Solar, the Savier!

808 43 10
                                    

"Weh, korang. Malam ni kan bulan penuh." Gopal tiba² bersuara setelah lama diam menikmati ice chocolatenya.

"Jadi?" Solar yg baru selesai mengelap meja menyoal.

"Jadi... Memandangkan kita tengah cuti sekolah, apa kata kita lepak kat taman malam ni sambil tengok bulan mengambang? Nk?" Gopal bercadang.

"Hmm... Mcm best je. Nk²!" Thorn berkata.

"Hish! Habis Tok Aba cam mana? Kan atok tengah sakit. Takkan kita nk biar Ochobot je yg jaga atok?" Gempa bersuara.

"Hmm... Kalau mcm tu, tak payah la kot." Kata Ying.

"Tapi kalau kita ramai² kat rumah pun mesti atok rasa rimas. Orang sakit kan selalu nk ruang untuk berehat. Nnti kita duduk kat rumah, bising², lagi la atok sakit." Kata Blaze.

"Hmmphh... Korang je yg bising..." Solar memutarkan mata.

"Kalau mcm tu, Taufan, Thorn, Blaze dan Solar, korang pergi la lepak. Aku, Hali dan Ice akan stay rumah tolong Ochobot jaga atok."

"Eish! Apasal aku pun kena?" Solar menyoal tak puas hati.

"Sebab kau kena pantau tiga serangkai ni. Nnti tak psl² diorang bertiga ni buat hal tengah² mlm." Kata Gempa, memaksudkan Taufan, Thorn dan Blaze sebagai 3 serangkai.

"Haduh... Leceh betul la..." Solar mengeluh.

"Ok. So, siapa nk join? Ying? Yaya? Fang?" Gopal menyoal.

"Aku? Hooo... Memang tak la... Banyak lgi kerja aku kena buat drpd buat aktiviti tak berfaedah kau ni." Fang berlalu untuk pulang.

"Eleh! Tak nk sudah! Ying?" Gopal masih bertanya.

"Aku ok je." Jawab Ying.

"Yaya?"

Semua memandang Yaya.

"Err... Boleh. Tapi aku kena mintak izin mak aku dulu." Balas Yaya tertunduk-tunduk kerana segan ditatap oleh semua sahabatnya.

"Ok. Cun!" Taufan berkata dengan gaya Ejen Ali.

Tiba² Solar terfikir.

'Nasib baik Gempa suruh aku pergi sekali. Kan ada Yaya. Ni la speciality kuasa aku. Waktu malam perlukan cahaya, dan cahaya tu... Aku! Hahaha!' Solar tersengih sendiri.

Nasib baik takde siapa perasan.

____________⚡⚡⚡____________

Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam.

7 remaja sedang duduk melepak di taman sambil melihat bulan penuh yg menerangi malam.

"Wah... Cantik la!" Ying teruja melihat keindahan bulan.

"Ha'ah. Kalau tengok bulan sorang², tak sama rasanya bila tengok dengan kwn². Kan?" Yaya tak lepas memandang sinaran bulan.

Yg lain hanya mengangguk.

"Cuba bayangkan kalau kita kat bulan. Apa rasa 'eh?" Blaze tiba² terfikir.

"Rasa mcm gula² kapas." Thorn menjawab dengan nada keanak-anakan.

"Apsal gula² kapas pulak?" Taufan menaikkan keningnya.

"Yela. Ringan." Jawab Thorn.

"Ringan?" Gopal pulak dh blur.

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now