"hobi saya ialah untuk stalk awak!"
"palabana dia, stalk tu boleh jadi hobi ke syiel?"
mark lee malay ff.
start : february 17th. 2018
end : june 14th. 2018
"Mark memang dah tak boleh diselamatkan.. Dia kehilangan terlalu banyak darah dan peluru tu tembus ke otak dia.."
++
2 tahun kemudian..
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon itu sibuk. Maklumlah, sedang cuti musim sejuk.
"Yeri, kau memang nak pindah LA terus ke?" Haechan menyoal Yeri yang sedang sibuk memeriksa bagasinya buat kali yang terakhir sebelum dia memasuki kapal terbang.
"Mungkin dekat sana aku boleh mulakan hidup baru.. Kau duduk sini tolonglah tengokkan sikit si Saeron tu.. Budak tu bukannya reti sangat jaga diri." Pesan Yeri.
"Eh intan payung aku kan.. Mestilah aku jaga. Hehe."
"Ha intan tak payung ikut suka hati kau la.. Aku dah nak depart ni.. Ingat pesan aku kalau kau nak jadi adik ipar aku."
"Baiklah, nuna."
"Haechan,"
"Ya?"
"Apa jadi kalau aku jumpa Mark?"
"Hah? Kau jangan nak mengarut. Tak kelakar duh. Meremang bulu ketiak aku ni ha.."
Betul juga. Takkanlah dia boleh jumpa orang yang dah mati. Mustahil bukan?
"Doakan kejayaan aku dekat sana ya, Haechan, Saeron.. Dah la.. Aku dah kena masuk ni.. Jaga diri kau, jaga Saeron sekali." Yeri menepuk perlahan bahu Haechan. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.
Yeri memberi lambaian terakhir sebelum dia memasuki balai pelepasan lapangan terbang itu. Dia melangkah masuk dengan harapan untuk memulakan kehidupan baru di Los Angeles.
"Dah sampai nanti call tau," Kata Saeron. Yeri mengerti lalu mengangguk.
"Aku rindukan kau, Lee Minhyung.." Bisik hati kecil Yeri.
++
Yeri membuka aplikasi Instagram pada telefon pintarnya. Dia ingin memuat naik gambar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
10 likes
kyerii thank you for being the best dongsaeng for me.. 💜
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
30 likes
kyerii my last vacation with her. ♥ #sweetmemories
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
18 likes
kyerii miss you babe :'( hope to see you later 🌷 @markerlee
Selesai memuat naik gambar, Yeri menutup telefonnya.
"Perhatian kepada semua penumpang," Secara tiba-tiba ada pengumuman dari kokpit. Semua penumpang mula menumpukan perhatian.
"Enjin 2 mengalami masalah dan kemungkinan enjin 1 juga akan berhenti berpusing,"
"Jadi, diminta semua untuk tidak berasa panik dan mengikut arahan anak kapal. Kita mungkin akan terhempas bila-bila masa sahaja. Saya serahkan kepada anak-anak kapal untuk tindakan keselamatan penumpang."
Pengumuman tersebut telah membuatkan semua penumpang cemas. Ada juga anak-anak kecil yang sudah menangis kerana takut. Tak terlepas juga Yeri. Jantungnya berdegup kencang tetapi langsung tidak berasa cemas. Dengan tenang, Yeri mengikut arahan anak kapal untul memakai topeng oksigen dan sebagainya.
"Sila berdoa.. Mungkin akan ada miracle untuk kita semua.." Kata salah seorang daripada anak kapal yang bertugas.
Isi dalam pesawat itu menjadi senyap. Semuanya menutup mata dan menunduk, berdoa termasuk Yeri.
Tetapi doa Yeri lain daripada penumpang yang berdoa di dalam kapal terbang itu.
"Aku ingin bertemu dengan Minhyung, jebal.."
Beberapa saat berlalu, semuanya telah berakhir. Yeri tersenyum dalam diam.
++
"Dah lebih 12 jam dah, kenapa Yeri tak call lagi ni?" Saeron mula tak senang duduk. Dia ni cepat panik betul!
"Ting ting tang ting tang-" Panggilan yang masuk diterima oleh Saeron.
"Ya, ini saya adik dia."
"M- Mwo?"
TBC . 🐧
aku just nak cakap yang ff ni akan tamat dalam beberapa bab je. so jangan expect ending yang kebaboom sangat la sebab..