mulakan hidup baru. Saya akan berkahwin. Lelaki yang nak kahwini saya tu memang mulia hati dia. Dia terima saya seadanya walaupun saya dah rosak. Dia terima saya seadanya walaupun saya dah mengandungkan anak orang lain."

"Saya nak awak rasa bersyukur sebab ada yang sanggup jadi ayah kepada anak awak ni,"

"Saya balik dulu," Wanita hamil itu meninggalkan kawasan perkuburan dengan langkah yang perlahan. Sesekali dia memandang ke arah kubur yang semakin jauh dari pandangannya.

"Maafkan aku, Yeri."

++

"Saya mengisytiharkan kamu berdua, Lee Minhyung dan Kim Yeri, sebagai suami isteri."

Seluruh dewan bergema dengan tepukan gemuruh. Mark dan Yeri berpusing menghadap semua tetamu yang hadir. Saeron yang ditugaskan sebagai pengiring pengantin perempuan terus membantu Yeri dengan mengangkat sedikit belakang gaun Yeri yang meleret itu.

"Kahwin. Cliché betul korang berdua ni," Kata seseorang dari jauh. Senyuman sinis terbentuk di bibirnya.

"Seo Herin mana pernah mengalah, kau tunggu Yeri. The game is not over yet."

++

"Tahniah, eonni, oppa.." Ucap Saeron. Mark dan Yeri mengangguk dan tersenyum.

"Gomawo, Saeron-ah.." Yeri memeluk adiknya.

"Mungkin harini kau iring kami, esok lusa kami pula yang iring kau.. Tak ada lagi ke Saeron?" Mark mengusik.

Entah kenapa. Usikan Mark itu seakan-akan menusuk hati Saeron.

' flashback beberapa minggu lalu

"Kemalangan di hadapan hospital, petugas kecemasan, cepat!" Teriak seorang doktor di ruangan kecemasan itu.

Haechan yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya serta merta berdiri. Ke.. Kemalangan? Dia mengerling jam tangannya. Tak sampai 5 minit lepas Saeron dan Yeri beransur pulang.

Jantung Haechan berdegup kencang seolah-olah sesuatu berlaku. Dia berharap supaya kemalangan itu tak ada kaitan dengan mereka berdua.

"Kereta berwarna hitam," Secara tidak sengaja, Haechan menangkap percakapan petugas kecemasan di situ. Barangkali dia sedang memberitahu dan mencatat maklumat.

"Nombor pendaftaran NCT2018"

'Gulp' Haechan menelan air liurnya. Itu.. Kereta dia. Ya, kereta yang sepatutnya Saeron pandu untuk membawa Yeri pulang ke rumah. Sudah, apa kaitannya kereta dia pula?

stalk. mark lee.Where stories live. Discover now