07

698 99 4
                                    

"Mark, aku maafkan kau. Tapi dengan satu syarat," Yeri menunjukkan jari telunjuknya yang menunjukkan nombor satu.

"Apa syarat tu?"

"Bagi aku masa. Aku maafkan kau tak bermakna aku boleh terima kau semula. Ya. Kita berkawan. Tak lebih daripada tu. Get it?" Yeri menyatakan syaratnya.

"Baiklah. Saya akan beri awak masa, saya takkan ubah fikiran saya. Saya akan tetap tunggu awak." Kata Mark. Dia gembira kerana Yeri sudah pun memaafkan dirinya. Sekarang, dia perlu pastikan bahawa perkara lalu takkan berulang lagi.

"Jadi, jangan paksa dan desak aku. Aku tak suka."

"Aku tak nak kau menaruh harapan dekat aku. Sebab kemungkinan untuk aku balik dekat kau semula nampak samar dan kabur." Tambah Yeri lagi.

"Awak.."

"Kau nak aku tarik semula ke apa yang aku cakap tadi?"

++

"Macam mana? Dia maafkan kau tak?" Soal Haechan kepada Mark. Peha Mark ditepuk.

"Dia maafkan."

"Dah tu, kalau dia maafkan kenapa muka kau monyok je ni?"

"Dia masih tak dapat terima aku.." Keluh Mark.

"Apa kata kau ikut aku?" Haechan mengangkat sebelah keningnya.

"Ikut kau? Buat apa?"

"Misi Memikat Yeri? Jom? Aku tolong kau."

"Kau? Nak tolong aku? Haprak je. Kau nak pikat Saeron pun sendu."

"Mulut kau ni memang nak kena lepuk dengan aku!" Marah Haechan. Mark ketawa terbahak-bahak.

'Saya akan pastikan awak kembali semula kepada saya..'

TBC . 🐧

stalk. mark lee.Where stories live. Discover now