Semangat Yang Hilang

1.6K 90 1
                                    

Sementara itu...

Halilintar terasa pedih di kepalanya. Pandangannya yg kabur dapat melihat sahabat²nya mengerumuninya.

Pendengarannya yg samar² dapat menangkap ayat Taufan.

"Halilintar! Bangun! Jangan la buat aku macam ni! Maafkan aku, Hali-"

Belum sempat Halilintar mendengar ayat Taufan sehingga habis, pandangannya semakin berbalam dan akhirnya gelap...

_________________⚡⚡⚡______________

Di sebuah hospital di Pulau Rintis...

Tok Aba cuba menenangkan diri yg sedang gelisah tentang keadaan cucunya.

Ochobot setia di sisi Tok Aba sebagai pemulih semangat.

Yaya dan Ying hanya mampu menggenggam tangan sesama sendiri.

Fang pula duduk bersandar pada kerusi di ruang menunggu. Walaupun nampak tenang namun hatinya risau akan keadaan Halilintar.

Gopal mahu menangis tapi ditahan air matanya.

Walaupun yg lain nampak tenang namun tidak bagi pecahan Boboiboy yg lain.

Keenam-enam pecahan sudah mundar-mandir di situ.

"Ni semua salah aku! Kalau aku fokus masa main hover board aku, mesti semua ni tak jadi..." Taufan menyesal.

"Tak! Ni semua salah aku. Kalau la aku tak berpecah tadi, mesti Halilintar tak jadi macam ni." Gempa pula menyalahkan diri sendiri.

"Tak. Ni semua salah aku. Kalau aku join Blaze dan tak tidur kat situ, mesti Halilintar tak tersadung dan terhantuk" Ice pula mengaku salah.

Blaze, Thorn dan Solar pula hanya menunduk kesal.

"Sudah la tu... Jangan salahkan diri sendiri... Atok tau, cucu atok semua baik². Mungkin ni dh ditakdirkan..." Tok Aba cuba memberi semangat.

Keenam-enam pecahan Boboiboy itu hanya mengangguk perlahan.

Tiba² seorang doktor keluar daripada wad di mana Halilintar ditempatkan.

"Doktor, macam mana keadaan cucu saya, doktor?" Tok Aba menyoal.

"Syukur. Cucu Tok Aba selamat. Cuma dia masih belum sedarkan diri." Ujar Doktor Tiha yg mengenali Tok Aba itu.

Mana taknya, cucu Tok Aba tu super hero Pulau Rintis kot...

Semua menghembus nafas lega.

"Terima kasih, doktor. Boleh kami masuk?" Soal Gempa.

"Boleh. Tapi jangan ramai², ya?" Kata doktor itu dengan senyuman sebelum pergi meninggalkan mereka.

________________⚡⚡⚡_______________

Tok Aba dan Ochobot melangkah masuk ke dalam wad itu.

Kelihatan Halilintar sedang baring di katil dengan mata yg tertutup rapat.

Tok Aba duduk di kerusi yg disediakan lalu mengusap kepala Halilintar.

Pilu hati tuanya melihat keadaan cucunya itu.

Dan semalaman itu Tok Aba menjaga Halilintar. Sudah berkali-kali Gempa meminta untuk menjaga Halilintar namun Tok Aba tidak mengizinkan.

Malah, Tok Aba menyuruh Gempa menjaga Ochobot dan pecahannya yg lain.

Keesokan paginya, Gempa datang bersama Fang, Yaya, Gopal dan Ying ke hospital.

Kembarannya yg lain tinggal di rumah untuk menjaga rumah.

"Atok... Atok balik la dulu, ya? Semalaman atok jaga Halilintar. Mesti atok penat..." Gempa bertutur lembut.

"Betul tu, Tok Aba. Kitorang tau Tok Aba risaukan Halilintar tapi kesihatan Tok Aba pun kena jaga..." Ujar Yaya pula.

"Yela²... Atok balik kejap. Gempa, jaga Halilintar, ya? Kalau dia dh sedar cepat² telefon atok. Yaya pun tolong tengok² Halilintar, ya?" Tok Aba memesan.

"Baik, tok." Ujar Gempa dan Yaya serentak.

Tok Aba pun beredar.

"Kesian Halilintar, kan?" Kata Yaya yg duduk di kerusi di sisi katil Halilintar.

"Hmm..." Jawab Gempa sayu sambil mengusap kepala Halilintar.

"Sabar la Gempa. Mungkin ni dugaan buat Halilintar." Kata Gopal.

Habis saja ayat Gopal, Yaya mendapati jari Halilintar bergerak-gerak.

"Gempa! Tengok ni!" Yaya menunjukkan jari Halilintar.

Gempa yg terkejut melihat jari Halilintar bergerak segera memandang mata pecahannya itu.

Kelihatan mata itu perlahan-lahan terbuka dan melihat sekelilingnya.

"Halilintar! Syukurlah. Kau dh sedar!" Ujar Gempa gembira lantas memeluk Halilintar.

"Eh? Apa ni?! Aku bukan Halilintar la!" Halilintar meleraikan pelukan Gempa.

Semua di situ terkedu.

"Korang siapa?! Aku kat mana ni?!" Dan soalan itu membuatkan Gempa merasa lemah dan semangatnya menghilang...

* To be continued...*

________________⚡⚡⚡_______________

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now